"Amira bangun kita dah sampai !" Zulfan mengejutkan Amira yang sedang enak diulik mimpi.
Amira menggeliat kecil selepas mendengar suara Zulfan.Dia menggosok matanya.
"Dah sampai ke ?" Tanya Amira.
"Haah kita dah sampai !" Jawab Zulfan.
Amira membuka pintu disampingnya.
"Oh kat sini kau duduk Amira !" Getus hati kecil Daiyan.
"Zulfan terima kasih sebab sudi hantar saya,pasal kerja dengan awak tu maaf lah sebab saya rasa saya tak mampu !" Jujur Amira.
"Kenapa ? Ni mesti sebab Daiyan kan ? Sampai bila awak nak sorok kebohongan ni Amira ?" Tanya Zulfan.
"Hah awak dah tahu ke ?" Terus berubah wajah Amira.
Zulfan mendengus panjang.Daiyan masih memerhati gerak geri Zulfan.
"Yes Amira ! Saya dah tahu masa dekat restoran lagi !" Turun nada suara Zulfan.
"Awak dengar dan nampak ? Kenapa awak tak bagitahu saya ?" Amira melemparkan soalan itu.
"Saya nak awak yang bagitahu ! Saya tunggu tapi awak tak nak buka mulut tentang awak dengan dia ! Why ?" Perkataan terakhir ditekan kuat.
"Saya tak nak ingat masa lalu saya ! Setiap kali saya tengok muka dia saya akan rasa dada saya macam tercucuk Zulfan ! Saya tak sanggup !" Perlahan-lahan air matanya jatuh.
"Maafkan saya Amira ! Ya memang saya tak tahu kisah awak dengan dia tapi takkan disebabkan seorang lelaki yang pernah punahkan hati dan perasaan awak...awak nak tutup pintu hati awak untuk saya ?" Kata Zulfan seraya menyandarkan tubuh pada badan keretanya.
"What are you talking about,Zulfan ? Saya anggap awak kawan saya tak lebih dari tu !" Zulfan mendongak selepas mendengar perkataan KAWAN melucur pada bibir mulus Amira.
"But saya sayangkan awak lebih dari kawan !" Zulfan memegang bahu Amira.
"Argh sakitlah Zulfan !" Rintis Amira.
"Apa hal tu ?" Daiyan terus meluru keluar dari perut keretanya.
Bok !
Terkaku Amira selepas melihat Zulfan yang sudah jatuh tersungkur.Darah dibibir dikesat kasar.
"Awak okey tak ni ?" Tanya Daiyan.
Amira berdiam diri.Tidak sangka Daiyan akan hadir saat dia disakiti.
"Kau dah kenapa nak kasar dengan wanita ? Kau tahu kan dia siapa !" Jerit Daiyan.
Baru sahaja Daiyan mengangkat tumbukkan dia lagi,Amira sempat menghalang.
"Stop !" Amira memegang lengan Daiyan.
"Awak nak suruh saya stop ? Dia dah sakitkan awak Amira !" Ujar Daiyan.
" This is none of your business ! Awak tak perlu nak caring pasal saya ! Awak dah tak ada apa-apa hubungan dengan saya !" Kini Amira pula yang menguasai suasana.
Daiyan terdiam.Zulfan disisi tersengih jahat.
"Bro kau tak payah nak masuk campur hal dia lah ! Kau tu cuma bekas ! BEKAS !" Zulfan ketawa jahat.
"Awak pun sama Zulfan ! Awak anggap je yang kita ni tak pernah jumpa !" Amira masuk ke dalam rumah selepas melepaskan kemarahan dia.
Daiyan dan Zulfan meraup muka masing-masing.
"Dia masih marahkan aku ?" Bisik hati Daiyan.
"Semua ni pasal engkau lah ! Batak punya lelaki !" Marah Zulfan.
Lepas habis memakin hamun Daiyan,dia terus masuk ke dalam kereta.Daiyan pula masih berdiri tidak berganjak.
"Salah ke aku buat ? Aku buat ni sebab aku sayang ! Salah ke bila aku sayang dia !" Daiyan meraup muka sendiri.
Daiyan dikejutkan dengan suara Puan Mastura.
"Daiyan dah lama sampai ?" Tanya Puan Mastura.
"Dah lama ibu !" Daiyan terus menghampiri dan bersalaman dengan bekas mak mertua dia.
"Kenapa tak masuk ? Jom masuk !" Ajak Puan Mastura.
Perasaan Daiyan bercampur baur.Kalau tak masuk nanti ada hati yang terasa tapi kalau masuk ada pula hati yang panas.
"Kenapa tercegat lagi tu ? Ni pasal Amira ke ? Kalau pasal dia kamu buat tak tahu je Daiyan,mari masuk !" Sekali lagi Daiyan dipelawa masuk.
"Baiklah ibu !" Daiyan melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Kamu duduk dulu,ibu nak buatkan air !" Ujar Puan Mastura.
"Eh tak payah lah ibu,Daiyan tak nak susahkan ibu ! Lagipun nanti Daiyan kena balik !" Jawab Daiyan dengan penuh sopan santun.
"Kalau dah kamu cakap macam tu baiklah ! Dah lama tak dengar khabar kamu,kamu sihat ?" Tanya Puan Mastura.
"Alhamdulillah sihat ibu,ibu sihat ke ?" Persoalan itu ditanya balik kepada Puan Mastura.
"Syukur ibu sihat ! Kamu dengan Amira dah berbaik ke ?" Daiyan tersentak dengan soalan itu.
"Daiyan rasa tiada kemaafan untuk Daiyan !" Jawab Daiyan dengan nada yang sayu.
"Sabarlah Daiyan,kamu pun kenal Amira tu kan ! Dia tu keras kepala sikit,nanti lama-lama dia maafkan kamu lah !" Jawab Puan Mastura menyejukkan hati menantunya itu.
"Ibu,Daiyan kena balik ni !" Daiyan melirik ke arah jam dinding.
"Oh baiklah,nanti kalau ada masa datanglah lagi ! Nanti ibu buat makan-makan !" Balas Puan Mastura.
"Tak payah nak buat makan-makan sangat lah ibu,dia bukan sebahagian daripada keluarga kita !" Celah Amira yang baru sahaja muncul.
"Amira apa yang kamu cakap ni ! Tak baik ! Minta maaf cepat !" Marah Puan Mastura.
"It's okay ibu,Daiyan tak ambil hati pun !" Daiyan bangun dari sofa.
Daiyan mengorak langkah ke pintu utama.
"Kamu ni kan !" Bahu Amira ditampar.
"Ish sakitlah ibu !" Bisik Amira.
"Kamu jangan pedulikan apa yang Amira cakap tu,dia memang macam tu ! Daiyan datang esok,kita lunch sama-sama !" Ajak Puan Mastura.
"Tak apa lah ibu,takut orang yang di dalam tu panas bila tengok muka kacak saya ni !" Perli Daiyan.
Puan Mastura ketawa kecil dengan lawak yang disemburkan oleh Daiyan.Amira pula mula mencebik bibir.
Amira disentakkan lagi dengan nada dering telefonnya.Dia melihat nama yang jelas tertulis pada skrin telefonnya.
"Hello Andika !" Ditekankan lagi nama Andika supaya Daiyan mendengar.
Pantas mata Daiyan tertumpu pada sosok tubuh yang berdiri di dalam rumah itu.
"Ibu,siapa Andika ?" Tanya Daiyan.
"Kenapa tanya ibu ? Pergi lah tanya Amira !" Puan Mastura tersengih melihat wajah Daiyan yang mulai merah itu.
"Dia tak nak bagitahu lah ibu ! Melepaslah Daiyan macam ni !" Daiyan mencebik bibir tanda protes.
"Alololo ! Kamu kena usaha lebih lah ! Nanti Andika tu masuk meminang Amira memang kecundang lah kamu !" Puan Mastura ketawa kecil.
"Ibu tengok lah nanti Daiyan dapatkan hati Amira semula ! Okey lah Daiyan balik dulu !" Daiyan mencium tangan Puan Mastura.
"Esok datang makan tengah hari ya !" Puan Mastura memperingatkan Daiyan kembali.
"Okey ibu nanti kalau tak ada kerja Daiyan datang !" Jawab Daiyan.
"Oh kau nak datang sangatkan ! Tengok lah apa yang aku nak buat !" Bisik hati jahat Amira.
"Andika,kamu datang aja kerumah aku besok ya ! Soalnya ibuku mahu bikin makanan yang enak buat kamu ! Air tangan Malaysia loh !" Kata Amira.
"Oh sure ! But kamu yang datang ambil aku ya ?" Ujar Andika.
"Oh lupa kamu kan enggak tahu rumahku dimana ! Okey aku datang ambil kamu ya !" Jawab Amira.
"Eh pandai pula aku cakap indonesia ni ! Haha !" Puji Amira.
Amira meletak panggilan Andika.Dia terus mengorak langkah menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.
"Kamu nak pergi mana tu ?!" Soal Puan Mastura.
"Masuk bilik lah ibu,takkan nak pergi rumah bekas menantu kesayangan ibu !" Jawab Amira sambil memerli.
"Kamu jangan nak perli ibu,esok kamu tolong ibu masak !" Arah Puan Mastura.
"Ala ibu...!" Amira membuat muka.
"Tak ada ala ala !" Tegas ibunya.
"Okey tapi esok Ira ajak kawan Ira datang lunch sekali boleh ?" Tanya Amira.
"Ikut kamu lah Ira asalkan kamu jangan buat perangai !" Puan Mastura mengizinkan Amira.
Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan Amira akan pergi ke hotel tempat Andika menginap.Harini dia memakai baju kurung yang ditambahkan lagi corak bunga-bunga.
"Mak aih kenapa lain sangat awak punya gaya ni sayang !" Perli Puan Mastura.
"Ibu ni bila Ira pakai baju tu ibu bebel,bila Ira pakai macam ni ibu nak bebel juga ke ?" Keningnya dijongket.
"Ish kamu ni kan.." Kepala Amira diketuk lembut.
"Aduh ibu sakitlah !" Amira mencebik.
"Dah pergi ambil barang dalam kereta ! Ibu dah beli semua barang,nak tunggu kamu bangun memang tak masak laj jawabnya !" Sindiran itu dituju khas untuk anak perempuannya.
"Ibu yang tak bangunkan Ira !" Bahu diangkat.
"Dah pergi cepat,lepas ambil barang dalam kereta tolong ibu masak !" Jawab Puan Mastura.
"Ibu,Ira nak pergi ambil kawan Ira lah !" Ujar Amira.
"Kawan kamu dah tak boleh nak datang sendiri ke ?" Kedua tangannya dicekak dipinggang.
"Ibu kawan Ira tu Andika lah ! Andika mana tahu selok belok rumah kita ni !" Amira menuju ke kereta.
"Kamu dah tahu yang Daiyan nak mari makan...yang kamu pergi jemput Andika tu apahal ?!" Tak semena-mena Puan Mastura menyusul Amira.
"Ala biarlah,semalam ibu yang kata Ira boleh ajak kawan Ira ! Ibu jangan buat-buat lupa !" Balas Amira.
"Kamu ni memang sengaja kan Amira !" Balas Puan Mastura.
"Well anak ibu kan !" Amira tersengih.
*Maaf sebab lambat update,achik dah cuba yang terbaik untuk menulis chapter ni ! If ada yang tak puas hati or terlampau pendek maafkan achik ya !
*Dendam Cinta ni bakal menutup tirainya tapi achik nak tanya korang,korang nak happy ending or sad ending ? Kalau dah tahu apa yang korang nak comments !
Share this novel