DC 16

Romance Series 37728

Kedengaran jam yang berdering memusnahkan keenakan tidur Daiyan.Dia bangun dengan terhuyung-hayang seraya melihat skrin telefonnya.

"Hah dah lewat ni !" Mata Daiyan terbentang luas apabila melihat jam ditelefonnya.

Daiyan dengan gesanya mengambil tuala dan terus ke bilik air untuk mandi.Seusai mandi,Daiyan mengenakan baju yang berwarna putih dipadankan lagi dengan seluar berwarna coklat lembut.

"Handsome juga aku ni !" Bisik hati Daiyan seraya membetulkan rambutnya.

"Dia buat apa eh sekarang ?" Daiyan kembali ke katil dan mengambil telefonnya.

"Nak call ke tak nak eh ?" Daiyan berfikir.

"Ala jumpa dekat universiti je lah,lagipun mesti dia ada kat situ haha !" Daiyan ketawa sendiri.

Daiyan menuruni anak tangga rumah itu.Dia terus menuju ke meja makan dan mengambil pinggan di hadapannya.Daiyan mengambil roti seraya menyapu jam diatas roti tersebut.

"Tuan !" Panggil pembantu rumahnya.

Terkejut Daiyan apabila mendengar suara pembantunya yang tiba-tiba muncul.

"Terkejut saya ! Kenapa bik ?" Daiyan memasukkan semua sisa roti yang ada ditangannya ke dalam mulutnya.

"Tadi Tuan Malik ada pesan supaya tuan balik awal harini ! Ada urusan katanya !"
Ujar pembantu rumah itu.

"Bik cakap kat dia,kalau ada masa saya balik ! Kalau tak saya tak balik !" Pesan Daiyan seraya mengangkat punggungya dan beredar.

"Okey tuan !" Tidak berani pembantu itu mengingkari arahan Daiyan.

Amira sedang menikmati roti yang dibelinya di kafe.Matanya meliar melihat orang yang lalu-lalang di kafe itu.Sebotol minuman dihulurkan kepadanya.Amira mendongak untuk melihat si pemberi itu.
Setelah melihat orang itu,dia tersenyum pahit.

"Abang buat apa kat sini ?" Tanya Amira.

"Teman Amira lah,abang tengok Amira duduk sorang-sorang kat sini sebab tu abang datang !" Adyan melabuhkan punggungnya di samping Amira.

"Hah teman Amira ? Abang tak sibuk ke,nanti Kak Aidell tengok abang dengan Amira lagilah dia marah !" Amira cuba mengelakkan diri.Dia tak nak Daiyan melihat dia dengan Adyan.

"Asal nak kaitkan dengan Aidell ? Why ?" Adyan berpusing menghadap Amira.

"Hah tak ada apa lah,Amira cakap je !" Amira bangun sebelum diikuti oleh Adyan.

"Tak apa lah abang,Amira pergi dulu eh !" Amira berganjak pergi.

"Kejap !" Tangan Amira dipegang erat.

"Hah !" Amira menepis kuat tangan Adyan.

"Oh sorry sorry !! Abang tak sengaja ! Amira sakit ke ?" Bilang Adyan seraya memeriksa tangan Amira.

"Tak ada apa abang,tak sakit pun !" Amira melepaskan tangannya daripada terus dipegang oleh Adyan.

Kini mereka menghadap satu sama lain.Bibir mereka terkelu,membisu.Tiba-tiba lengan Amira ditarik laju sehinggakan dia berpusing kebelakang.Mata Amira membulat luas melihat wajah yang menarik tangannya.

"Hati-hati lah !!" Daiyan ditolak lembut oleh Adyan.

"Kau kenapa ! Suka hati aku lah !" Daiyan menjawab.

"Kau ikut aku !" Daiyan terus memegang tangan Amira dan berlalu pergi meninggalkan Adyan dibelakang.

Adyan hanya melihat mereka berdua yang pergi.Tanpa kata-kata dia kembali duduk di tempatnya.

"Sabarlah bro ! Memang sakit bila tengok orang yang kita sayang pergi dengan lelaki lain !" Celah Qairuddin yang baru sahaja melihat kejadian tadi.

"Kau asal weh ! Member tengah koyak,kau bagi lagi ayat macam tu !" Adyan mendongak melihat Qairuddin.

"Rilek lah bro ! Aku broken tak macam kau,lagipun aku dah move on dengan budak tu ! Hihi !" Gurau Qairuddin.Sengaja dia ingin menyakat sahabatnya itu.

"What ? Move on ? Kau ada hati dekat Amira eh !" Adyan mengangkat kening tebalnya.

"Aku gurau je lah ! But the way kan,kawan Amira cute juga kan !" Bisik Qairuddin.

"Oh sekarang ni kau nak try kawan dia lah pula ! Dia kau tak dapat,kawan dia yang kau nak try pula !" Perli Adyan.

"Alaa kau ni,Amira kau punya kan ! Kawan dia aku lah punya !" Qairuddin mencuit bahu Adyan.

"Woi apa ni cuit-cuit bahu aku ! Geli ah,nanti orang ingat aku dengan kau ada hubungan yang tak sepatutnya !" Kata Adyan sambil menggeleparkan badannya tanda geli.

"Ala nasib aku tak cium kau,kau nak ke aku cium kau !" Qairuddin bergurau seraya memuncungkan mulutnya.

"Ah shit !" Kata kesat itu keluar dari mulut Adyan.

"Kenapa ni ?" Tanya Amira.

"Kan aku dah cakap jangan nak mesra-mesra dengan senior dua ekor tu !" Marah Daiyan.

"Jealous eh ?" Amira melagakan bahunya dengan bahu Daiyan.

"Tak kuasa aku nak jealous !" Daiyan mengelak.

"Hah malam ni teman aku makan !" Tambah Daiyan.

"Malam ni tak boleh lah,ibu saya nak jumpa kawan dia." Amira melabuhkan punggungnya di bangku.

"Ibu kau yang jumpa kawan dia bukan kau !" Ujar Daiyan.

"Ish awak ni ! Saya kena ikut ibu saya jumpa kawan dia !" Amira menjeling.

"Kawan ibu kau tu ada anak lelaki ke ?" Pertanyaan itu keluar dari mulut Daiyan.

"Ada,ibu kata dia handsome ! Tapi entah lah,tak pernah jumpa ! Nama pun saya tak tahu ! Kenapa tanya macam tu ? Tergugat ke ?" Amira tersengih.

"Jangan nak menggatal eh ! Kau ni kalau aku tak jaga,tahu nak menggatal je !" Amaran itu diujar kepada Amira.

"Ye lah Daiyan Dzhuhaizan ! Saya ada awak sorang je !" Amira mencuit hidung Daiyan.

Telinga Daiyan tiba-tiba menjadi merah.Mungkin disebabkan malu.Kini dia pula yang mencuit hidung Amira.Kalau Daiyan hidungnya yang merah tapi kalau Amira pipinya pula yang merah.

"Kalau macam tu aku pergi masuk kelas dulu !" Daiyan berganjak pergi.

"Pergi macam tu je !" Suara Amira sayup-sayup kedengaran.

"Hah apa dia ?" Daiyan terus bertanya kerana mendengar sesuatu.

"Eh tak ada apa-apa !" Amira menggelengkan kepalanya.

"Betul ke ni ?!" Daiyan merenung aneh.

"Betul lah !" Ujar Amira.

"Hah sebelum aku lupa,lunch dengan aku ! Jangan nak menggatal dengan senior-senior tu pula !" Tegas Daiyan.

"Okey !" Amira hanya mengiyakan omongan Daiyan.

Masa berlalu dengan pantas.Amira dan Daiyan seperti yang dijanjikan lunch bersama di kafe.Semua mata aneh memandang ke arah Amira dan Daiyan.
Sampai ada yang berbisik selepas sekilas pandang.

"Saya tak rasa diorang suka tengok kita lah !" Bisik Amira kepada Daiyan seraya matanya masih menjeling-jeling ke arah student lain.

"Lantak diorang lah,bukan kita kacau life diorang pun !" Jawab Daiyan.

"Tapi saya tak suka lah orang pandang macam ni !" Ngadu Amira.

"Kau tak payah nak sibuk lah,makan je !" Paksa Daiyan.

Sekumpulan pelajar perempuan menghampiri mereka.

"Pagi tadi dengan orang lain,sekarang dengan orang lain ! Betina jenis apa kau ni !" Kata-kata itu dilempar kepada Amira.Lantas Amira bangun untuk memperbetulkan keadaan.

"Apa yang awak cakap ni ?" Balas Amira.

"Kau tak payah nak tunjuk baik lah,semua orang kenal kau ! Kau memang nak rembat semua jantan kat sini kan !" Semakin hangat pergaduhan mereka.Kata-kata salah seorang dari kumpulan itu membuatkan Daiyan bengang.

"Awak cakap elok sikit eh ! Korang tak tahu hal yang sebenarnya korang better diam !" Tercetus amarah di dalam hati Amira.

Perempuan yang berambut perang cuba untuk menampar Amira.Namun dihalang pantas oleh Daiyan.Daiyan memegang kuat tangan perempuan itu.

"Jangan buat aku berkasar dengan korang !" Larang Daiyan seraya melepaskan tangan perempuan itu.

"Jom !" Lantas tangan Daiyan menarik tangan Amira dan terus berganjak pergi.

Suasana di kafe tiba-tiba bertukar sunyi.Bunyi tapak kaki yang datang dekat dengan sekumpulan perempuan tadi jelas kedengaran.Pemilik suara tapak kaki itu menyentuh bahu salah seorang daripada geng tadi.

"It's okay,kau dah buat apa yang aku suruh !" Kata-kata itu dibisikkan pada telinga ketua kumpulan itu.

"Nah bayaran kau !" Sampul surat koko diserahkan.

"Apa semua ni Aidell ?" Muka terkejut Adyan selepas mengetahui bahawa Aidell lah yang rancang semua ini untuk memalukan Amira.

"U dah salah faham ni ?!" Aidell cuba untuk berdolak-dalih.

"Salam faham apanya ! I dah dengar everything ! U tak payah nak explain apa-apa lah !" Marah Adyan.

"No ! Apa yang u tengok tu tak betul ! I boleh jelaskan perkara yang sebenar !" Aidell memujuk agar penjelasannya didengar oleh Adyan.Tapi Adyan terus beredar.

Adyan terus menelefon Amira.Nalurinya berkata mesti Amira sedang bersedih.Dia terus menelefon meskipun panggilannya tidak dijawab.

"Siapa call tu !" Daiyan marah kerana panggilan itu telah mengganggunya makan.

"Hah tak ada siapa ?!" Amira sengaja tidak menyebut nama Adyan agar kemarahan Daiyan tidak menonjol.

Kerana geram telefon Amira berdering,Daiyan terus merampas dan melihat siapa yang telah mengganggunya.

"Abang Adyan ?!" Riak muka Daiyan terus berubah seratus peratus pabila melihat nama yang terpancar di skrin telefon Amira.

"Sebabtu lah saya tak nak angkat,saya tahu yang awak tak suka !" Amira cuba menenangkan hati Daiyan.

"Alaa kau angkat je lah,asyik ringing je aku bosan juga dengar ! Tapi jangan nak cakap sweet sweet !" Daiyan menghulurkan telefon Amira.

"Betul ke ni ? Awak tak marah ?" Soalan itu keluar dari mulut Amira.

"Saya akan marah bila awak melebih-lebih !" Lembut sahaja Daiyan berkata-kata sehingga membuatkan Amira terkejut.

"Okey saya pergi jawab sekejap !" Balas Amira yang lantas bangun dari kerusinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience