DC 11

Romance Series 37728

Cuti semestar kini bermula.Amira ingin pulang kerumah untuk melepaskan rindunya terhadap ibunya.Bajunya awal dikemas kerana tidak sabar.

"Rindunya dekat ibu ermm !" Hati Amira mula berbisik.

Amira mengelamun mengingatkan apa yang dicerita oleh Daiyan.Rasa simpati itu hadir dalam diri Amira.Hari ini hari terakhir Daiyan menjadikan dia hamba.Sepatutnya dia berasa gembira kerana telah bebas dari penjara Daiyan.
Entah kenapa dia tidak ingin semua ini berakhir.

"Kau patut happy Amira !" Amira bermonolog sendiri.

Amira dikejutkan dengan panggilan dari Daiyan.Dia mengangkat panggilan itu.

"Hello,kau dekat mana ?" Suara Daiyan mula menembusi skrin telefon Amira.

"Dekat bilik lah,tengah bersiap ! Kenapa ?" Amira bertanya.

"Aku dekat luar ni,keluar kejap aku nak cakap something !" Ujar Daiyan.

"Hah apa ? Awak dekat luar ?" Amira membuka pintu.

Amira menamatkan panggilan itu setelah melihat Daiyan yang sudah berada diluar.

"Awak buat aap kat sini ?" Amira menghampiri Daiyan.

"Kan aku dah cakap,aku ada something nak bagitahu kau ni !" Daiyan mengambil sesuatu dari begnya.

"What ? Just tell me what u want ?" Amira mengukirkan senyuman.

"Nah !" Daiyan memberikan seutas rantai yang cukup menawan.

"Why you give me ?" Amira menginginkan kepastian.

"Well ni barang peninggalan mama aku,time dia hidup dia ada pernah cakap yang dia nak aku bagi dekat someone yang bagi aku cukup special !" Daiyan menjelaskan.

"And then ? Saya ke someone tu ?" Amira bingung.

"Macam mana eh aku nak cakap,yes kau lah someone special bagi aku !" Mata Daiyan memandang ke arah lain.

Amira tersengih.

"Habistu saya nak buat apa dengan rantai ni ?" Amira pura-pura bertanya.

"Pusing !" Daiyan menyuruh.

Amira memusingkan badannya seperti yang disuruh oleh Daiyan Dzuhaizan.Daiyan memakaikan rantai itu di leher Amira.Setelah selesai memakaikan ia,Daiyan memegang bahu Amira dan memusingkan badan Amira.

"See !" Daiyan berkata.

"Hah awak pakaikan untuk saya !" Amira mula blushing.

"Tak payah nak suka sangat !" Daiyan sengaja berkasar.

Amira tidak mengambil hati apa yang diungkapkan oleh Daiyan.

"So kau nak pergi dah ke ?" Daiyan bertanya.

"Haah,saya naik bas pukul 3 !" Amira menjawab.

"What naik bas ?" Daiyan terkejut.

"Haah lah kenapa ? Salah ke ?" Amira memandang Daiyan.

"Tak ada apa lah ! Kalau macam tu aku balik dulu !" Daiyan berkata.

"Daiyan !" Amira memanggil.

"Apa ?" Daiyan menyoal.

"Thank you tau ! Nanti habis cuti saya belanja awak pula !" Amira senyum ikhlas.

"Sama-sama !" Daiyan senyum kelat.

Daiyan pergi dan Amira ingin masuk semula ke dalam biliknya.Namun langkahnya terhalang selepas mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Amira !" Panggil orang itu.

Amira menoleh kebelakang untuk melihat orang yang memanggil namanya itu.Matanya membulat selepas melihat sosok tubuh badan orang itu.

"Eh abang ! Buat apa kat sini ?" Tanya Amira.

"Abang nak minta maaf dengan Amira,lepas kejadian haritu Amira banyak kali mengelak dari abang ! Kenapa ?" Kini Adyan pula yang bertanya.

"It's okay lah abang,Amira tak ambil hati pun,lagipun Amira tak nak dicopkan sebagai perampas !" Amira senyum pahit.

"Hah perampas ?" Adyan bingung.

"Alamak ! Kau dah kenapa Amira !" Amira bermonolog sendiri.

"Why Amira ? Just tell me what happen ?" Adyan semakin mendesak.

"Actually haritu Kak Aidell ada jumpa Amira,and then dia cakap yang abang ni milik dia ! So Amira tak nak lah kacau hubungan orang !" Amira mengimbas kembali.

"Hah apa dia ? Milik dia ?" Adyan terkejut setelah mendengar cerita Amira.

"See Amira,abang dengan Aidell cuma BERKAWAN and takkan lebih daripada tu ! Oh patutlah Amira nak lari dari abang je !" Adyan memegang wajah Amira.

Amira terkejut.

"Abang ! Jangan macam ni !" Amira bergerak kebelakang.

Mereka tidak sedar bahawa dari tadi mereka diperhati dari jauh.Amira melihat sekeliling dan terlihat seseorang yang sudah melihat apa yang terjadi.Amira ternganga dan terus menggelengkan kepalanya selepas memandang ke arah orang itu.

"Kau memang bodoh Daiyan !" Daiyan kembali ke arah motosikalnya.

Rupanya Daiyan sudah memerhati Amira dan Adyan yang sedang asyik bermesra itu.Daiyan kembali ke tempat Amira untuk meluahkan perasaannya yang sebenar.Namun dia terhalang disebabkan Adyan yang sudah berada didepan Amira.

Hati Daiyan berkecai seakan kaca yang jatuh ke atas batu.Amira tidak menyangka yang Daiyan akan melihat semuanya.Daiyan sangka yang Amira akan membalas cintanya.Namun semuanya hanya halusinasi Daiyan.

Daiyan beredar dari situ manakala Amira pula cuba menelefon Daiyan.Entah kenapa bagi Amira semua itu penting.Amira juga telah memendam perasaan terhadap Daiyan.

Seperti biasa Daiyan akan ke kubur mamanya jika dia berasa sedih.Amira teringat dengan percakapan Daiyan haritu.Dia lantas pergi ke kubur mama Daiyan dan bertemu dengan Daiyan.

"Awak !" Amira memanggil.

"Kau buat apa kat sini ? Berambus sekarang !" Daiyan menghalau Amira.

"Saya nak cakap something dekat awak ni !!" Amira cuba bertahan.

"Kau nak cakap apa ! Dah lah aku dah tak percaya dengan kau !" Daiyan tidak melihat wajah Amira.

"Saya suka dekat awak !" Luah Amira.

Daiyan tidak terkejut setelah mendengar kata-kata yang diungkap oleh Amira kerana kepercayaan dia sudah hilang.

"Kau pergi !" Daiyan menghalau.

"Tapi.... ! Baiklah kalau tu yang boleh buat awak bahagia !" Amira pergi seperti kehendak Daiyan.

Dalam perjalanan,Amira pergi ke arah motosikal Daiyan dan melepaskan rantai yang baru sahaja dipakainya tadi.Dia meletakkan rantai itu di atas motosikal Daiyan.

"Mungkin bukan saya yang awak cari !" Hati Amira berbisik.

"Amira suka aku ! Tak tak dia dengan mamat tu ! Tapi macam mana kalau dia reject mamat tu ? Bodohnya kau Daiyan,tu lah bertindak sebelum berfikir ! Kan dah jadi macam ni !" Daiyan berlari untuk mengejar Amira.Namun usahanya hanya sia-sia.Amira sudah pergi jauh.

Dia melihat rantai arwah mamanya di atas motosikalnya.Dia mengambil rantai itu.Tiba-tiba tangannya gemetar kerana geram akan dirinya sendiri.

"Bodohnya kau Daiyan ! Sekarang kau dah hilang dia !" Fikiran Daiyan terganggu.

Amira pulang membawa hati yang lara.Kecewa? Sedih ? Semuanya ada tak dapat nak terluah.Amira mengambil begnya dan pergi ke stesen bas.

Tak lama Amira pergi,Daiyan sampai di tempat Amira.Dia mengetuk pintu bilik Amira tapi tidak terjawab.

"Mungkin dia dah pergi !" Daiyan menendang dinding.

"Woi asal ni ?" Seorang wanita yang sudah berumur menegur kerana melihat tindakan Daiyan.

"Sibuk je !" Daiyan pergi.

Sesampainya Amira di rumah ibunya,dia memanggil keras ibunya kerana terlampau excited untuk berpelukkan dengan ibunya.

"Ibu !!!" Amira memanggil.

"Amira !!" Jeritan Amira dibalas oleh ibunya.

"Rindunya dekat ibu !!!" Amira memeluk Puan Mastura.

"Ibu pun rindukan Ira ! Ira belum makan kan,ibu dah siapkan makanan kegemaran Ira.Sekarang Ira naik dan mandi,nanti dah ready ibu panggil Ira okey !" Kata Puan Mastura.

"Okey ibu,lamanya tak makan masakan ibu !" Amira berjalan menuju ke biliknya.

Amira merebahkan dirinya di atas katil yang dibaluti dengan kain bercorak kartun doraemon.Amira memejamkan mata sekejap,mengingati semula apa yang telah terjadi tadi.

"Buat malu je kau luah dekat dia !" Amira menutup mukanya dengan bantal.

Amira terus melangkah ke dalam tandas untuk membersihkan dirinya.Selama 3 jam dia tidak segarkan diri.Selepas selesai mandi,Amira mengemas baju yang dibawanya itu di dalam almari sambil menunggu Puan Mastura memanggil.

"Ira,jom turun makan !" Puan Mastura memanggil.

"Baik ibu !" Amira segera turun.

Amira menuruni anak tangga rumahnya dan terus ke meja makan.Bau makanan sudah meresap ke dalam hidung Amira.Amira menolong ibunya mengangkat dulang yang sudah diletakkan gelas dan air sirap.

Amira melabuhkan punggungnya seraya mengambil pinggan.Amira menyenduk nasi untuk ibunya.Ikan patin gulai tempoyak diambil untuk diberikan kepada ibunya.

"Ira makanlah dulu !" Puan Mastura tersenyum.

"Tak apa,mari kita makan !" Amira mengambil ikan keli balado yang juga merupakan kegemarannya.

Amira makan dengan lahapnya,semua masalah yang tadi dilupakan terus.Tidak mahu merosakkan suasana yang sudah lama dia tak merasai.

Dalam tak sedar sudah dua pinggan Amira menambah.Sudah lama dia tidak makan air tangan ibunya.

"Kamu cuti berapa lama ?" Puan Masturi memecahkan suasana yang sepi.

"Ira balik sebulan,Ira nak spend time dengan ibu hekhek !" Amira ketawa.

"Baguslah tu,ibu pun nak spend time dengan Ira dah lama kita tak pergi shopping sama-sama ! Besok kita pergi pasar malam nak tak ?" Ujar Puan Masturi.

"Nak nak nak !!!" Amira terus mengangguk kepalanya.

"Dah makan cepat,nanti kamu rehat !" Puan Masturi berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience