DC 10

Romance Series 37728

Daiyan memandang ke atas,melihat
kecantikan langit yang biru dan digabungkan dengan tompokan awan yang putih bersih.Amira melihat Daiyan yang kelihatan seakan sedang berduka.Amira mendekati Daiyan dan berhasrat untuk memberi kejutan.

"Haa !" Amira bersuara lantang.

"Eh mak kau hijau !" Latah Daiyan.

"Kau kan memang nak kena !" Daiyan menepuk kepala Amira.

"Aduh" Amira menggosok kepalanya.

"Maaf lah,saya nak buat kejutan je ! Sebab saya tengok awak macam sedih je.Kenapa ?" Amira duduk disamping Daiyan.

"Amboi sedap je kau duduk tepi aku ni ! Tak minta izin pun !" Daiyan beralih sedikit.

"Biarlah,kenapa awak nampak sedih je ?" Amira bertanya kembali.

"Tak ada apa lah !" Daiyan bangun dari bangku.

"Kau tak payah nak kesah tentang aku,sekarang aku nak tanya kau.Apasal dengan senior-senior yang kacau kau tu ?" Daiyan memasukkan tangannya didalam kocek seluarnya.

"Abang Adyan ke ?" Amira bangun.

"Aku pun tak tahu nama dia ! Apasal ?" Soalan Daiyan berulang kembali.

"Tak ada apa lah,awak tak payah nak risau sangat !" Kata Amira.

"Risau ? Memang tak lah !" Daiyan mengalih pandangannya.

"Hrmm,jom pergi makan dekat tepi jalan tu !" Amira mengajak.

"Malas aku !" Daiyan menolak.

"Ermm ikut awak lah,saya nak pergi makan dulu !" Amira meninggalkan Daiyan.

"Pergi dengan siapa ?" Daiyan menyoal.

"Hah apadia ?" Amira berpaling selepas mendengar soalan dari Daiyan.

"Kenapa awak nak kesah ? Awak kan tak nak pergi tadi !" Amira membuat muka.

"Hah,aku tanya je kau pergi dengan siapa,bukan pelik kan !" Daiyan membalas.

"Dengan abang Adyan kot !" Amira sengaja menyebut nama tersebut.

"Abang Adyan !!!! Eiuu nak berabang-abang,jijik lah !" Daiyan berkata.

"Ikut awak lah,saya pergi dulu !" Amira bergerak ke hadapan kembali.

"Tunggu !" Daiyan memanggil.

"Kalau aku tak teman dia,dia akan pergi dengan Adyan tu ! Mana boleh macam tu !" Daiyan monolog sendiri.

"Apa ?" Amira bertanya.

"Aku teman kau !" Daiyan memberikan helmet kepada Amira.

"Kenapa tiba-tiba ?" Amira sengaja bertanya.

Daiyan hanya diam seketika.Amira sudah ketawa dalam hati melihat gelagat Daiyan yang seakan cemburu akan Adyan Asyraf.

"Jom lah !" Amira memakai helmetnya.

Dalam sekitar 10 minit mereka sampai di kedai itu.Pakcik kedai itu sudah mengenali Amira dan Daiyan.Dia melayani mereka dengan baik sekali.

"Kamu berdua nak makan apa ?" Pakcik itu bertanya.

"Saya nak makan mi goreng dengan teh tarik !" Amira menjawab.

"Kamu ?" Pakcik itu melihat kearah Daiyan.

"Teh tarik je lah !" Daiyan memesan.

Sambil menunggu makanan mereka sampai,Amira hanya kusyuk bermain telefon sehinggakan mengabaikan Daiyan.

"Sibuk nampak !" Daiyab berkata dengan nada yang marah.

"Hah apa dia ?" Amira terperanjat.

"Kau nak makan ke kau nak main phone !" Perli Daiyan.

"Okey !" Amira meletakkan phonenya di tepi.

"Sekarang nak borak apa ?" Amira memandang ke arah Daiyan.

"Pehal kau tengok aku !" Daiyan berkata.

"Awak ni kan,tadi bila saya main phone awak marah and then bila saya ajak borak awak marah ! Mana satu yang awak nak saya buat ni !?" Kini suara Amira pula bergema.

Daiyan berasa bersalah akan tindakannya tadi.Mungkin tingkah lakunya sedikit melampau.Tidak pernah dia melihat Amira marah sedemikan.Suasana sepi dan tegang.

"Makanan dah sampai !" Pakcik itu berkata seraya memberikan Amira mi goreng yang dipesannya.

"Kenapa ni ?" Pakcik itu bertanya setelah melihat Amira dan Daiyan hanya senyap dari tadi.

"Entah lah dia ni uncle ! Buat saya marah je !" Amira menjeling ke arah Daiyan.

"Tak baik cakap macam tu dekat suami !" Pakcik itu tersenyum.

"Hah what !" Daiyan dan Amira terkejut dengan ayat pakcik itu.

"Dia bukan suami saya uncle !" Amira berterus terang.

"Eh bukan eh,dah tu uncle ingat suami isteri !" Pakcik itu ketawa terbahak bahak.

"Memang tak lah saya nak cari isteri macam dia ni uncle !" Daiyan mencelah.

"Aik kenapa pula !" Amira memandang tepat ke arah Daiyan.

"Kau bukan taste aku lah !" Daiyan mengalih pandangan daripada terus bertentang mata dengan Amira.

"Habistu awak ingat awak tu taste saya ke ?! Memang jauh sangat lah !" Mi goreng yang ada dihadapan di makan oleh Amira dengan perasaan geram.

"Makan lah macam tu,biar tercekik !" Kasar Daiyan.

"Suka hati lah !" Amira menjawab dengan mulut yang penuh makanan.

"Ish pengotor lah !" Daiyan membersihkan mukanya yang terkena dengan sisa dari mulut Amira.

"Padan muka !" Amira menjelir.

Amira makan dengan lahapnya.Daiyan curi-curi pandang wajah Amira yang dianggap comel bila makan.Amira berasa seperti di perhatikan.Dia melihat ke arah Daiyan.Daiyan yang sudah lama memerhati Amira terus mengalihkan pandangannya.

"Kenapa tengok saya ? Saya tahu lah saya comel !" Kata Amira sambil membuat muka comel.

"Perasan gila ! Cepat lah makan !" Daiyan mengelak.

"Dah siap ha !" Ujar Amira.

"Uncle bayar !" Amira memanggil.

"Tak biar aku yang bayar !" Daiyan bangun dari kerusinya.

"Berapa uncle ?" Tanya Daiyan.

"It's okay,harini uncle belanja ! Korang datanglah lagi ye !" Balas pakcik itu.

"Thank you uncle !" Amira melaung.

"Sama-sama !!" Pakcik itu membalas.

"Awak jom lah pergi !" Amira menuju ke arah motosikal.

"Sedap dia je !" Daiyan mengomel.

"Tak baik mengumpat tau !" Amira memperli.

Daiyan menggelengkan kepalanya.Daiyan membawa Amira ke suatu tempat yang mungkin membuatkan Amira terkejut.

"Awak nak bawa saya ke mana ni ?" Amira bertanya.

"Kau diam je !" Daiyan menjawab.

Kelajuannya ditingkatkan kembali.Sehinggakan Amira memeluknya.Daiyan hanya tersengih melihat Amira yang memelukknya.

Selama 30 minit memandu,akhirnya mereka sampai di destinasi mereka.Sudah dijangka yang Amira akan terkejut.Amira membuka helmet yang ada dikepalanya lalu memberikan kepada Daiyan.

"Apa yang kita buat kat sini ?" Tanya Amira.

"Aku nak bawa kau jumpa mama aku !" Jawab Daiyan.

Amira kebingungan.Dia hanya ikut Daiyan dari belakang sampai lah Daiyan berhenti di satu kubur.

"Ni lah mama aku !" Daiyan terduduk.

"Apa maksud awak ni ?" Amira masih bingung.

"Ni lah arwah mama aku,kau ingat tak yang aku call kau haritu ?" Daiyan bertanya.

"Uh haritu,ingat ingat !" Amira mengangguk laju.

"Haritu aku nak ajak kau datang sini lah,but kau lambat and then aku balik universiti dan secara tak lansung aku ternampak kau dengan dua orang mamat tu !" Daiyan mula bercerita.

"Uh kenapa tak cakap awal-awal ?" Amira duduk disamping Daiyan.

"Haritu aku bergaduh dengan papa aku,so aku tak tahu nak luah dekat siapa ! Sedih kan hidup aku,mesti kau akan gelakkan aku kan !" Daiyan memandang Amira.

"Apa yang awak cakap ni ? Saya bukan macam tu eh ! Tapi boleh saya tahu apa yang menyebabkan mama awak meninggal ?" Amira memberanikan diri untuk bertanya soalan itu.

"Sebab papa aku ! Dia ada perempuan lain !" Daiyan marah.

"Sabar ! Boleh tak kita pergi ke tempat lain,mungkin dekat sana awak boleh ceritakan semua perkara yang terjadi !" Amira cuba menenangkan Daiyan.

Daiyan bangun dan pergi ke sebuah pondok yang sudah tersedia khas.Daiyan melabuhkan punggungnya begitu juga Amira.Amira kembali bersoal tentang perkara tersebut.

"Macam mana awak tahu yang papa awak curang ?" Amira bertanya.

"Aku sendiri yang nampak ! Aku nampak perempuan murahan tu ! Masa tu memang aku belum matang tapi..." Kata-kata Daiyan terhenti disitu.

"It's okay Daiyan ! Awak sabar dulu tarik nafas dan hembus,cuba tenangkan diri.Kalau awak dah bersedia untuk bercerita awak boleh bagitahu saya !" Amira membangkitkan lagi semangat Daiyan.

Butiran-butiran mutiara yang putih suci mula mengalir membasahkan pipi Daiyan.Amira menjadi luluh hati melihat keadaan Daiyan.Sebelum ini Daiyan memang kasar terhadapnya,namun itu sebaliknya.Rupanya dia mempunyai hati yang baik cuma semua itu terlindung dengan tingkah lakunya.

"Awak sabar lah !" Amira mengusap air mata Daiyan.

"Kalau aku jumpa perempuan tu memang aku takkan maafkan !" Bola mata Daiyan serta merta bertukar.

"Awak masih ingat muka perempuan tu ?" Amira bertanya kembali.

"Memang lah aku ingat ! Dah lama aku mencari dia tapi tak jumpa-jumpa ! Lepas mama mati dia pergi macam tu saja !" Daiyan mengenggam erat tangannya.

Daiyan Dzhuhaizan sudah lama menyimpan dendam.Dia telah berjanji akan membalas dendam itu untuk mamanya.Persoalannya siapa perempuan tu ? Cuba korang teka !

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-16 18:30:55 

perempuan tu mak amirah


NovelPlus Premium

The best ads free experience