Amira dan Adyan pergi ke cafe untuk makan.Dalam perjalanan ke cafe,mereka terserempak dengan seorang gadis.Melihat dari penampilan gadis itu,dia seorang yang kaya.Gadis itu mendekati mereka berdua dan terus merangkul lengan Adyan.
"U pergi mana ?" Aidell bertanya.
"I teman budak baru ni jalan-jalan" Adyan menunding jari ke Amira.
"Rupanya dia dah ada awek ! Melepas lah kau Ira !" Bisik hati Amira.
Aidell menghulurkan tangan untuk bersalam namun diendahkan oleh Amira kerana Amira mengelamun.Adyan mengejutkan Amira dari lamunannya.Dia menepuk bahu Amira dengan lembut sambil memanggil nama.
"Amira !" Adyan menepuk bahu Amira.
Amira bangun dari lamunan dia.
"Haa apa dia ?" Amira bertanya dan tidak sengaja melihat tangan Aidell yang sudah lama dihulur.
"Ah sorry saya terberangan tadi !" Amira bersalaman dengan Aidell.
"Eh tak apa,u ambil course apa ?" Tanya Aidell.
"Saya ambil course seni !" Amira menjawab.
"Hah jom lah kita makan sama-sama !" Adyan menyampuk.
"Oh nak pergi cafe lah ni,sorry Adyan i ada hal nak kena buat !" Aidell merangkul kembali lengan Adyan.
"Hrmm tak apa lah,i bawa Amira lah dulu !" Adyan melepaskan lengannya daripada terus dirangkul.
"Baiklah i pergi dulu !" Aidell pergi.
"Jom !" Lantas Adyan menarik tangan Amira.
Amira terkejut beruk dengan tindakan Adyan.Di tempat awam seperti universiti ini macam-macam yang boleh diperkatakan.Banyak mata yang memandang mereka,ada juga yang berbisik setelah memandang.Senang kata mengumpat !
Mereka tiba di cafe yang dituju.Ramai yang memandang aneh kepada mereka.
"Woi awek baru ke ?" Jerit seorang lelaki yang sudah tertapak di meja.
"Kau ni memang tak tahu adab kan " Adyan memperli dengan kata-kata.
"Alah kau ni macam tak kenal aku ! Hahaha" Lelaki itu bangun dan menyapa Adyan.
"Yang ni siapa ? Awek Aydan eh ?" Lelaki itu mempersoalkan kewujudan Amira.
Amira diam seribu bahasa.
"Ha alah,u bisu ke ?" Lelaki itu bersuara.
"Hah apa dia ?" Amira bertanya.
"I tanya u ni awek Adyan ke ?" Lelaki itu mendekatkan muka dia dengan muka Amira.
"Eh tak lah !" Amira melarikan wajahnya.
"Oh saya Qairuddin Anaqi !" Qairuddin menghulurkan tangan.
"Saya Amira !" Amira menyambut tangan Qairuddin.
"Dah lah dia ni lapar !" Adyan menyampuk.
"Jom lah makan sekali,boleh borak-borak !" Terlihat garis senyuman di wajah Qairuddin.
"Gatal ko eh !" Adyan menjawab.
Qairuddin membuat muka menyampah.
"Aku ajak dia bukan kau ! Ganggu je !" Qairuddin menarik tangan Amira.
"Eh kejap !" Amira menepis.
"Kenapa ?" Qairuddin bertanya.
"Jangan pegang tangan saya,nanti apa orang cakap !" Amira menunduk kepala.
"Hah kan dah kena,jom lah makan sekali !" Adyan menghampiri.
Amira jalan disisi Adyan.Qairuddin Anaqi tiba-tiba berjalan disisi Amira.Mereka menuju ke meja makan bekas Qairuddin.Amira melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong.Qairuddin mengambil peluang untuk duduk disamping Amira.
"Amira nak makan apa ?" Tanya Adyan.
"Ermm ikut lah,Amira belum tahu apa yang sedap kat sini !" Amira menjawab.
"I boleh orderkan untuk u !" Qairuddin menyampuk.
"Hah ermm boleh juga kalau awak rajin and tak menyusahkan awak !" Amira malu.
"Untuk Amira okey je !" Qairuddin bermulut manis.
Adyan menarik kolar Qairuddin.
"Hah rajin sangat kan,jom lah ! Loading kau ni !" Adyan berkasar.
Qairuddin hanya menatap tajam ke arah mata Adyan namun tersenyum manis setelah melihat ke arah wajah Amira.
Share this novel