DC 26

Romance Series 37728

Dah tiga hari berlalu,Amira masih tidak bercakap dengan Daiyan.Bila terserempak dengan suaminya,dia pasti akan cuba elakkan diri.

Rasa sakit di dada masih terasa seperti duri yang tercucuk.Kini kaki Amira sudah sembuh sepenuhnya.Dalam masa itu juga,Lony yang menjaganya.

"Sampai bila aku nak bermasam muka dengan dia ?" Amira termenung melihat ke luar jendela.

"Amira !" Suara itu memecahkan lamunan Amira.

Amira menoleh ke belakang.Dia sudah kenal empunya suara itu.Dia senyum kekok melihat insan yang panggilnya itu.

"Apa awak nak ?" Tanya Amira yang lemah.

"Kenapa muka kau pucat semacam ni ?" Daiyan mulai risau apabila melihat wajah Amira yang lesu itu.

"Tak ada apa lah !" Amira senyum tawar.

"Harini aku balik lewat,kau rehat je lah harini ! Aku tengok kau ni macam sakit je !" Daiyan duduk di birai katil.

"Eh mana ada ! Saya okey je !" Amira memaksa dirinya.

"Lantak kau lah,aku pergi dulu !" Amira mencium tangan Daiyan.

Daiyan keluar dari bilik itu.Amira dah mula rasa pening.Sejak semalam dia ulang alik dari tandas.Entah kenapa tekaknya rasa mual.

"Kenapa dengan aku ni ?!" Amira memicit kepalanya.

Ting !

Satu pesanan dari Adyan terpapar di skrin telefon Amira.Amira mengambil telefonnya dan membalas mesej Adyan.

"Amira bila nak jumpa dengan abang ?" Tanya Adyan.

Tiga hari lepas,Amira dah berjanji dengan Adyan untuk bertemu.Tetapi pada hari itulah dia rasa tak enak badan.Jadi dia membatalkan pertemuan itu.

"Amira tak sedap badan ni abang !" Amira membalas.

"Amira dah kerap tak sedap badan ! Amira bagi location Amira nanti abang ambil dan kita pergi klinik !" Ujar Adyan.

Entah kenapa pada hari itu dia dengan senangnya memberi alamat rumahnya kepada Adyan.

"Okey,Amira siap-siap nanti abang datang !" Ujar Adyan seraya mematikan panggilan itu.

"Nak bagitahu dia ke tak ni ? Ah bagitahu je lah !" Amira menghantar pesanan ringkas kepada Daiyan.Nak telefon takut mengganggu.

"Daiyan,saya nak keluar sekejap !" Tulis Amira lalu menghantar pesanan itu.

"Kau kan tak sihat ! Nak keluar mendenya !" Laju je Daiyan membalas.

"Sebab tak sihat ni lah saya nak keluar,pergi klinik !" Balas Amira.

"Takkan pergi sorang ? Tunggu lah aku balik nanti aku bawa kau !" Ujar Daiyan.

"Eh tak payah,saya pergi dengan Abang Harith !" Elak Amira.

"Hrmm ikut kau lah,kesah pulak aku !" Balas Daiyan.

Amira mendengus panjang.Sekarang dia lebih kerap meluangkan masa bersama Harith daripada suaminya.Dia tak tahu kenapa suaminya dendam sangat dengan dia.

Amira bersiap-siap dan menuruni anak tangga.Lony yang sedap bergoyang kaki melihat Amira pergi.

"Kau nak pergi mana ?" Tanya Lony.

Langkah Amira terhenti.Dia tahu yang Lony ni lah sebab dimarahi oleh Daiyan haritu.

"Nasib aku suruh Abang Adyan tunggu kat simpang sana ! Kalau tak dah kecoh minah gedik ni !" Bisik hati Amira seraya menjeling ke arah Lony.

"Aku nak keluar !" Selamba Amira menjawabnya.

"Dengan siapa ?" Kecoh pula si gedik ni nak ambil tahu.

"Ikut aku lah dengan siapa !" Amira terus berjalan.Dia berjalan sampai di simpang jalan.

Amira memandang ke belakang.Takut takut Lony mengikutinya ke.Dia melihat tiada orang yang mengikutinya .

Sebuah kereta honda mewah berhenti tepat di tempat dia berdiri.Amira menunduk sedikit setelah jendela kereta itu terbuka.

"Jom !" Ajak lelaki itu.

Ternyata itu adalah Adyan Asyraf.Orang yang dia bakal jumpa.Amira masuk ke dalam perut kereta mewah itu.

Suasana sepi sejenak.Banyak yang Adyan mahu bertanya tapi suasana itu tukar menjadi kekok.Dalam telefon bukan main kecoh lagi.

"Amira macam mana sekarang ?" Adyan memecahkan suasana.

"Amira okey je !" Jawab Amira.

"Lepas pergi klinik kita keluar makan eh !" Ajak Adyan.

Amira senyum terpaksa.Amira memandang ke luar jendela sampailah tiba di klinik.

Mereka berdua masuk bersama ke dalam klinik itu.Seleret senyuman Amira dilempar kepada jururawat yang sedang bertugas itu.

Dia dan jururawat itu semakin rapat.Sibuk membincangkan tentang Harith.

"Amira ? Kali ni sakit apa pula ?" Senyum jururawat itu.

"Entah la Kak Siti,rasa macam pening je ni !" Amira menjawab.

"Entah entah mengandung tak ?" Kak Siti selamba menjawab depan Adyan.

Kak Siti ingat yang Adyan adalah suami Amira.Itu yang selamba jawab.Dah lah Adyan tak tahu lagi yang Amira dah kahwin.

Amira menutup mulut Kak Siti.Adyan berkerut dahi.Pelik padahal dia sempat mendengar apa yang dikatakan oleh jururawat itu.

Riak wajah Adyan dah berubah.Amira dah kenal sangat dengan perangai Adyan.

"Amira ?" Nama Amira dipanggil.

Amira masuk ke dalam bilik.Amira bertanyakan kepada doktor apa masalahnya.Amira disuruh untuk ujian air kencing.

"Kenapa doktor ?" Amira bertanya.

"Nanti kamu tahu !" Kata doktor itu.

Amira ikut sahaja apa yang disuruh oleh doktor.Tidak lama kemudian keputusan ujian air kencing itu keluar.Kak Siti yang membawa keputusan itu sudah tersengih.

"Tahniah encik,isteri encik mengandung 3 minggu !" Doktor itu mengukapkan keputusan didepan Adyan.

"Hah apa ? Terima kasih doktor !" Adyan berpura pura gembira seraya menyambut salam dari doktor.

Mereka berdua keluar bersama.Mata Adyan tak lepas memandang ke arah Amira.Banyak perkara yang dia ingin tanya.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.Laju je Adyan bertanya.

"Apa semua ni ?" Tanya Adyan pelik.

"Sebenarnya Amira dah kahwin dengan Daiyan ! Amira nak jemput abang tapi kita lost contact !" Jelas Amira.

Frust menungging Adyan.Dia ingat selama ni Amira tunggu dia.

"Abang ingat yang Amira akan tunggu abang balik dari London ! But you get married and i don't know about that ? You're jerk Amira !" Marah Adyan.

"Bukan macam tu abang ! Please jangan marahkan Amira !" Pujuk Amira.

"Stop Amira ! Lepas ni abang hantar Amira pulang !" Perasaan kecewa menyelimuti hati Adyan.

Sepanjang perjalanan pulang,mereka berdiam diri.Amira memandang Adyan tapi Adyan mengendahkannya.

"Apa yang kau buat ni Amira !" Bisik hati Amira.

"Ya allah,kau lembutkan lah hati Abang Adyan !" Doa Amira dalam hati.

Adyan berdiam diri dan fokus dengan pemanduannya.Amira seperti biasa terus memandang ke luar jendela.

Setelah sampai dirumah.Amira turun dari kereta Adyan.Tanpa berkata apa,Adyan terus memecut laju meninggalkan Amira.

Amira mendengus panjang.Dia masuk ke dalam rumah dan melihat Daiyan bersama Lony.Dia meraup wajah mengeluh berat.

"Dah balik ? Dengan jantan mana pula kau keluar !" Kasar pertanyaan Daiyan.

"Saya letih ! Saya tak nak bergaduh dengan awak !" Amira berjalan naik ke atas.

"Kau bukan pergi dengan Harith kan !" Tegas Daiyan.

Belum sempat Amira menjawabnya.Dia rebah.Daiyan laju meluru ke arah Amira dan mengangkat tubuh Amira.

Lony menjeling tajam melihat tingkah laku Daiyan kepada Amira.Kemarahan dia membuak buak.

Daiyan membaringkan Amira di atas katil.Kepala Amira disentuh lembut.Sesalan mula menguasai dirinya.

"Ya allah panasnya ! Bukan ke dia dah pergi klinik !" Daiyan mencari ubat.

Daiyan menemani Amira tidur.Amira masih tidak sedarkan diri.Sampailah fajar menjelma,Amira bangun perlahan.

Dia melihat tangannya digenggam oleh Daiyan.Amira menarik kembali tangannya.Kepala Daiyan diusap lembut.

Daiyan bingkas bangun dari tidurnya.Dia melihat Amira yang sudah lama memerhatikan dia.

"Kenapa tidur kat sini ?" Amira bertanya lembut.

"Mana ada aku tidur !" Daiyan menutup kebenaran.

"Yelah awak tak tidur sini !" Amira ketawa kecil.

Amira cuba bangunkan dirinya.Tekak dah kering.Terasa macam nak minum air.

"Nak apa ?" Tanya Daiyan.

"Haus lah ! Nak pergi ambil air !" Jawab Amira.

"Tak payah ! Kau demam tu,nanti aku suruh Lony yang ambil !" Ujar Daiyan seraya memanggil Lony.

Lony masuk ke dalam bilik dan melihat Daiyan yang sedang duduk disisi Amira.Dia hanya menahan rasa marah itu.

Daiyan menyuruh Lony untuk mengambil air dan sekaligus sarapan untuk alas perut Amira.Lony hanya menurut apa yang diperintah oleh Daiyan meskipun hati dia sakit.

"Saya boleh ambil sendiri lah !" Amira mengenggam erat tangan Daiyan.

Daiyan melihat genggaman Amira.Dia melepaskan genggaman itu.Amira kecewa dan memandang ke sudut lain.

Amira memikirkan cara bagaimana dia hendak memberitahu Daiyan soal kandungannya.Amira yakin yang Daiyan akan melayani dia dengan baik setelah mengetahui keadaan dia yang sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience