DC 2

Romance Series 37728

Amira berjalan sambil memegang peta untuk mencari kelasnya .Dia tergesa-gesa kerana takut terlambat.Dalam tergesanya,dia terlanggar dengan sekumpulan gadis-gadis yang boleh dikatakan hot di universiti itu.

"Aduh ! Kau buta ke ?!" Salah seorang daripada mereka memarahi Amira.

"Maaf saya tak sengaja !" Amira jawab dengan lemah-lembut.

"Kau ingat dengan maaf kau boleh ganti kasut aku ke ?!" Rupanya Amira tidak sengaja terpijak kasut gadis hot itu.

"Maafkan saya,saya betul tak sengaja ! Saya dah lambat ni !" Amira melihat jam yang ada ditangannya.

"Kau ingat aku kesah !" Jawab perempuan itu seraya tangan dia menarik beg Amira.

Amira tersungkur.

"Woi !" Jerit seorang lelaki yang tinggi lampai.

Entah kenapa mereka tiba-tiba menjadi gelisah.Besar sungguh aura lelaki ini membuatkan mereka terdiam tidak terkata.Lelaki itu menghampiri mereka.

"Kenapa korang kurang ajar sangat ni !" Lelaki itu bersuara.

Amira yang jatuh tersungkur mencuba gagahkan diri dia untuk berdiri.Namun tidak berjaya.Nasib malang apa lah yang terkena dekat Amira.Tadi hampir dilanggar dan kaki terluka and sekarang jatuh sekali lagi.Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk menjadi pegangan bagi Amira.

"Kami tak buat apa pun ! Dia yang jatuh sendiri !" Leader kepada kumpulan itu mula berbohong.

"Korang ingat abang tak nampak ke apa yang jadi ! Dah jangan nak menipu,korang ni kalau tak bagi pengajaran memang tak insaf !" Tambah lelaki itu.

"Ampun abang ampun !" Mereka bersuara.

Amira ingin melihat wajah disebalik hoodie tersebut.

"Abang ? Senior ke ni ?" Bisik hati Amira.

"Kamu okey ?" Tanya lelaki misteri tersebut.

"Hah okey..saya okey !" Lantas Amira menjawab.

"Dah kamu semua boleh pergi,lain kali kalau abang tengok korang buat hal siap !" Leter lelaki itu.

"Baiklah abang ! Kami minta maaf !" Ujar mereka bersama.

Amira masih tertanya-tanya siapakah lelaki disebalik hoodie ni ?

"Terima kasih !" Lembut suara Amira.

"Lain kali jangan tunjuk yang kita ni lemah ! Kalau diorang kacau kamu,bagitahu dekat abang !" Lelaki itu berkata.

"Abang ni siapa ? Senior ke ?" Tanya Amira.

"Haah,abang senior universiti ni ! Nama abang Adyan Asyraf !" Adyan lantas melepaskan hoodienya.

Terserlah lah wajah handsome Adyan Asyraf.Terkaku Amira melihat seniornya itu.

"Heh !" Adyan melambai-lambai.

"Hah apa dia ?" Amira tersentak.

"Jangan tergoda dengan abang !" Gurau Adyan sambil ketawa kecil.

"Perasan betul mamat ni !" Bisik hati Amira.

"Kamu pula nama apa ?" Adyan mula bertanya.

"Saya Amira,pelajar baru !" Amira memperkenalkan dirinya.

"Okey Amira,sekarang nak ke mana ? Boleh abang tunjukan !" Adyan menawarkan bantuan.

"Hah betul ke abang nak tolong,tak ganggu abang ke ?" Amira menyoal.

"Harini abang free so ada time lah nak tunjukkan Amira tempat-tempat yang ada kat sini !" Adyan menjawab.

Adyan Asyraf membuka langkah meninggalkan Amira.Amira dengan pantasnya mengejar Adyan yang sudah didepan.

"Wait me !" Amira berlari.

"Jangan nak berangan terus cik adik oi !" Adyan bergurau.

Mereka berjalan sambil Adyan menerangkan segala yang ada di tempat mereka belajar.Amira mula berasa penat kerana terus berjalan.Perutnya juga dah berbunyi dari tadi.

"Amira lapar ke ?" Adyan membuka bicara.

"Lapar lah juga !" Amira membalas.

"Jom kita pergi cafe makan,disebabkan Amira first time kat sini harini abang belanja !" Kata Adyan.

Amira termenung selepas mendengar kata-kata Adyan.Entah kenapa hati dia tiba-tiba berdebar.Mungkin ini satu petanda.

"Dah mula berangan,Amira ni kuat berangan kan !" Kata-kata Adyan membuatkan Amira sedar dari lamunan.

"Siapa yang tak jatuh hati dekat kau Adyan dengan perangai kau macam ni !" Hati Amira mula berbisik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience