Daiyan merasai nasi goreng buatan Amira.Amira melabuhkan punggungnya di samping suaminya.
"Siapa suruh kau duduk sini ?" Amira bingkas bangun.
"Ma..maaf ! Terketar-ketar Amira menjawabnya.
"Yang kau takut sangat ni kenapa ?" Daiyan meletak semula sudunya.
Kini mereka bertentang mata.Amira menelan air liurnya.Perasaan takutnya telah kembali.
"Tak payah nak takut sangat lah,aku bukannya nak bunuh engkau !" Kepala Amira ditolak kasar.
"Haha !!!" Daiyan hanya ketawa melihat air mata Amira mengalir.Padahal jauh di sudut hati dia kesian dengan Amira.
"Dah aku tak ada selera nak makan ! Aku pergi kerja dulu ! Kau duduk baik-baik kat rumah !" Daiyan menghirup kopi yang dibuat oleh Amira dan bersiap untuk pergi.
"Awak !" Suara halus dan sopan itu memasuki gegendang telinga Daiyan.
Daiyan berhenti dan berpaling.Amira mendekati Daiyan dan menggapai tangannya.
Daiyan tersentuh namun dia masih belum berhenti untuk deritakan Amira.Daiyan terus pergi setelah Amira mencium tangannya tanpa menoleh kebelakang.
Amira naik ke atas dan masuk ke dalam bilik.Dia terus duduk di birai katil bersama sekeping gambar.
"Ibu Amira tak sangka yang Daiyan akan buat Amira macam ni !" Gugur air mata Amira.
"Betul ke apa yang aku buat ni ?" Daiyan bercakap seorang diri di dalam kereta.
"Tak kejam kah aku ? Aku cintakan dia tapi perasaan dendam aku lebih menguasai diriku !" Dia melepaskan geram pada stereng keretanya.
Amira berfikir untuk menceritakan semua ini pada Harith tapi dia takut.Dia mendail nombor Harith tapi dia teragak agak untuk menelefonnya.
"Betul ke apa yang aku buat ni ? Kalau Abang Harith cerita dekat ibu macam mana ?" Makin laju air mata Amira membasahi pipinya.
Amira bingkas bangun dan bersiap untuk mandi.Dia sudah sediakan air panas untuk mandi bagi menenangkan lagi fikirannya.
Dia berendam di dalam tab mandi yang sudah dipenuhi buih-buih wangi.Amira menutup matanya bagi mengamati suasana itu.
"Aku takkan pernah jatuh cinta dekat kau !" Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam ingatan Amira.
Amira membuka kelopak matanya apabila mengingati kata-kata Daiyan pada pagi itu.Amira termenung sejenak.
"Kenapa dia berubah dengan drastik !" Amira terus termenung.
Amira keluar dari tab mandi itu.Amira membersihkan mukanya dengan pembersih muka safi.Dia menatap cermin yang terpapar wajahnya bersama matanya yang bengkak.
"Apalah nasib kau Amira ! Percaya sangat dekat lelaki ! Tapi kau jangan putus asa...Kau akan pastikan yang Daiyan takkan sakitkan kau !" Amira tersenyum apabila semangat nya kembali.
Sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa ~~
Mencoba mengalah ~~
Menahan setiap amarah ~~
Amira menyanyikan lagu Kekasih tak dianggap bagi menceriakan lagi paginya.Sudah banyak kenangan pahit yang terjadi pada pagi ini.
Amira membuka almari dan melihat hadiah yang ibunya beri sewaktu hari pernikahan dia.Sepasang baju kurung yang cukup bermakna bagi ibunya.
Baju kurung itu dihadiahkan oleh arwah ayahnya.Ayahnya memberikan baju itu pada ulang tahun perkahwinan mereka.
"Rindunya dekat ibu !" Amira mencium baju itu.
"Kalau aku minta izin Daiyan..nanti dia ingat aku nak report dekat ibu !" Amira mengembalikan baju itu di tempat asalnya.
Amira merebahkan diri dia di atas katil.Dia membaring dan bermain telefon pintarnya.Sedang asyik dia bermain tiba-tiba telefonnya jatuh dan mengenai hidungnya.
"Aduh !" Amira bingkas bangun.
Dia pergi kearah cermin untuk melihat keadaan hidungnya.Darah mula turun dari hidungnya.Terus Amira mendongak bagi mengurangkan lagi pengeluaran darah.
"Ahh macam mana ni ?" Amira mengambil tisu.
Amira mengesat darah pada hidungnya.Dia mencari kotak peti kecemasan di dalam bilik itu.
"Mana dia letak ni ?" Amira mencari serata tempat tapi tidak jumpa.
"Haa kat sana pun !" Amira mendongak dan melihat peti itu di atas Amira.
Peti itu duduk di atas sana.Tinggi sungguh kedudukannya.Amira tidak sampai untuk menggapainya.
"Macam mana ni ?" Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hah !" Amira menarik kerusi di meja make-upnya.
Amira berdiri di atas kerusi itu dan menjinjingkan kakinya.Meskipun kerusi itu membuatkan dia tinggi tapi dia masih tidak dapat mencapai peti tanpa berjinjing.
Saat dia mahu mengambil peti tersebut,kerusi tiba-tiba goyang.Amira terjatuh dari kerusi dan membuatkan kaki nya sakit.
"Ahhhhhh !" Amira mengerang kesakitan.
Amira mengurut kakinya bagi mengurangkan kesakitannya.Dia cuba gagahkan dirinya untuk bangun.Pada percubaan pertama dia gagal.
Namun dia berjaya setelah mencuba dan terus mencuba.Amira berjalan perlahan hingga sampai di katilnya.Dia melihat kakinya dan kakinya semakin membengkak.
"Alamak macam mana ni ?" Amira menyapu minyak angin pada pergelangan kakinya.
"Macam-macam nasib malang yang timpa aku pagi ni ! Dah lah suami tak sayang,hidung berdarah,jatuh pulak tu !" Amira menggelengkan kepalanya.
Amira masih mengurut kakinya.Dia memikirkan cara untuk dia sembunyikan kesakitan dia itu daripada Daiyan.Kalau Daiyan tahu pasti dia banyak soal.Enta-entah Amira dianjingkan.
"Aku call Abang Harith lah !" Amira menggapai telefonnya.
"Hello abang ? Boleh datang ambik Amira tak ? Amira nak pergi klinik !" Amira meminta pertolongan dari Harith.
"Amira siap-siap,nanti abang sampai !" Harith segera bertolak setelah mendapat panggilan dari Amira.
Sejam kemudian,Harith sampai di depan rumah Amira.Amira keluar dengan keadaan kakinya yang sakit.
Harith melihat Amira dalam kesakitan itu terus mendorong Amira untuk masuk ke dalam kereta.Amira tersenyum sinis.
"Terima kasih abang !" Ucap Amira.
"No problem !" Harith senyum lebar.
Suasana dalam kereta itu sunyi.Amira memulakan percakapannya bagi memecahkan suasana yang sunyi hening itu.
"Amira tak susahkan abang ke ?" Tanya Amira.
"Eh tak lah,lagipun Amira kan anak buah abang !" Jawab Harith.
"Abang ni kan bila lah nak kahwin ? Dah lah tua bangka,lepas tu suruh Amira panggil abang ! Hahah !" Amira gelak sakan mengenakan Harith.
"Abang belum ada calon lah,biasalah abang jiwa muda lagi !" Bermacam jawapan yang dikasi oleh Harith apabila bercakap tentang kahwin.
"Banyak lah alasan abang kan,abang nak tak Amira cari sorang untuk abang ?" Amira mengangkat kedua belah keningnya.
"Eh kenapa dengan kaki Amira tu ?" Harith menukar topik.
"Nak tukar topik lah tu !" Amira dah masak dengan perangai ayah saudara dia tu.
"Jatuh tadi ehehe !" Amira sengih acah comel.
"Amira buat apa sampai jatuh ?" Tanya Harith.
"Tadi kemas rumah,and then terjatuh haha !" Amira ketawa meskipun perkara itu serius bagi Harith.
"Orang tengah serius dia boleh ketawa !" Pipi gebu Amira dicubit oleh Harith.
"Nanti kempis lah pipi Amira !" Amira memegang pipinya.
"Eleh sikit je lah !" Harith ketawa angin.
30 minit kemudian,Amira dan Harith sampai di klinik.Amira didorong oleh Harith sampai masuk ke dalam bilik doktor.
"Macam mana dengan kaki saya doktor ?" Tanya Amira selepas doktor memeriksa kakinya.
"Kaki awak okey,cuma awak tak boleh banyak bergerak !" Balas doktor itu.
Amira dah tak senang duduk.Kalau dia kena banyak berehat mesti Daiyan akan perli dia.
"Macam mana eh ?" Amira termenung.
"Amira ! Amira !" Harith menyedarkan Amira dari terus mengelamun.
"Eh...eh...Dah siap ke ?" Amira tersedar dari lamunannya.
"Eh tak siap lagi,setahun nanti baru siap !" Harith memperli Amira sambil membuat muka yang menjengkelkan.
"Errr !" Amira meretap gigi menahan geram.
"Tau marah,dah tu kenapa termenung..dah rindu dekat husband ke ?" Harith bangun seraya keluar dari bilik doktor itu.
Amira mengikuti Harith dari belakang.Harith dan Amira menunggu namanya dipanggil untuk mengambil ubat.
"Amira Arisya !!" Nama Amira dipanggil.
"Dah duduk senyap senyap..kaki Amira sakit tu !" Harith mengambil ubat Amira di kaunter.
"Untung dapat ayah saudara macam ni !" Amira tersengih.
_______________________________
Malam yang mendung ditemani oleh bintang-bintang.Amira duduk di luar untuk menghirup udara segar dan menunggu suaminya pulang.
"Lambat nya !" Dengus Amira.
Lama selepas itu,kereta Daiyan terlihat di mata Amira.Amira bingkas bangun dari bangkunya.Amira hanya berdiri di tempat dia.Nak pergi kakinya sakit.
"Awak dah balik ?" Tanya Amira dari jauh.
"Yang kau berdiri dekat situ apasal ? Tak boleh ke datang ambil beg aku ni !" Daiyan menghempas pintu kereta dengan kuatnya.
Amira terkejut dengan tindakan Daiyan.Hatinya mula bergelora seperti ombak pantai.
Amira berjalan perlahan sambil memegang kakinya.Daiyan aneh dengan cara jalanan Amira.
"Kau dah kenapa ?" Soal Daiyan.
"Hah tak ada apa lah,mari saya bawa beg awak !" Amira mengambil beg dari tangan Daiyan.
"Apasal kaki kau berbalut ?" Soal Daiyan selepas melihat kaki Amira.
"Jatuh tadi !" Amira senyum kelat.
"Dah tak payah lah,kau pergi masuk sapu ubat !" Daiyan masih merasa simpati dengan Amira.
"Alaa sikit je ni !" Amira menjawab.
"Eh kau ni,sikit apanya...Bengkak tu !" Risau Daiyan.
"Jom masuk aku sapukan ubat !" Daiyan menuju ke depan meninggalkan Amira di belakang.
"Eh lambat lah kau ni !" Daiyan berputar kembali dan mendukung Amira.
Terbeliak mata Amira dengan tindakan Daiyan.Tiba tiba jadi gentleman.Pagi tadi bukan main marah !
Share this novel