DC 24

Romance Series 37728

"Kau tak payah nak buat kerja rumah lagi !" Larang Daiyan.

"Habistu kalau saya tak buat siapa yang nak buat ?" Amira masih dalam dukungan Daiyan.

"Nanti aku upah lah orang gaji !" Jawab Daiyan seraya membaringkan Amira di atas katil.

"Tapi..." Bibir Amira tertutup dengan tangan telunjuk Daiyan.

"Kalau aku cakap tak payah,tak payah ! Degil lah kau ni !" Mata Daiyan sungguh menakutkan.

Amira hanya mengangguk apa yang diperkatakan oleh Daiyan.Dia sudah takut melihat kemarahan Daiyan.

"Aku tidur luar malam ni !" Daiyan mengambil bantal dan terus keluar dari bilik itu.

Amira tertunduk.Dia menghela nafasnya dan melihat ke arah pintu.

"Kenapa kau berubah sampai macam ni Daiyan !" Bisik hati Amira.

Amira menutup lampu dan melelapkan matanya.Dia mahu mimpi yang indah sampai lah besok pagi.

Keesokannya,pancaran sinar matahari menerjah mata Amira.Amira membuka kelopak matanya perlahan.

Dia melihat sarapan yang sudah disediakan di atas meja.Entah siapa yang sediakan.Takkan Daiyan pula.

Amira keluar dari bilik itu tanpa menyentuh pun makanan itu.Amira menuruni anak tangga dengan perlahan.Rasa sakit kakinya sudah reda.

"Eh kau dah bangun !" Amira memandang Daiyan yang sedang enak menonton tv.

"Awak dah bangun !" Amira mendekati Daiyan.

"Ops ! Ops ! Ops ! Jangan datang dekat,nanti girlfriend aku marah !" Daiyan senyum sinis.

"Hah girlfriend ?" Terkejut beruk Amira.

"Yes ! That's she !" Jari telunjuk Daiyan menunjuk ke arah kelibat yang sedang datang ke arah Amira.

Ternganga mulut Amira melihat kelibat perempuan itu.Ternyata dia adalah Lony Aqira,kawan dia masa belajar.

"Apa awak buat kat sini ?" Tanya Amira.

"Daiyan yang suruh saya datang !" Jawab dia lantas pergi ke arah Daiyan.

"Apa semua ni ? Saya tak faham !" Amira membuat muka bingung.

"See ! Dia ni girlfriend aku and sepanjang kaki kau sakit dia lah yang akan sediakan makan minum aku !" Daiyan memeluk Lony didepan Amira.

"Kenapa dia ?" Amira menunjuk ke arah Lony.

"Suka hati aku lah aku nak dengan siapa ! Kau siapa bagi aku ? You're nothing !" Daiyan ketawa.

"Sampai hati awak Lony ! Suami kawan sendiri pun awak nak rampas ?" Menitis air mata Amira.

"Hello awak yang rampas dia dari saya ! Dulu saya minat dekat dia tapi awak yang melebih-lebih !" Lony yang dulu dikenali orang yang lembut berubah menjadi seorang yang kasar.

"Saya tak tahu yang awak minat dekat dia ! Why didn't you tell me?" Ujar Amira.

"Dah lah Amira,sekarang ni Daiyan pilih aku dan bukan kau ! Sekarang ni aku dah miliki Daiyan !" Balas Lony dengan wajah yang cukup menyampah.

"Baik awak ceraikan saya kalau awak nak buat macam ni !" Perkataan cerai itu keluar dari mulut Amira.

Pang !

Satu tamparan hinggap di muka Amira.Amira terdorong ke belakang.Lony pula tersenyum senang melihat perilaku Daiyan terhadap Amira.

Amira mengusap pipinya bersama air mata yang mula menitis laju.Dia tidak sangka perkara itu akan terjadi.

"Sekali lagi kau ucap perkataan tu,nahas kau !" Daiyan duduk bertinggung di depan Amira.

Jujur dalam hati Daiyan sedih.Dia tak tahu kenapa dia tampar Amira.Mungkin kejutan dari kata cerai itu.

Amira hanya menangis.Daiyan pula sedap berpelukkan dengan Lony selepas memberi amaran keras kepada Amira.

Amira menggagahkan dirinya untuk bangun.Daiyan menjeling ke arah Amira.Dia ingin menolong tetapi dihalang oleh Lony.

"Biarkan dia tu !" Lony menarik tubuh Daiyan.

Amira tidak sanggup melihat kemesraan antara suaminya dan kawannya itu.Sungguh dia menyesal pernah mencintai lelaki sekejam itu.

Amira bingkas bangun.Kakinya terasa sakit semula.Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang kesakitan.

Amira membuka langkah dan naik ke atas semula.Bersama dengan air mata yang bergenang dia kuatkan untuk naik ke bilik.

Amira melabuhkan punggungnya di birai katil.Gambar ibunya ditatap lama.Air matanya mula menitis di atas bingkai gambar ibunya.

"Ibu ! Amira tak kuat ibu !" Amira memeluk kuat bingkai gambar itu.

"Amira !" Kuat suara itu bergema seluruh rumah itu.

"Apa pula kali ni !" Amira mengesat air matanya.

"Nak apa ?" Amira menuruni anak tangga.

"Kau buat apa kat atas lama-lama ! Kau on call dengan abang kesayangan kau ke ?" Tengking Daiyan.

"Kalau saya tengah on call apa masalah awak !" Mereka saling menengking.

"Kau jangan berani nak on call dengan mamat tu !" Bahu Amira dipegang kuat.

"Sakitlah !" Amira semakin berani dengan Daiyan.

Amira menolak Daiyan membuatkan Daiyan tersungkur ke belakang.Amira menekup mulutnya setelah melihat Daiyan jatuh.

Belum sempat dia ingin membangunkan Daiyan,Lony si gedik itu datang.

"Ahh Daiyan !" Jerit perempuan gedik itu.

Amira naik ke atas kembali tanpa menghiraukan Daiyan yang dibelakang.Daiyan mencuri lihat Amira disebalik Lony.

"Are you okay ?" Lony memaut lengan Daiyan.

"Yes,i'm okay !" Daiyan mendongak keatas.

Amira masuk ke dalam bilik semula.Dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Cuba kau lihat dirimu dahulu ~~
Sebelum kau nilai kurangnya diriku ~~
Apa salahnya hargai diriku ~~
Sebelum kau nilai siapa diriku ~~

Suara merdu itu datang dari bilik air.Lirik lagu itu kena dengan kehidupan dia yang dia lalui sekarang.

Seusai mandi,Amira bermain telefon di atas katil.Dia tidak lagi mempedulikan Daiyan.Daiyan sudah ada yang jaga.

"Amiraaa !!!!!!" Teriakan itu kembali bergema.

"Apa mamat ni nak !" Bisik hati Amira.

Dia turun dan pergi mendekati Daiyan.Mukanya berubah menjadi menyampah.

"Nak apa ?" Tanya Amira acuh tak acuh.

"Why garang sangat ni sayang ?" Amira ditarik oleh Daiyan sampai terduduk di riba Daiyan.

"Aku rindu kau !" Perkataan itu terucap dihujung bibir Daiyan.

"Apa awak ni,pergilah layan Lony tu !" Amira bingkas bangun dari riba Daiyan.

"Eleh jealous lah tu kan !" Daiyan ketawa kecil.

"I don't understand you, sometimes you get angry ! What's wrong with you ?" Amira menatap wajah Daiyan.

"Do I want to be alone with my own wife?" Daiyan senyum sinis.

"Lantak awak lah !" Dengus Amira.

"Wait ! Today Lony will stay here !" Ujar Daiyan.

"Hah apa dia ?" Terbeliak biji mata Amira.

"Why ? Tak boleh terima hakikat ke ?" Daiyan bangun dah perlahan-lahan menghampiri Amira.

"Why dia kena tinggal sini ? Tak baik lah Daiyan !" Amira menyilangkan kedua-dua lengannya.

"Tak baik kau cakap ? Hello kita tiga orang kot dalam rumah ni ! Kau,aku dan dia !" Daiyan berpusing pusing mengelingi Amira.

"Ikut awak lah,ni rumah awak..Awak boleh buat suka hati awak !" Amira dah malas mahu bergaduh dengan Daiyan.

Amira menolak badan Daiyan sedikit yang menghalang laluan dia untuk ke bilik.Dia senyum tawar apabila melihat Lony yang sudah terpacak di belakang tangga.

"Mistress !" Kata Amira seraya melalui dihadapan Lony.

"Apa kau kata ?" Bahu Amira ditarik.

"Apa ?" Amira menepis tangan Lony.

Daiyan yang melihat kejadian itu mengambil kesempatan untuk menyakitkan lagi hati Amira.Dia pergi kearah mereka berdua dan sengaja bertanya kepada Lony.

"Why sayang ?" Tanya Daiyan sambil mengusap usap pipi Lony.

Amira membuat muka menyampah.Memang hatinya sakit tapi dia tak boleh nak tunjuk di depan Daiyan.
Amira tidak memperdulikan mereka berdua yang sedap beromantik.

"Kau kena kuat Amira ! Yes kau kena kuat !" Amira menatap dirinya sendiri di hadapan cermin.

"Aku mesti ada cara untuk dapatkan semula Daiyan ! Dia suami aku ! Pastinya aku kena fikir !" Amira duduk di katil.

Amira merebahkan badanya dan menggeliat.

"Aku akan pastikan kau jatuh hati balik dekat aku !" Amira senyum sambil melelapkan matanya.

Share this novel

ACHIK
2020-03-21 12:51:21 

coming soon dear,but please jngn comments dekt chapter ...comments dekt luar chapter ! Tq

ACHIK
2020-03-21 12:51:08 

coming soon dear,but please jngn comments dekt chapter ...comments dekt luar chapter ! Tq

ACHIK
2020-03-21 12:51:02 

coming soon dear,but please jngn comments dekt chapter ...comments dekt luar chapter ! Tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience