Amira membawa Daiyan ke sebuah tempat yang cukup indah.Bagi Amira disinilah dia mengadu saat dia dikelilingi masalah.
"Kenapa kau bawa aku kat sini ?" Tanya Daiyan.
"Kita duduk kat sana !" Amira menarik tangan Daiyan.
Mereka duduk di bangku yang jelas kelihatan tasik indah didepannya.
"Boleh saya tanya sesuatu ?" Amira membuka mulut.
"Tanya je lah !" Daiyan menyilangkan kakinya.
"Awak suka saya tak ?" Tiba-tiba sahaja soalan itu yang keluar dari mulut Amira.
Daiyan cukup terkejut dengan soalan Amira.
"Kenapa kau tanya macam tu ?" Daiyan berdiri.
"Entah lah,tiba-tiba hati saya nak tanya macam tu !" Amira masih duduk di bangku.
"Soalan lain tak ada ke ?" Daiyan berpaling.
"Tak ada,kalau awak tak nak cakap it's okay ! So dah tak ada apa nak cakap lagi,boleh lah kita pergi !" Amira kecewa soalan dia tidak dijawab.
"Kau nak pergi mana ?" Tanya Daiyan.
"Nak balik lah takkan nak tunggu kat sini !" Amira membuka langkah.
"Kejap !" Daiyan menyuruh Amira tunggu.
"Apa ?" Amira berhenti.
"Yes,memang aku suka kau ! Aku tak tahu kenapa dan mengapa aku jatuh cinta dekat kau ! Even kau tu mengjengkelkan aku tetap suka kat kau !" Luah Daiyan.
Amira ketawa kecil melihat muka Daiyan yang sudah merah akibat malu.Amira mendekati Daiyan.Daiyan menutup mukanya dengan tangan.
"Mengaku juga awak kan,hahah !" Amira ketawa.
"Habistu macam mana kita sekarang ?" Daiyan bertanya.
"What do you mean ?" Amira pura-pura bingung.
"Sekarang kita dah rasmi kan !" Daiyan merenung mata Amira.
"Rasmi apa ?" Amira tidak faham.
"Kau dengan aku dah jadi LOVERS !" Daiyan tersenyum sinis.
Baru kali itu Amira melihat kegantengan Daiyan yang terserlah apabila dia tersenyum dengan sinis.Biarpun terlihat kerek namun pada pandangan sisi lain terlihat sangat kacak.
"Woii !" Kepala Amira diketuk.
"Aduh !" Amira melihat Daiyan.
"Haa kan dah kena,aku tengah bercakap dengan kau ! Boleh pula kau mengelamun eh !" Ujar Daiyan.
"Kalau awak yang nak macam tu saya okay je !" Amira tersengih.
"Okey ! So sekarang kau milik aku ! And aku tak nak kau dekat lagi dengan senior-senior tu !" Amaran Daiyan.
"Kenapa pula,dia je abang senior yang saya kenal !" Amira menolak.
"Aku cakap tak boleh,tak boleh lah ! Aku tak suka lah bila kau rapat dengan dia !" Tegas Daiyan.
"Kenapa tak suka,rasa tergugat ke ?" Ketawa Amira.
"Yes memang tergugat !" Semakin membuak rasa cemburu Daiyan.
"Alaa,tak apa lah lagipun saya bukan suka kat diorang pun ! I'm only for you !" Amira mengenyitkan matanya.
"Kalau macam tu kau boleh berkawan dengan diorang,tapi tak boleh rapat macam dulu-dulu !" Kata Daiyan.
"Rapat macam mana ?" Amira bertanya.
"Alah rapat macam kau bertepuk tampar,cubit-cubit pipi apa lah !" Jeling Daiyan.
"Eleh jealous lah tu !" Bisik hati Amira.
"Kau dengar tak ni ?!" Tengking Daiyan.
"Dengar lah ! Moment macam ni pun nak marah !" Amira duduk dalam keadaan marah.Pendek kata merajuk.
"Eleh kau ni marah sikit pun nak merajuk !" Daiyan duduk bersebelahan Amira.
"Sikit apanya,awak selalu marah saya tahu tak ! Kecewa hati ini ! Erm !" Amira berdrama.
"Ish mengada lah kau ni !" Daiyan tolak kepala Amira.
"Haaa,sakit !" Amira berpura-pura menangis.
"Eh kau ni,sorry lah !" Daiyan menyentuh lembut dahi Amira.
Amira tersuka dengan sifat gentleman yang baru ditunjuk oleh Daiyan.Tidak sangka,Daiyan yang dia kenal mempunyai sifat sebegitu rupa.Amira tersengih seorang diri sambil matanya memandang wajah kacak Daiyan.
"Aku tahu lah aku handsome ! Tak payah lah tengok aku macam nak terkam aku !" Daiyan tertunduk melihat wajah Amira.
"Eh perasan lah !" Amira menepis tangan Daiyan.
Amira bangun dari bangkunya dan terus membuka langkah.Berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di tasik itu.Bunyi kicauan-kicauan burung menambahkan lagi keasyikan di tasik itu.
"Nak makan aiskrim tak ?" Daiyan bertanya dari belakang.
"Nak tapi awak belanja !" Amira membuat riak wajah comel.
"Memang aku yang belanja kau selama ni kan !" Bilang Daiyan seraya memegang bahu Amira dan terus berjalan mencari aiskrim.
"Ish mamat ni !" Bisik hati Amira.
Mereka berjalan-jalan sambil makan aiskrim yang baru dibeli tadi.Suasana yang janggal bagi Amira selepas memori indah sudah tercipta sebentar tadi.Amira cuba memecahkan suasana janggal itu.
"Awak !" Panggil Amira.
"Hah apa ?" Jawab Daiyan.
"Ermm,kalau awak jangan gunakan perkataan " KAU DAN AKU " tu boleh tak ?" Berani Amira.
"Habistu kau nak suruh aku guna apa ?" Tanya Daiyan.
"Guna lah "Awak Saya" ke !" Ujar Amira.
"Tengok lah nanti ! Dah jom balik !" Kata Daiyan.
"Jom !" Balas Amira.
Amira dan Daiyan pulang seperti tiada apa yang berlaku.Sesampainya Amira di universiti,nama Amira kedengaran jelas seperti dipanggil.
Daiyan menoleh ke belakang melihat empunya suara itu.Terus berubah riak wajah Daiyan melihat tuan punya suara itu.
"Tak habis lagi kau ni eh !" Bisik hati Daiyan.
"Sabar lah Daiyan,sekarang ni Amira milik kau ! So kau tak payah nak risau sangat !" Daiyan menenangkan dirinya sendiri.
"Amira !" Panggil Adyan lagi.
Amira berhenti dan menunggu Adyan yang hampir mendekatinya.
"Apa abang ?" Lantas Amira bertanya setelah Adyan sampai didepannya.
"Amira pergi mana tadi ?" Tanya Adyan.
"Dengan mamat ni pula tu !" Adyan menjeling ke arah Daiyan.
"Ish,Amira tak pergi mana lah ! Pergi tasik belakang tu je !" Amira menjawab.
"Kenapa abang panggil Amira tak menyahut ?" Adyan memegang bahu Amira dan membuatkan Daiyan tidak senang duduk.
"Kalau ye pun,tak payah lah nak sentuh !" Daiyan menepis kasar tangan Adyan.
"Amira tak dengar lah,abang Amira pergi dulu lah.Letih sangat ni !" Amira menarik tangan Daiyan dan berlalu pergi.Dia taknak satu pergaduhan terjadi disebabkan dia.
Daiyan pulang kerumah dengan hati yang riang.Namun keriangan dia itu diganggu dengan wajah Tuan Malik.Dia terus bermasam muka pabila melihat wajah papanya sendiri.Dia tidak peduli tentang papanya dan terus naik ke atas.
Dipanggil terus namanya namun satu pun tidak disahut kembali.Daiyan merebahkan dirinya dan merehatkan tubuhnya sebentar.Dia mengeluarkan telefonnya dari kocek seluarnya.
"Nak telefon ke tak eh ?" Daiyan berfikir sejenak.
"Ah telefon je lah !" Daiyan menghubungi Amira.
"Hello ? Awak nak apa ?" Amira bertanya.
"Saya nak awak !" Lembut suara itu merempuh gegendang telinga Amira.
"Hah mimpi ke ni,awak gunakan perkataan "Awak Saya" bila on call dengan saya ?!" Amira menepuk pipinya.
"Habistu kau nak suruh aku guna "Kau Aku ?" Terus naik amarah Daiyan apabila diperli sebegitu.
"Alah jangan lah marah,bergurau pun tak boleh ke ?" Amira ketawa.
"Dah aku nak merajuk dengan kau !" Daiyan menamatkan panggilan itu.
"What nak merajuk ! Gila ke mamat ni ?!" Amira bermonolog sendiri seraya melihat skrin telefonnya.
Amira ketawa kecil,semakin lama semakin keluar perangai manja si Daiyan ni !
"Kenapa dia tak telefon lagi hah ? Dia taknak pujuk aku ke ?" Bisik hati Daiyan.
Daiyan bangun dari katilnya dan pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya.Seusai mandi,Daiyan melihat telefonnya.Masih tiada panggilan dari Amira.Dia melempar perlahan telefonnya.
Dia turun ke bawah untuk makan sesuatu.Dia memerhati sekelilingnya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum terserempak dengan papanya.Pembantunya yang melihat Daiyan berjalan bertatih-tatih terus memanggilnya.
"Tuan muda ?" Panggil pembantunya.
"Ishhh !!" Laju Daiyan memberi amaran.
Pembantu rumahnya terus menutup mulutnya dengan tapak tangannya.
"Kenapa ?" Daiyan bertanya seolah-olah berbisik dengan Daiyan.
"Ada makanan tak ?" Daiyan turut berbicara begitu.
"Ada tuan,nak saya panaskan tak ?" Tanya pembantunya.
"Tak payah ! Siapkan pinggan untuk saya !" Suruh Daiyan.
"Okey tuan !" Turut pembantunya.
Daiyan makan dengan lahapnya.Kini dia tidak perdulikan keberadaan Tuan Malik.Dia sudah fokus dengan makanannya.Amira juga sudah hilang dari benaknya.
Telefonnya berbunyi menandakan satu panggilan masuk.Namun Daiyan berada di bawah dan tengah asyik makan.Amira terus menelefonnya berkali-kali.Tapi tiada yang angkat.
"Mana pergi mamat ni,takkan merajuk teruk sampai aku call pun tak nak angkat ?!" Bisik hati Amira.
Amira merasakan bulu matanya berat memaksa untuk berehat.Amira baring di atas katilnya dan merenggangkan uratnya.Secara tak sedar dia telah terlelap.Skrin telefonnya masih bercahaya.
Seusai makan,Daiyan naik ke atas untuk mengambil telefonnya.Terkejutnya dia pabila melihat panggilan dari Amira yang tak terjawab.Lantas dia menelofon semula,tapi tiada yang angkat.Maklumlah Amira dah nyenyak diulik mimpi.
"Ahh melepas lah kau !" Daiyan menumbuk bantallnya.
Daiyan membaringkan dirinya dan cuba melelapkan matanya.Dia mengosongkan fikirannya dan berhasrat agar Amira datang ke dalam mimpinya.
Share this novel