DC 28

Romance Series 37728

Sesampainya dirumah,Daiyan mengehempas pintu kereta dengan kuatnya.Terkejut Amira.Dia berjalan sampai ke pintu Amira.

"Alamak kenapa pula dengan mamat ni ?" Bisik hati Amira.

Daiyan membuka pintu Amira.Bukan dengan muka yang bahagia tapi muka yang menakutkan.

"Te..terima kasih !" Gagap Amira ingin mengucap perkataan terima kasih itu.

"Cepat !" Tangan Amira ditarik kasar.

Amira diheret masuk ke dalam rumah.Dia tak tahu apa yang dah hasut Daiyan.Amira cuba melepaskan tangannya dari genggaman Daiyan.

"Sakit lah !" Amira mengurut lembut tangannya.

Amira melihat Lony yang sudah tersenyum puas.Daiyan menarik rambut Amira sampai dia Amira terdongak ke atas langit.

"Ah ! Kenapa dengan awak ni ?" Amira memegang kuat tangan Daiyan yang menarik rambut dia.

"Kau tanya aku kenapa ? Kau cakap kau nak jumpa ibu ! Lepastu kau keluar dengan jantan lain !" Pekik Daiyan.

"Hah dia tahu ke aku jumpa Abang Adyan !" Bisik hati Amira.

Matanya merenung dalam wajah Daiyan.
Rasa sakit dia tahan.

"Apa maksud awak ?" Bergenang air mata Amira.

"Kau tanya aku apa maksud aku ! Eh perempuan kau ni kan memang tak cukup aku sorang kan !" Daiyan melepaskan tangannya dari rambut Amira.

Amira memegang kulit kepalanya.
Mutiara indah mula mengalir di pipi Amira.

"Kau pergi jumpa Adyan kan !" Daiyan mencekak pinggang.

Rupanya lelaki yang memerhati Amira adalah Daiyan.Mata Daiyan hanya tertumpu pada Amira.Lony di belakang sudah ketawa dalam hati.

"Yes memang saya jumpa dia ! Kenapa ? Awak dengki !" Marah Amira.

Amira memegang perutnya.Kesakitan diperutnya kian terasa.

"Aku dengki ? Wei jijik lah sial !" Balas Daiyan.

"Kalau awak tak dengki,awak takkan marah saya !" Perli Amira.

"Kau tu isteri aku ! Kau tak ada hak nak keluar dengan lelaki lain di belakang aku !" Daiyan menggenggam penumbuk.

"Oh saya tak ada hak ? So awak boleh lah nak mesra mesra dengan perempuan ni ! Awak dengar sini Daiyan,awak ingat saya tak ada perasaan ke ? Awak ingat saya boleh tengok awak dengan perempuan ni ! Dah lama saya bertahan lah Daiyan !" Semua yang ada di dalam hati Amira diluahkan pada malam itu.

"Oh jadi kau marah lah dengan apa yang aku buat ni ? Ni lah dendam aku dekat engkau !" Pekik Daiyan.

"Kalau kau terus pandang kisah silam keluarga kita,kau dan aku takkan pernah merasa kebahagiaan lah Encik Daiyan !" Amira menyeka air matanya.

Daiyan berat hati melihat Amira yang menangis itu.Lony yang duduk di belakang memaut lengan Daiyan.

"Kenapa menangis ?" Sengaja Lony memburukkan lagi keadaan.

"Kau tu tak patut bahagia !" Amira ditolak sehingga jatuh tersungkur.

Amira menahan sakit.Dia memegang perutnya.

"Ahhhh sakit !" Amira meneran sakit.

Daiyan terkejut melihat darah yang mulai mengalir dari kaki Amira.Sungguh dia resah,takut.Lony mengundur ke belakang selepas melihat keadaan Amira.

Daiyan merangkul Amira.Hatinya berdebar.Amira tidak memberitahu dia yang isterinya itu sedang mengandung.

Daiyan menangis,meraung ! Daiyan mendukung Amira dan membawa Amira masuk ke dalam kereta.Daiyan menghidupkan enjin dan memecut laju.

"Sabar sayang !" Daiyan dah tidak senang duduk.

"Daiyan.." Mata Amira tertutup.

"No !!!! no !!! Awak kena bertahan !" Air mata Daiyan gugur.

Amira dikejarkan ke bilik ICU.Daiyan tidak dibenarkan untuk menemani Amira.Daiyan menunggu Amira di pintu bilik ICU.

Hatinya tidak berhenti berdoa.Rasa bersalah dia mula menguasai dirinya.Daiyan ke hulu ke hilir.Kadang berhenti melihat apa yang terjadi dalam bilik itu.

Satu jam berlalu.Amira masih di dalam bilik ICU.Semua ahli keluarga menunggu doktor yang merawat Amira.

Daiyan menelefon keluarganya dan ibu Amira.Dia tidak menceritakan hal yang sebenar.Dia hanya mengatakan bahawa Amira jatuh.

Adyan yang tahu akan keadaan Amira bergegas ke hospital.Adyan dapat tahu daripada Lony.Lony telah membuat panggilan dan memberitahu Adyan.

"Asal kau datang ?!" Kolar baju Adyan ditarik.

Harith cuba menenangkan Daiyan yang dalam kemarahan itu.Puan Mastura bertanya siapa Adyan.Adyan mengenalkan dirinya kepada Puan Mastura dan Tuan Malik.

"Saya senior kepada Amira masa belajar dulu !" Ujar Adyan.

Adyan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Harith.Harith menyambut salaman itu.

Selepas dua jam menunggu,akhirnya doktor keluar dari bilik itu.Daiyan bergegas mendekati doktor dan bertanya tentang keadaan Amira.

"Macam mana dengan isteri saya doktor ?" Tanya Daiyan yang separuh gelabah.

"Saya harap encik banyakkan bersabar,isteri encik selamat tapi kami tak dapat nak selamatkan anak yang isteri encik kandungkan !" Kata-kata itu cukup membuatkan Daiyan lemah lutut.

Daiyan meraung.Sungguh dia tak sangka yang Amira mengandung.Kalau dia tahu tentang keadaan Amira pada masa itu,tidaknya dia membuat Amira sakit hati.

"Semua ni salah Daiyan !" Daiyan tidak berhenti memukul diri sendiri.

Keesokan harinya,Amira stabil.Dia tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya gugur.Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa termasuk Daiyan.

"Ibu sampai bila kita nak biar Amira macam tu ?" Ujar Daiyan.

"Sabar Daiyan ! Bukan senang seorang ibu menerima berita sedih ni !" Balas Puan Mastura.

"Siapa yang bernama Adyan ?" Tanya seorang jururawat yang baru keluar dari bilik Amira.

"Saya nurse !" Adyan mengangkat tangan.

"Puan Amira cakap nak jumpa encik seorang !" Jawab jururawat itu.

"Kenapa dia nak jumpa mamat ni ! Saya suami dia ?" Daiyan menghalang Adyan daripada berjumpa dengan Amira.

"Sabar Daiyan ! Biarkan dia jumpa dengan Amira !" Puan Mastura menenangkan perasaan Daiyan.

"Amira !" Panggil Adyan.

"Abang !" Amira menangis teresak selepas melihat wajah Adyan.

Sesungguhnya dia tahu yang Adyan lah tempat untuk dia berkongsi masalah ini.Adyan menghampiri Amira dan menyeka air mata Amira.

"Kenapa Amira menangis ?" Tanya Adyan seraya melabuhkan punggungnya.

"Amira tak kuat bang ! Anak Amira tinggalkan Amira ! Suami Amira ada perempuan lain,dia tak cintakan Amira lagi abang ! Dia kahwin dengan Amira sebab nak balas dendam !" Laju air mata Amira mengalir.

Adyan menahan geram selepas mendengar cerita Amira.Dia tak sangka Amira akan mengharungi kisah seperti ini.

"Habistu apa Amira nak buat ?" Tanya Adyan.

"Amira dah fikir masak masak,Amira tak kuat abang ! Amira nak bercerai !" Terkejut Adyan mendengar kata cerai itu.

Adakah Adyan perlu gembira kerana Amira akan bercerai atau dia berasa sedih ? Amira dah tak sanggup menanggung derita ini.

Amira menyuruh seluruh keluarga untuk masuk ke dalam.Adyan menyampaikan apa yang dipesan oleh Amira.

"Ibu,Tuan Malik,Daiyan...Amira suruh semua masuk !" Panggil Adyan.

Laju Daiyan masuk.Sudah lama dia menahan rindu di dada.Akhirnya dapat juga dia melihat isterinya.

"Amira !" Panggil Daiyan seraya mendekati Amira.

"Stop ! Kau jangan dekat dengan aku !" Larang Amira.

Langkah Daiyan terhenti.Dia meraup wajahnya.Dia memandang wajah Amira.
Semua orang melihat ke arah mereka berdua.

"Amira kenapa kamu cakap macam tu dengan suami kamu !" Marah Puan Mastura.

"Hah suami ? Ibu kata dia ni suami ! Suami apa kalau bunuh anak sendiri ! Ada perempuan lain !" Amira ketawa.

"Apa yang kamu cakap ni ?" Tuan Malik bertanya.

"Papa nak tahu perangai sebenar anak papa ? Dia ni kan kahwin dengan Amira bukan sebab sayang ! Tapi dendam !" Ujar Amira dengan nada yang geram.

Daiyan tertunduk.Dia menyesal dengan apa yang berlaku.

"Aku nak cerai !" Amira mengucap perkataan cerai di depan semua.

Daiyan merenung muka Amira.
Dia tak sangka Amira akan mengukapkan lagi kata cerai itu.

"No sayang ! No ! Maafkan saya ! Saya tahu saya salah ! Tolong saya tak nak kehilangan awak !" Daiyan merayu.

"Saya janji akan bahagiakan awak !" Tambahnya lagi seraya menarik tangan Amira.

"Aku dah tak boleh terima kau ! Aku sakit ! Sakit sangat !" Amira menepis tangan Daiyan.

_______________________________

Amira di jaga oleh ibunya.Dia sudah nekad untuk bercerai dengan Daiyan meskipun hati dia masih sayang dengan Daiyan.

Daiyan hanya mampu menurut apa kehendak isterinya untuk membuang rasa bersalah ini.Dia tak nak Amira tersakiti lagi.

"Dengan ini mahkamah memutuskan bahawa kamu Daiyan Dzhuhaizan bin Malik dan Amira Arisya binti Abdullah bukan lagi suami isteri yang sah !" Kata seorang hakim.

Amira dan Daiyan bertemu buat kali terakhir.Amira tersenyum pahit apabila melihat Daiyan.

"Kalau kita dipertemukan lagi itu dinamakan jodoh !" Kata Daiyan.

"Saya takkan lupakan kenangan indah ketika kita bersama !" Balas Amira dan berlalu pergi meninggalkan Daiyan.

"Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku suatu hari nanti ! Dan saat itu aku tak akan sia-siakan engkau !" Bisik hati Daiyan sambil memandang Amira yang berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience