SPECIAL CHAPTER

Romance Series 37728

Sinaran lampu terang yang mampu menembusi matanya.Mata dibuka perlahan.Jari yang hanya mampu bergerak namun tidak bisa diangkat.

"Ira !" Panggilan itu masuk ke dalam gegendang telinganya.

"Doktor ! Doktor !" Panggil seseorang yang ada disamping Amira.

Doktor dan jururawat bergegas ke bilik Amira selepas mendengar teriakan keras oleh Puan Mastura.

"Puan boleh keluar sebentar ?" Suruh jururawat yang datang bersama doktor.

Puan Mastura hanya mampu mengikut kehendak jururawat itu meskipun rasa bimbang mula menguasai.

"Saya dekat mana ni ?" Tanya Amira dengan nada yang lemah.

"Alhamdulillah awak dah sedar,awak masih ada dekat hospital !" Ujar doktor itu seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Amira.

"Nurse awak dah boleh panggil ibu pesakit untuk masuk !" Kata doktor itu.

Jururawat itu mengangguk tanda faham lalu mengorak langkah untuk keluar.

"Puan ! Puan dah boleh masuk !" Jururawat itu tersenyum manis.

"Terima kasih !" Puan Mastura bergegas masuk ke dalam bilik kembali.

Laju Puan Mastura melangkah.Tangan Amira digenggam kuat.

"Doktor macam mana dengan anak saya ?" Tanya Puan Mastura.

"Anak puan okey,cuma dia akan rasa pening sebab dia dah seminggu tak sedarkan diri !" Jawab doktor itu sambil membelek helaian kertas ditangan.

"Terima kasih doktor !" Puan Mastura mengukir senyuman.

"Memang dah tugas saya ! Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu !" Doktor itu melangkah pergi.

Muka Amira ditatap terus.Keringat kerisauan masih bermain pada wajah Puan Mastura.

"Ibu macam mana Ira boleh ada dekat hospital ? Bukan ke Ira dah mati !" Tanya Amira.

"Ishh !! Kenapa cakap macam tu ! Nyawa Ira masih panjang,Ira patut bersyukur sebab ada orang yang memandu dekat kawasan tu dan nampak Ira kemalangan !" Puan Mastura mengusap lembut rambut Amira.

"Daiyan ?" Nama Daiyan meluncur dari mulut Amira.

"Daiyan..." Kata-kata Puan Mastura terhenti.

"Daiyan kenapa ibu !?" Kerisauan pada wajah Amira.

"Daiyan tak apa-apa Amira ! Kamu jangan risau !" Jawab Puan Mastura menenangkan Amira.

"Alhamdulillah !" Amira mengurut lembut dadanya.

"Tapi dia masih tidak sedarkan diri disebabkan hantukan kuat dekat kepala dia !" Kata-kata itu cukup mengejutkan Amira.

"Dan berkemungkinan besar dia akan hilang ingatan !" Tambah Puan Mastura.

"Hah hilang ingatan ? Ibu mana Daiyan ? Ira nak jumpa dia !" Jerit Amira.

Lengan ibunya terus digoncang.Selagi tak cakap selagi tu digoncang.

"Ish kamu kan baru sedar,nanti bila dah sihat sepenuhnya ibu bawa kamu jumpa Daiyan !" Ujar Puan Mastura seraya melepaskan tangan Amira dari lengan dia.

"Amira dah sihat lah ibu ! Aduh..." Tangan Amira bertapa di dahi.

"Kan ibu dah cakap,kamu baringlah dulu ! Daiyan tu papa dia ada untuk jaga dia !" Amira merebahkan diri dia.

"Tapi ibu janji yang ibu akan bawa Amira jumpa Daiyan !" Amira menatap lama wajah Puan Mastura.

"Ya,ibu janji !" Jawab Puan Mastura.

Amira melelapkan matanya setelah mendengar janji yang dibuat oleh ibunya.Tidak sempat mahu lena dia teringat akan Andika.

"Ibu,Andika macam mana ?" Tanya Amira.

"Oh Andika dah balik indonesia ! Dia kirim salam dekat kamu,katanya ada urusan penting sebab tu dia tak boleh nak tunggu kamu !" Terang Puan Mastura.

"Fuh !" Amira melepaskan nafas lega.

"Kenapa ?" Tanya Puan Mastura.

"Tak ada apa-apa lah ibu !" Amira tersenyum.

"Kalau macam tu Amira nak tidur dulu !" Jawab Amira seraya menutup matanya.

"Nanti bila kamu lapar bangun !" Kata Puan Mastura seraya bingkas bangun.

"Eh ibu nak ke mana ?" Tanya Amira yang cepat membuka mata.

"Ibu nak keluar kejap,kamu rehatlah dulu !" Puan Mastura mengorak langkah.

"Hrmm okey !" Amira mencebik bibirnya.

Puan Mastura melangkah keluar dari bilik Amira.Sesekali mata dia meliar seperti mencari seseorang.

"Macam mana dengan Amira ?" Tanya seorang lelaki tua.

"Dia dah okey,tunggu masa dia sembuh dan nak jumpa dengan Daiyan !" Jawab Puan Mastura.

"Jom lah kita tengok Daiyan !" Ajak Puan Mastura.

"Ah jom !" Balas lelaki itu.

Mereka melangkah bersama-sama ke bilik pesakit yang bernama Daiyan Dzhuhaizan.

Tak semena air mata mengalir setelah sampai di buju katil pesakit itu.

"Doktor cakap apa tentang Daiyan ?" Tanya Puan Mastura.

"Doktor cakap Daiyan masih dalam koma sebab hantukan yang kuat ! Dia pun masih tidak tahu bila Daiyan akan membuka mata ! Kita berserah pada tuhan sahaja !" Kata lelaki itu merangkap papa kepada Daiyan.

"Semoga dia cepat sedar !" Doa dititip untuk Daiyan.

3 hari telah berlalu.Amira pula sudah sihat sepenuhnya.Setiap hari pasti dia akan luangkan masa untuk melawat Daiyan.

Daiyan pula sudah lepas dari fasa koma cuma masih belum sedarkan diri.Doktor kata Amira kena selalu bercakap dengan Daiyan agar Daiyan dapat merasa.

"Daiyan saya ada dekat sini ! Saya akan teman awak sampai awak bangun !" Amira berbisik pada telinga Daiyan.

Tuala kecil ditangan dicelup ke dalam besen kecil yang berisi air.Tangan Daiyan dibersihkan dengan lemah-lembut sambil mulut tidak berhenti berkata-kata.

"Cepatlah bangun Daiyan,saya tak sabar nak tengok muka awak yang annoying tu ! Saya rindu nak bergaduh dengan awak !" Ujar Amira dengan nada yang sebak.

Air mata menemani rasa kecewa di hati.Perasaan serba salah kuat menyebulungi diri.

"Daiyan sampai bila awak nak tidur !" Digenggam tangan Daiyan.

Amira mendengus kuat.Butir mutiara mahal tidak henti mengalir membasahi pipinya.

Dalam tak sedar jari-jemari Daiyan bergerak.Amira yang masih mengenggan tangan Daiyan dapat merasai penggerakan itu.

"Daiyan awak dah sedar ke ? Daiyan !" Panggil Amira.

"Doktor ! Doktor !" Laung Amira.

Sepantas kilat doktor muncul di hadapan Amira.Amira ditolak ke tepi bagi memberi ruang kepada doktor dan jururawat untuk memeriksa keadaan Daiyan.

"Alhamdulillah Encik Daiyan dah sedar !" Kata-kata yang keluar dari mulut doktor itu membuatkan perasaan kecewa Amira bertukar serta-merta.

"Jadi macam mana keadaan dia ?" Tanya Amira yang sudah teruja.

"Dia dah sedar cuma dia akan rasa pening dan mungkin akan rasa sakit dikepala !" Ujar doktor itu sebelum beredar.

"Daiyan !" Laju Amira melabuhkan punggung dia pada kerusi yang ada disamping Daiyan.

"A...awak siapa ?" Kata Daiyan.

"Hah awak tak ingat saya ? Saya Amira lah AMIRA !" Amira mengeja seluruh namanya.

"Saya tak kenal awak !" Ujar Daiyan.

Terkejut beruk Amira lepas mendengar omongan dari Daiyan.Jantung berdetak laju.

"Daiyan !!! Takkan awak dah lupakan saya ? Haaa !!!" Amira menangis dengan lantang.

"Ishhh !!! Malu lah dekat orang !" Tersentak Amira.

"Awak tipu saya !" Kata Amira.

"Hihi saya nak tengok reaksi awak macam mana ? Comel juga awak ni !" Daiyan ketawa sambil memegang dadanya.

"Ish jahat lah awak ni ! Benci ah saya !" Amira memukul Daiyan.

"Auch !" Rengek Daiyan.

"Padan muka !" Amira memuncungkan mulutnya.

"Alololo ! Panjang muncung dia ! Tak nak share ke ? Haha !" Sempat Daiyan menyakat Amira.

"Ish ikut orang lah muncung orang !" Amira menyilangkan kedua-dua tangannya.

"Alololo,merajuk ke sayang ?" Perkataan sayang ditarik lama.

"Siapa sayang awak ? Tak malu panggil orang sayang !" Amira menjeling.

"Awak tak sayang saya ke ? Ermm tak apa lah kalau macam tu,saya nak koma balik lah !" Jawab Daiyan yang sedikit merajuk.

"Tak payah nak mengada !" Amira marah manja.

"Tahu pun takut !" Balas Daiyan sambil mengukirkan senyuman kepada Amira.

Mereka bertatapan sambil tersenyum.

Seminggu sudah pun berlalu,kini Daiyan sudah sembuh sepenuhnya.Penjagaan rapi buat Daiyan.

"Amira ?" Panggil Daiyan.

"Yes !" Jawab Amira yang masih tertumpu dengan keindahan tasik.

"Jom kita rujuk balik ?" Ajak Daiyan.

Mata Amira beralih ke arah muka Daiyan.
Nak kata happy memang happy tapi...

"Kenapa diam je ni ? Tak rela ke nak hidup dengan saya ?" Tanya Daiyan.

"Yes saya mengaku yang perkahwinan kita dulu dijalin kerana dendam ! Tapi saya dah menyesal lah Amira ! Saya tak nak kerana ego saya kebahagiaan tidak dapat untuk saya kecapi !" Tambah Daiyan.

"Saya belum jawab lagi awak dah melencong jauh !" Perli Amira.

"Habistu apa jawapan awak ? Awak terima saya ?" Bertubi-tubi soalan Daiyan.

"Nak cakap terima tu tak lah,nak cakap tolak pun tak !" Sakat Amira.

"Ala Amira betul-betul lah !" desak Daiyan.

"Kalau saya terima awak nak buat apa ?" Tanya Amira.

"Kalau awak terima saya akan belanja awak makan dekat kedai mee goreng pak cik kesayangan awak tu ! Awak makanlah sepuasnya !" Ujar Daiyan.

"Kalau saya tolak ?" Soal Amira lagi.

"Kalau awak tolak saya akan jerit dekat taman ni sampai awak terima saya !" Balas Daiyan.

"Berani ke buat ?" Cabar Amira.

Daiyan bingkas bangun dan berdiri di depan Amira.

"Awak buat apa ni ?" Tanya Amira.

"Saya nak buat apa yang saya cakap tadi !" Balas Daiyan.

Baru sahaja mahu membuka mulut,mulut dia ditekup oleh Amira.

"Awak jangan nak buat kerja gila !" Larang Amira.

"Awak masih tak bagi jawapan awak !" Daiyan melepaskan diri dari Amira.

"AMIRA !!!" Laung Daiyan.

Lantang suara dia membuatkan orang ditasik itu tertumpu arah kepada mereka.
Amira sudah menutup muka kerana malu.

"Okey saya terima !!" Kata Amira.

Tersenyum kegembiraan pada wajah Daiyan terukir.

"I LOVE YOU AMIRA !!!" Daiyan bersorak.

"Daiyan !" Amira mengecilkan suara dia.

Malu dia dengan orang ramai yang lalu lalang disitu.

"Nah awak pakai !" Daiyan menyarungkan cincin perkahwinan mereka dahulu pada jari Amira.

Selepas itu mereka mengesahkan perikatan mereka di pejabat agama.Rumah tangga yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya menjadi kenangan paling manis dalam hidup Amira.

Kandungan Amira yang mencecah 9 bulan itu menjadi bukti kebahagian mereka.Setiap hari mereka akan ke kubur anak pertama mereka.

Kebahagian tak semestinya terus berkekalan dan kesedihan juga tidak mungkin akan terus bertapa.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Perasaan cinta boleh dituai tapi keikhlasan dan ketulusan itu harus lahir dari hati yang murni.

*Hah macam mana dengan happy ending ni ? Puas tak ? Kalau tak puas achik tak tahu dah nak buat macam mana !!! ;(
*Otak dah nak pecah sebab nak buat happy ending ni tau ! Kalau dah baca vote dan comments,hargai lah sikit usaha achik ni !!
Lastly,semoga ada yang rindu dengan Daiyan dan Amira ! Terima kasih sebab sudi baca kisah mereka yang tak berapa nak menjadi ni ! Akhir kata assalamualaikum !

Share this novel

Syafieqah Saifull
2020-07-18 01:11:03 

waalaikumusalam..terbaik larh achik,syok baca novel ni..semoge achik terus berjaya dlm menerbitkn novel plus ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience