DC 14

Romance Series 37728

Amira tersenyum seorang diri melihat skrin telefonnya.Adyan mengintai dari belakang Amira.Dia melihat Amira sedang berbalas mesej dengan Zulfan.Maka datanglah perasaan ingin tahu di dalam hati Adyan.

"Chatting dengan siapa tu ?" Adyan menghadap di depan Amira.

"Eh mana ada sesiapa !" Amira menyembunyikan telefonnya.

"Mesti dengan boyfriend kan !" Adyan melabuhkan punggungnya di hadapan Amira.

"Eh Amira mana ada boyfriend,lagipun siapalah nak dekat Amira ni !" Amira tertunduk.

"Ada je,Amira je yang tak nampak !" Kata Adyan.

"Siapa bang ?" Tanya Amira.

"Depan Amira lah !" Adyan menatap wajah Amira.

Amira terkejut dengan kata-kata Adyan.Dia memandang terus ke dalam mata Adyan.Lama mereka bertentang mata sehinggakan tidak sedar akan kehadiran Qairuddin.

"Woi,korang main apa ni ?" Jerkah Qairuddin.

"Eh eh tak ada apa lah !" Serentak Amira dan Adyan menjawab.

"Eh eh sama lak !" Perli Qairuddin.

Amira dan Adyan tersenyum.Qairuddin duduk disamping Adyan yang masih kosong dari tadi.

"Korang borak apa tadi ? Nampak macam serius je ?" Qairuddin bertanya lagi.

"Tak ada apa lah !" Amira membalas.

"Okey tak nak kongsi err ! Tak apa,korang dah makan ke ?" Tanya Qairuddin seraya mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya.

"Belum lagi,aku sebenarnya nak ajak Amira makan sekali tadi ! Sebab tu aku duduk dengan dia ni !" Adyan menjawab persoalan dari Qairuddin.

"Oh kalau macam tu jom lah sekali dengan aku !" Tawar Qairuddin.

"Bagus juga tu,jom Amira !" Ajak Adyan.

"Abang pergi dulu lah,Amira dah janji dengan kawan Amira !" Amira mengambil bukunya dan terus bangun dari tempatnya.

"Nak pergi mana ?" Soal Adyan.

"Nak pergi jumpa kawan Amira lah,Amira rasa dia dah tunggu ! Amira pergi dulu eh !" Amira berjalan pergi.

"Tunggu Amira !" Laung Adyan.

"Kawan yang mana ? Lelaki or perempuan ?" Soalan aneh itu keluar dari mulut Adyan.

"Kenapa abang tanya macam tu ?" Amira bingung dengan perangai Adyan.

"Jawab je lah,lelaki kan ?!" Adyan mencekak pinggangnya.

"Eh mana ada,kawan perempuan lah !" Jujur Amira.

"Yang mana satu ? Tak pernah tahu pun yang Amira ada kawan perempuan ni !" Ujar Adyan.

"Takkan Amira nak bagitahu semua tentang Amira dekat abang !" Balas Amira.

"Ermm betul juga tu,lagipun abang bukan nya penting untuk Amira kan !" Adyan pergi ke arah Qairuddin kembali.

"Kenapa dengan dia ni,sekarang bukan main pelik perangai dia !" Hati Amira berbisik.

Amira tidak memperdulikan Adyan,dia terus ke kantin untuk bertemu dengan Lony.Amira mencari keberadaan Lony.Lony duduk di sudut yang sedikit tersembunyi.Tidak sempat Amira pergi ke arah Lony,seorang lelaki menarik lengannya.

Perasaan Amira berbaur,takut dan terkejut.Fikirannya hanya tertumpu pada lelaki itu.Dia berpaling ke belakang dan menghela nafas lega.

"Awak rupanya !" Amira mengusap dadanya.

"Yang kau terkejut sangat ni kenapa ?" Dingin Daiyan.

"Mana tak nya terkejut,dah awak tiba-tiba pegang tangan saya ! Terkejut beruk lah saya !" Amira berkata.

"Mengarut lah kau ni,sekarang ni kau nak pergi mana ?" Daiyan bertanya.

"Nak pergi makan lah,kenapa ?" Amira pula menyoal setelah menjawab soalan Daiyan.

"Dengan siapa ?" Daiyan bertanya lagi.

"Dengan kawan lah !" Ringkas Amira.

"Kenapa semua orang tanya ni ?" Fikiran Amira terganggu apabila dia teringat akan soalan Adyan Asyraf yang serupa dengan soalan Daiyan.

"Bila masa kau ada kawan,entah-entah dengan abang senior tu kan ! Menggatal eh kau ni !" Kelihatan kecemburuan di wajah Daiyan.

"Eh mana ada lah,kenapa dengan awak ni ! Jealous eh ?" Amira memandang tepat di dalam mata Daiyan.

"Bila masa pula aku jealous,lantak kau lah nak lunch dengan siapa !" Cemas Daiyan apabila ditanya soalan sebegitu.

"Okey,saya nak lunch dengan abang Adyan lah !" Sengaja Amira memanaskan lagi hati Daiyan.

"Lantak kau lah !" Daiyan menyilangkan kedua-dua tangannya.

"Okey saya pergi dulu ! Bye !" Amira mengorak langkah kedepan.

Entah kenapa kaki Daiyan hendak saja mengikut jejak Amira.Daiyan mengikut Amira dari belakang.Setelah menyedari dirinya diikuti,Amira menoleh kebelakang.

"Kenapa ikut saya ?" Amira bingung.

"Mana ada ikut kau,perasan betul lah minah ni !" Daiyan cuba melepaskan diri daripada soalan Amira.

"Iya lah tu,dah kantoi tak nak mengaku !" Amira terus melangkah.

Daiyan terus mengikutinya dari belakang hinggalah Daiyan melihat Amira pergi ke tempat Lony,kawan perempuannya.Barulah Daiyan menghela nafas lega.

"Dengan perempuan ni rupanya !" Bisik hati Daiyan.

"Kenapa mamat tu follow awak ?" Soalan itu diajukan kepada Amira.

"Hah siapa ?" Amira menoleh kebelakang.

"Asal dengan dia ni !" Bisik hati Amira.

"Alamak asal pulak ni ! Kenapa dia pandang belakang dengan riak macam tu !?" Resah hati Daiyan.

Daiyan terus duduk di kerusi yang belum diduduki oleh orang.Kerusi itu juga berdekatan dengan tempat Amira.Amira menghampiri Daiyan dengan wajah yang marah.

"What is your problem ?" Amira mencekak pinggang.

"What ?!" Daiyan pura-pura tidak mengerti.

"Why you always following me ? What you want ?" Soal Amira.

"Aku nak makan kat sini tak boleh ke ?!" Daiyan mengangkat keningnya.

"Ish apa-apa lah !" Amira geram dan terus melangkah pergi.

Semasa Amira melangkah ke belakang,dia terlanggar dengan seorang lelaki dan hampir tersungkur.Mujurlah ada Daiyan yang menjadi romeo.Daiyan merangkul tubuh Amira yang hampir jatuh itu.Semua mata berpandang ke arah mereka berdua.

Amira dan Daiyan bertentang mata.Amira tersedar dan terus elakkan dirinya dari dipegang terus oleh Daiyan.
Daiyan menggaru kepalanya dan memandang disekelilingnya.Amira menepis tangan Daiyan dan kembali ke tempat Lony.

"Amazing !" Lony membulatkan biji matanya.

"Ish !" Amira menepuk bahu Lony.

"Aduh ! Hahaha !" Lony ketawa kecil.

Selepas kejadian itu,Daiyan sentiasa memerhati gerak geri Amira.Kadangkala dia akan tersenyum dan itu membuatkan Amira malu dan tidak senang duduk.
Amira mengambil buku yang ada di hadapannya lalu menutup mukanya dengan buku itu.

"Kenapa dengan awak ni ?" Lony bertanya.

"Tak ada apa lah !" Mata Amira menjeling ke arah Daiyan.

"Laa pasal mamat tu ke ?" Lony memandang ke arah Daiyan.

"Hah apa awak cakap ni !" Amira menatap Lony.

"Dah kantoi tak nak mengaku !" Lony tersenyum.

Dua orang lelaki menghampiri Amira dan membuatkan Daiyan tidak senang duduk.Daiyan memerhati tajam ke arah dua orang itu.Seorang daripada mereka memberikan sekotak susu kepada Amira.Amira memandang ke atas untuk melihat sosok orang yang memberi susu kepadanya.

"Eh abang !" Terkejut Amira.

"Ye lah,oh rupanya ni kawan Amira !" Adyan terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Amira.

"Haah lah,kenalkan nama dia Lony !" Bilang Amira.

"Hi Lony !" Sapuk Qairuddin seraya mengenyitkan matanya kepada Lony.

"Hai !" Lony hanya melambai tangannya berserta senyum yang manis terukir di wajahnya.

"Abang buat apa kat sini ? Bukan ke abang dengan abang Qairuddin pergi makan kat luar ?" Soal Amira.

"Abang rindukan Amira lah !" Adyan mencubit pipi Amira.

Daiyan yang melihat tindakan Adyan terus bangun dari bangkunya.

"Nak sweet jangan kat sini ! Meluat aku tengok !" Jerkah Daiyan.

Amira dan Adyan terkejut dengab suara Daiyan.Amira berpaling ke arah Daiyan sebelum melihat Daiyan yang berganjak pergi.Amira mendengus.

"Kenapa dengan dia tu ?" Adyan bertanya kepada Amira.

"Entah lah dia tu ! Biarkan saja dia tu !" Amira kembali menyantap makanannya.

"Ermm,Amira cukup ke makan ni ?" Makin meleret senyuman goda Adyan.

"Hah dah cukup dah !" Amira segera pandang ke arah makanannya.Tidak sanggup dia melihat senyuman dari Adyan itu.

"Lepas ni abang teman Amira balik eh !" Kata Adyan seraya menyedut minumannya.

"Tak apa lah abang,Amira boleh balik sendiri !" Tolak Amira.

"Eh mana boleh macam tu ! Tak kira abang nak teman juga !" Desak Adyan.

"Tapi..." Belum sempat Amira menghabiskan kata-katanya,Adyan melarang dengan jari lembutnya.

Amira terkejut dengan tindakan Adyan.Deras dia melarikan wajahnya dari jari Adyan.

"Kau ingat aku tunggul kat sini ! Tak ada perasaan bila tengok kau dengan lelaki lain !" Daiyan memerhati dari jauh.

Daiyan berganjak pergi ke arah motosikalnya.Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki yang sederhana tinggi darinya.

"Kau apasal ! Tak tengok ke bila nak jalan !" Tengking Daiyan.

Jeritan yang kuat dari mulut Daiyan membuatkan Amira berpaling ke arah suara itu.Sudah jelas di gendang telinganya untuk mengenali suara Daiyan.

Daiyan menolak badan lelaki itu sehinggakan dia jatuh tersungkur.Amira lekas bangun dari kerusinya dan menolong lelaki yang telah ditolak oleh Daiyan.Setelah selesai menolong lelaki itu untuk kembali berdiri,Amira mengejar Daiyan.

"Daiyan !" Panggil Amira.

"Kau nak apa lagi ! Tak puas ke kau nak sweet dengan jantan tu !" Marah Daiyan.

"What ? Seriously ? Are you jealous ?" Amira menatap wajah Daiyan.

"Yes memang aku cemburu ! Aku cemburu bila kau rapat dengan lelaki lain selain aku ! Puas hati kau,memang ini kan yang kau mahu aku katakan !" Jujur Daiyan.

Amira terperanjat dengan pengakuan Daiyan.Dia menutup mulutnya kerana tidak menyangka yang Daiyan akan berkata begitu rupa.Mata semua orang kini tertumpu ke arah Daiyan dan Amira termasuklah Adyan dan Qairuddin.

"Ikut saya !" Amira menarik tangan Daiyan.

"Pergi mana ?!" Daiyan bertanya.

"Ikut je lah !" Amira teruskan melangkah.

"Amira !" Laung Adyan setelah melihat kejadian itu.

Amira tidak mendengar suara jeritan Adyan.Dia terus melangkah pergi bersama Daiyan.Benak Adyan mula berputar,memikirkan kemana hala tuju Daiyan dan Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience