DC 25

Romance Series 37728

"Woi bangun !" Amira membuka matanya.

Amira berasa perat di kepalanya.Entah kenapa dia rasa sangat pening.Dia bangun perlahan setelah mendengar suara itu.

"Cepat lah !" Lengan Amira digoncang kuat.

"Nak apa ?" Amira bertanya.

"Nah ! Daiyan suruh kau makan !" Lony memberi sepinggan nasi kepada Amira.

"Ehe kata benci tapi masih ambil berat ! Aku ada chance ni !" Amira tersenyum.

"Woi !" Kepala Amira ditolak.Dah lah pening,boleh pula si gedik ni tolak kepala dia !

"Sakit lah !" Amira menjeling.

"Yang kau senyum-senyum tu apasal ? Makan lah bodoh !" Lony menghempas pinggan itu di atas meja bersebelahan katil Amira.

"Bodoh,bodoh ! Entah entah kau yang bodoh bangang !" Balas Amira.

Lony menjeling tajam ke arah Amira.Amira membalas dengan jeliran lidahnya yang panjang.

"Siap lah kau nanti Daiyan balik !" Lony mengorak langkah keluar.

"Siap lah kau nanti Daiyan balik !" Amira meniru Lony dengan nada suara yang menjengkelkan.

Pap !

Pintu bilik dihempas dengan kuat.Sedap tangan dia je,macam lau rumah ni rumah dia !

Amira mencebik bibirnya.Dia melihat nasi yang dibawa oleh Lony.Niat hati tak nak makan tapi apa kan daya perut dah bernyanyi.

"Makan je lah !" Amira menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Boleh tahan,dia masak ke beli ni ?" Amira sengih.

Satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefonnya.Amira melihat pesanan itu.Dari nombor yang tidak kenal.

"Siapa eh ? Nak balas ke tak ni ?" Amira berfikir sejenak.

Last-last Amira membalas mesej itu.

"Siapa ni ?" Tanya Amira.

"Ni abang lah,Adyan Asyraf ! Takkan dah tak ingat !" Balas Adyan.

"Hah Abang Adyan lah,sekian lama mendiamkan diri baru sekarang nak muncul !" Bisik hati Amira.

"Hello ?" Mesej dari Adyan naik.

"Yes ! Oh abang,lama menghilang ?" Amira membalas.

"Abang pergi study luar negara ! Kita lost contact kan,abang call Amira tapi tak dapat ! Lony kata Amira tukar nombor baru..So abang minta dengan dia !" Panjang lebar mesej Adyan.

"Oh perempuan tu !" Amira membuat muka menyampah.

"Oh Lony,kenapa abang mesej Amira ?" Tanya Amira.Malas dia nak bahas pasal perempuan tu.

"Eleh,nak chat junior kesayangan abang pun tak boleh ke ? Tak lah abang dah balik Malaysia and i miss you so much ! Can we meet ?" Terbeliak biji mata Amira melihat pesanan itu.

Amira berasa tidak bersalah kalau tak pergi.Tapi kalau pergi kena minta izin suami.

"Kat mana ?" Tanya Amira.

"Location nanti abang hantar !" Balas Adyan.

"Okey !" Ujar Amira.

Mereka terhenti di situ.Amira bangun dari katilnya dan dia terduduk semula.Kakinya mula merasa sakit kembali.

"Apasal pulak dengan kaki ni ! Tadi baik je,sekarang sakit pula !" Amira mengurut kakinya sendiri.

Amira menggapai ubat kakinya.Air kosong yang dibawa oleh Lony tadi bersama nasi diambil untuk minum ubat.

"Werk !" Amira menjelir setelah menelan sebutir ubat tahan sakit.

"Baik aku call Abang Harith !" Amira menggapai telefonnya.

"Hello abang,kaki Amira sakit lagi lah !" Adu Amira.

"Nak pergi klinik ke ?" Tanya Harith.

"Kalau abang tak busy ?" Ujar Amira.

"Untuk anak buah abang apa yang tak boleh !" Balas Harith.

"Yeke ni,padahal nak jumpa akak nurse kan !" Teringat semula waktu mereka ke klinik.

Ada seorang nurse ni terlanggar dengan Abang Harith.And then mereka bertentang mata ! Mak oi sweet gila.

"Eh mana ada ! Bila nak pergi ni ?" Laju je bila tukar topik si Harith ni.

"Tukar topik lah tu ! Dalam pukul 6 abang !" Amira menjawab.

"Okey !" Terus Harith mematikan panggilan itu.

"Okey sekarang ni minta izin Daiyan pula !" Terus berubah riak wajah Amira.

Amira menelefon Daiyan tapi tidak diangkat.Berkali-kali dia telefon tapi tak diangkat.

"Kenapa dia tak angkat ? Aku mesej je lah !" Bisik hati Amira seraya menghantar pesanan kepada Daiyan.

Amira menyarungkan baju yang bewarna coklat pekat dan mengenakan kain yang bewarna coklat lembut.Rambutnya dilepaskan.

Amira menyolek muka nya dengan solekan yang sungguh simple but terlihat anggun.

"Memang rugi lah kalau Daiyan tinggal kau ! Hihi !" Sengih Amira yang dah memuji diri sendiri.

Amira menuruni anak tangga.Dia tak nak bertembung dengan Lony.Nanti banyak pula soalan dia.

Kereta Harith sudah ada didepan rumah.Lony yang sibuk di dapur sempat mengintai kerana mendengar ekzos kereta Harith.

"Siapa tu ?" Lony bermonolog sendiri.

Lony melihat Amira yang keluar.Laju dia mengambil telefonnya dan menangkap gambar.Dia senyum puas lepas tangkap gambar Amira dengan Harith.

"Akan aku hantar dekat Daiyan !" Lony menghantar gambar tersebut kepada Daiyan.

Daiyan yang sibuk dengan kerjanya tiada masa untuk melihat telefonnya.Notification mesej masuk sentiasa berbunyi.Memang sah lah Lony yang hantar.

"Bising lah !" Dengus Daiyan seraya mengambil handphonennya.

"What ?! Siapa mamat ni !" Nafas Daiyan turun naik.Perasaan yang lama terkubur datang kembali selepas melihat gambar yang dihantar oleh Lony.

"Aku kerja kat luar,kau pergi keluar dengan jantan lain !" Daiyan terus menelefon Amira.

Waktu itu Amira masuk sendirian di dalam bilik manakala Harith menunggu di luar sambil memegang beg Amira.

Harith sibuk memerhati jururawat yang langgar dia haritu.Kebetulan jururawat itu berkerja shif petang.

Telefon Amira berdering dan membuatkan Harith tersentak dari pemerhatian dia.Amira masih belum keluar dari bilik dan telefon terus berdering.

Harith menjawab panggilan itu bagi mengelak dari terus bising.

"Hello !" Suara milik Harith keluar dari telefon Daiyan.

Daiyan terkejut mendengar suara yang garau itu.Takkan bini dia dah bertukar jadi jantan kan.

"Kau siapa ?" Daiyan terus bertanya.

"Aku Harith ! Oh ni mesti suami Amira kan !" Harith melihat ke arah pintu bilik doktor.

"Mana....." Belum sempat Daiyan menjawab,panggilan sudah diletak.

"Ish jantan ! Siap kau !" Bisik hati Daiyan.

"Abang siapa call ?" Tanya Amira yang melihat Harith memegang telefonnya.

"Husband Amira kot !" Terkejut Amira mendengar apa yang keluar dari mulut Harith.

Amira laju mengambil telefonnya dari Harith.Dia terus menelefon kembali Daiyan.

"Hello !" Laju Daiyan menjawab panggilan.

"Awak ..."

"Aku nak kau balik sekarang !" Tegas Daiyan menyuruh Amira balik.Tidak sempat Amira ingin menjelaskan.

Amira pulang kerumah.Daiyan dengan muka garangnya sudah terpacak berdiri di depan television.Muka Amira dah pucat,takut dimarahi lagi.

Tak sanggup Amira nak hadap mereka berdua.Lony juga turut ada yang duduk di samping Daiyan.

Tiba-tiba sahaja Daiyan melemparkan gelas kaca yang ada ditangannya.Bunyi kaca berderai di atas lantai itu menguatkan lagi debaran di dalam hati Amira.

"Apa hal pula ni !" Bisik hati Amira.

"Kau keluar dengan siapa tadi ? Jantan mana ?" Marah Daiyan.

"De..de..ngan" Tergagap Amira ingin menjawab.

"Dengan siapa !" Tengking Daiyan.

"Dengan ayah saudara saya !" Jawab Amira.

Daiyan mengerutkan dahinya.

"Takkan ayah saudara muda macam tu,handsome lepastu siap bukakan pintu untuk kau lagi !" Lony menambahkan lagi kemarahan di hati Daiyan.

"Cakap betul betul Amira ! Jangan sampai tangan aku naik lagi kat muka engkau !" Kali ini kemarahan Daiyan semakin membuak.

"Betul kalau awak tak percaya awak call dia !" Amira menghulurkan telefonnya kepada Daiyan.

Daiyan merampas telefon Amira dengan kasar.Amira menjeling ke arah Lony.Amira tahu yang semua ni bermula daripada Lony !

"Hello !" Daiyan menelefon Harith.

"Yes Amira ? Eh jap ni bukan Amira kan !" Jawab Harith.

"Yes bukan,aku nak tanya kau.Betul ke Amira ni anak saudara kau ?" Daiyan merenung tajam ke arah Amira.

"Yes betul ! Kau ni mesti suami dia kan !" Ujar Harith.

"Boleh percaya ke kau ni !" Daiyan masih tidak percaya.

"Takkan kau tak percaya bini kau sendiri ! Lagipun umur aku dengan dia tak beza banyak ! Pasal panggilan " Abang Harith " tu aku yang suruh dia panggil ! Kau jangan salah anggap lah !" Terkaku Daiyan mendengar penjelasan dari Harith.

Daiyan mematikan panggilan itu.Dia melihat ke arah Amira.Amira tidak sanggup melihat Daiyan yang sudah tidak mempercayai dia.

Amira berpaling ke arah lain.

"Sekarang macam mana ? Dah percaya ! Dah lah Daiyan,saya penat lah ! Saya nak mandi nak rehat !" Amira mengambil telefonnya kembali.

Amira naik ke biliknya tanpa menghiraukan Daiyan dan Lony.Dia ingin menenangkan fikirannya.

Share this novel

Nuyul Aini Raqem Azni
2020-03-23 18:53:31 

next..mcm kjp je baca..xpuas

Nuyul Aini Raqem Azni
2020-03-23 18:53:09 

next..mcm kjp je baca..xpuas

Nuyul Aini Raqem Azni
2020-03-23 18:53:05 

next..mcm kjp je baca..xpuas


NovelPlus Premium

The best ads free experience