DC 6

Romance Series 37728

Amira masuk ke dalam kelas setelah penat berlari mengejar masa.Dia duduk keseorangan di belakang.Kebetulan seorang gadis datang menghampiri Amira.Gadis itu duduk disamping Amira sambil memperkenalkan dirinya.

"Saya Lony,awak ?" Gadis itu menghulurkan tangan.

"Saya Amira !" Amira menyambut tangan Lony.

"Baru eh kat sini ?" Lony cuba untuk berbual.

"Haah baru je !" Singkat Amira.

Sedang sibuk mereka berbual,semua pelajar perempuan di dalam kelas itu berteriak seperti dirasuk.

"Wahhhhhhhh !!!!!" Sorak pelajar-pelajar kelas itu.

Amira dan Lony cuba mencari benda apa yang membuatkan orang di dalam kelas itu seperti dirasuk.

"Kenapa ?" Tanya Amira kepada pelajar perempuan yang ada dihadapannya.

"Tu lah,handsome nya mamat ni !" Kata pelajar itu seraya menunjuk di depan.

"Apa dia ni !" Amira terkejut setelah melihat mamat yang dipuja oleh gadis-gadis itu.

"Oh kau dekat sini !" Adyan bersuara.

"Amira awak kenal ke ?" Lony bertanya.

"Tak kenal sangat,tapi selalu terserempak dengan dia and time tu kitorang selalu gaduh !" Terang Amira.

Daiyan melangkah terus ke arah Amira.Semua orang melihat ke arah mereka berdua.Daiyan mendekati Amira yang sedang berdiri.Dia mengetuk dahi Amira dengan sengaja.

"Aduh !" Amira merengek.

"Awak dah kenapa ?!" Tambah Amira lagi seraya menggaru kepalanya yang diketuk sebentar tadi.

"Kau tak ingat apa yang kau dah buat kat aku ?!" Daiyan menarik rambut Amira.

"Ahhh !!" Amira memegang tangan Daiyan yang menarik rambutnya.

"Kau ingat eh,ni baru permulaan ! Disebabkan kau dah cari gaduh dengan aku,that's mean kau enemy aku !" Daiyan melepaskan tangannya dari rambut Amira.

"Puih ! Busuk siot ! Kau tak mandi ke ?!" Daiyan sengaja memalukan Amira.

Amira menjeling tajam ke arah Daiyan.Bagi dia Daiyan bukanlah lelaki yang baik ! Hatinya sudah dipenuhi dengan kebencian ! Lony cuba untuk menolong Amira namun dihalang oleh Daiyan.Daiyan sengaja lalu di antara Amira dan Lony untuk menambahkan lagi kesakitan yang Amira alami.Dia menolak Amira dengan kasar sehinggakan Amira tersungkur.

"Amira kau kena kuat !" Bisik hati Amira.

Amira tidak mengendahkan lagi Daiyan Dzhuhaizan.Mujurlah pensyarah masuk sebelum teruk lagi Amira dikenakan oleh Daiyan.Semua orang duduk di tempat masing-masing.Sementara Amira duduk disamping Lony dan dihadapan Daiyan.

"Okey,saya tahu yang diantara kamu semua mesti ada yang baru masuk universiti ni kan !" Puan Laila melihat ke arah Amira.

"Saya nak kamu kenalkan diri kamu !" Puan Laila menunding jari ke arah Amira.

Amira bangun dan sudah bersiap untuk memperkenalkan dirinya.

"Saya Amira,pelajar baru ! Harap korang dapat memberi kerjasama dengan saya !" Amira mengukirkan senyuman.

"Baiklah kamu boleh duduk ! Saya nak pelajar yang kat belakang awak pula !" Puan Laila mengarah Daiyan untuk memperkenalkan diri.

Daiyan terhuyun-hayang untuk bangun.

"Daiyan !" Ringkas Daiyan seraya melabuhkan punggungnya di kerusinya semula.

"Poyo gila mamat ni !" Bisik hati Amira.

Setelah habis kelas,Amira dan Lony merancang untuk lunch bersama-sama.Amira hampir lupa yang dia ada janji dengan Qairuddin.Mereka keluar sambil bergembira.Namun perjalan mereka terhenti apabila Amira melihat Qairuddin yang sudah tunggu dia di depan kelasnya.

"Abang buat apa kat sini ?" Amira menyoal.

"Takkan dah lupa,kan Amira yang ajak abang lunch ?" Qairuddin mengingatkan Amira semula.

"Haah lah,tapi Amira nak lunch dengan kawan baru Amira !" Amira melihat ke arah Lony.

"Tak apa,makan sekali !" Qairuddin menjawab.

"Kalau macam tu jom lah !" Amira merangkul lengan Lony.

Mereka pergi ke cafe bersama-sama.Sesampainya mereka di cafe,Amira melihat Adyan yang keseorangan.Amira berkata kepada Qairuddin agar mengajak Adyan sekali untuk makan bersama.

"Abang,pergilah ajak Abang Adyan makan sekali ! Kesian tengok sorang-sorang !" Kata Amira.

"Biarlah dia !" Tolak Qairuddin.

"Kalau abang taknak ajak,biar Amira je yang ajak !" Amira cuba menghampiri Adyan.

Hendak Amira mengajak Adyan,dia melihat Aidell yang sedang menuju ke arah Adyan.Dia terhenti.Qairuddin pergi ke arah Amira dan berkata.

"Kan dah cakap tak payah !" Kata Qairuddin.

"Dah jom !" Qairuddin menarik lengan baju Amira.

"Kau tengoklah sendiri ! Kau tu tak penting untuk dia !!" Bisik hati Amira.

Amira pergi bersama Qairuddin tatkala matanya belum habis melihat Adyan yang bermesraan dengan Aidell.Adyan yang perasan Amira melihatnya laju-laju bangun dari kerusinya.Amira tertunduk setelah terlanjur melihat Adyan bersama Aidell.

Adyan Asyraf cuba untuk mengejar Amira namun si Aidell pula yang menyemak ! Aidell menarik tangan Adyan agar kekal duduk bersamanya.Adyan cuba melepaskan tangan Aidell dari terus menyentuhnya.Lalu dia terus berlari untuk mencari Amira namun gagal.Cepat sungguh mereka berjalan sehinggakan Adyan terlepas pandang.

"Mana diorang ni ?" Adyan berbisik halus.

"U cari siapa ?" Sampuk Aidell dari belakang.

"Hah,i cari kawan i lah Qai !" Jelas Adyan.

"Jom lah teman i makan !" Paksa Aidell.

"Tak boleh i kena meet someone !" Adyan sengaja memberi alasan supaya dia dapat lari dari Aidell.

"Hah,ala jom lah teman i !" Aidell memaksa lagi.

"I dah cakap kan yang i kena jumpa orang ! U pergilah makan !" Kini Adyan terpaksa meninggikan suara.

Adyan pergi tanpa meminta maaf.Dia pergi mencari Amira dan Qairuddin di persekitaran kafe itu lagi.Mungkin jodoh,Amira terserempak dengan Adyan setelah selesai membeli.Dia terlanggar dengan Adyan sewaktu hendak ke meja yang sudah ditanda oleh Qairuddin.

"Amira !" sayup suara Adyan.

"Abang Adyan,abang buat apa kat sini ?" Amira bertanya.

"Cari korang lah !" Adyan memandang tepat ke dalam mata Amira.

"Bukan ke abang dengan kak Aidell ?" Amira mengalih pandangan.

"Ermm,kenapa Amira lari ?" Adyan cuba bertanya kembali.

"Orang tanya dia,dia tanya orang pula !" Amira memuncungkan mulutnya.

"Alaaa,korang duduk kat mana ni ?" Tambah Adyan.

"Tu !" Amira menunjukkan kepada Adyan tempat mereka bersatu.

"Jom abang tolong bawakan !" Adyan merampas makanan dari Amira.

"Tak apa lah,Amira boleh bawa !" Amira berkeras mahu membawanya sendiri.

Sebenarnya Amira masih ada rasa marah dengan Adyan Asyraf,entah kenapa dia harus marah ? Adyan bukannya kekasih dia ? Adakah dia cemburu ? Banyak persoalan yang terkunci dalam benak Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience