Daiyan merenung jauh di luar tingkap pejabatnya.Pen di atas meja main peranan.
"Macam mana aku nak cari dia ? Sekejap ada sekejap tak ada !" Daiyan menongkat dagu cuma berfikir.
Tok ! Tok ! Tok !
Bunyi ketukan pintu dari luar mengejutkan dia.Laju mulut Daiyan menutur perkataan masuk.
Pintu dibuka dan jelas terlihat seorang perempuan yang membawa satu fail ditangan.Daiyan hanya menayangkan muka cuka dia meskipun perempuan itu mengukirkan senyuman manis kepadanya.
"Ada apa ?" Tanya Daiyan kepada pembantunya itu atau dikenali sebagai Ariana.
"Bos ada mesyuarat dengan Encik Zulfan pada pukul 3:00 petang !" Kata Ariana.
"Hah ? Siapa ?" Terkejut Daiyan selepas mendengar nama Zulfan.
"Encik Zulfan bos !" Perkataan bos itu ditekan kuat.
"Zulfan eh ! Aku tahu siapa yang tahu kau dekat mana Amira !" Daiyan tersenyum jahat.
"Bos okey tak ni ?" Tanya Ariana yang sudah meremang bulu roma bila melihat bosnya senyum begitu.
"Saya okey ! Ada apa-apa lagi tak ?" Tanya Daiyan.
"Kalau ikutkan saya dah tak ada apa-apa !" Jawab Ariana.
"Kalau tak ada kenapa masih tercegat dekat sini ? Nak curi tulang ke ?" Tajam renungan Daiyan.
"Okey bos,saya pergi buat kerja dulu ! Kalau bos nak apa-apa just calling me !" Ariana senyum manis.
"Tak ada masa saya nak panggil awak !" Angkuh Daiyan.
"We'll see !" Ariana berganjak pergi.
Daiyan melirik ke arah jam tangannya.Dia meraup wajahnya.
"Sekarang baru pukul 1:00 ! Masih ada sisa lagi ni !" Bisik hati Daiyan.
Tidak semena-mena mata Daiyan tertumpu pada bingkai gambar perkahwinannya.
"Aku sesal apa yang aku buat dahulu Amira ! Aku bunuh anak aku,aku bunuh cinta kau !" Air mata kejantanan Daiyan gugur membasahi pipinya.
"Aku akan pastikan kau akan menjadi milik aku buat selamanya ! You're mine !" Getus hati kecil Daiyan.
Daiyan bingkas bangun dari kerusinya.Dia mengesat sisa-sisa air mata yang masih membasahi pipinya.
Daiyan mengambil kunci keretanya lalu keluar dari pejabatnya.
"Ariana !" Panggil Daiyan.
"Eh suara siapa tu ? Alamak suara apa tu ? Dia panggil aku ke ?" Perli Ariana.
"Tak payah nak perli saya sangat lah ! Ni saya nak keluar sebentar !" Jawab Daiyan.
"Pergi mana bos ?" Soal Ariana.
"Saya nak pergi kejar cinta hati saya !" Daiyan senyum nakal.
"Cia cia cia ! Pergi lah bos,bos pun dah menduda ! Saya kesian tengok bos ! Haha !" Terbahak-bahak Ariana mengetawakan bosnya itu.
"Amboi mulut ! Saya potong gaji awak kang !" Ugutan kecil itu terucap pada bibir Daiyan.
"Hehe,maafkan saya bos !" Ariana tersengih.
Daiyan menggeleng kepala melihat perangai nakal Ariana itu.Sudah 5 tahun Ariana menjadi pembantu tetapnya.
Daiyan berlalu pergi dari tempat kerja Ariana.Dia masuk ke dalam kereta serata menghidupkan enjin.
Daiyan memecut laju.Entah ke mana dia nak pergi.Dalam perjalanan,Daiyan membuat panggilan.Dia menelefon seseorang.
Selepas 30 minit,Daiyan memberhentikan keretanya.Dia mematikan enjin dan keluar dari dari keretanya.
"Bos !" Panggil seseorang yang memakai baju serba hitam serta topi.
"Aku ada kerja untuk kau ! Payment kau tak payah nak bising,kali ni aku bayar double punya !" Jawab Daiyan.
"Double aku terima bos ! Kerja apa yang kau suruh aku buat ni ? Bunuh orang ke ?" Ketawa jahat lelaki itu nyaring di telinga Daiyan.
"Kau ingat aku ni macam kau ke tak ada perasaan ? Stupid !" Tinggi nada Daiyan menjawab soalan daripada lelaki itu.
"Aku gurau je ! So apa yang kau nak suruh aku buat ?" Tanya lelaki itu.
"Aku nak kau cari perempuan dalam gambar ni ! Pastikan jumpa kalau tak hangus payment kau !" Kata Daiyan seraya memberi gambar Amira kepada lelaki tersebut.
"Kau ni macam tak kenal aku ! Kalau kerja tak beres bukan Deno lah nama aku !" Jawab Deno lalu merampas gambar ditangan Daiyan.
"Cantik ! Muah !" Deno mencium gambar Amira.
"Kau jangan buat perangai bodoh kau dekat dia ! Dia ni hak aku ! Kau buat nahas kau !" Marah Daiyan.
"Ala bos aku nak ratah sikit boleh tak ?" Terukir senyuman jahat pada wajah Deno.
"Sial ! Fucking Off !" Daiyan menaikan jari tengahnya.
"Haha !" Makin kuat ketawa Deno.
"Kau cepat selesaikan kerja kau kau cepat dapat bayaran kau ! Ni aku bagi separuh untuk kau !" Daiyan memberi sampul coklat kepada Deno.
"Yang selebihnya lepas kerja kau selesai ! Ingat aku tak nak kau sentuh dia ! Kau sentuh dia,aku potong tangan kau !" Daiyan menatap tajam.
"Okey okey okey !" Angguk Deno.
"Dah aku ada mesyuarat ni ! Nanti ada info kau call aku !" Daiyan melihat jam yang ada pada tangannya.
"Alright bosskur !" Jawab Deno.
Daiyan berganjak pergi dari tempat pertemuan dia dengan orang upahan dia.Dia memecut laju untuk mengejar masa.
"Aku ingatkan sempat ! Cepat je masa berlalu !" Kata Daiyan.
_________________________________
Amira berjalan-jalan sambil matanya meliar-liar.Tekaknya sudah kering,perut pun sudah bernyanyi.
"Nak makan apa eh ?" Amira berhenti lalu mendongak untuk melihat menu yang ada.
"Hai cik adik yang manis !" Tegur seorang lelaki dibelakangnya.
"Macam kenal suara ni ?" Bisik hti Amira seraya menoleh.
"Laa awak ke ? Haha kecilnya dunia ni !" Kata Amira selepas melihat Zulfan.
"Yes i am !" Zulfan senyum.
"Awak buat apa kat sini ?" Tanya Amira.
"Saya ada meeting nanti !" Jawab Zulfan.
"Alaa,kenapa tak pergi lagi ?" Soal Amira.
"Jom teman saya meeting !" Zulfan sengih malu.
"Kenapa saya pula yang kena teman awak ? Saya bukan bekerja dengan awak !" Amira membuat mimik muka pelik.
"Sekarang awak akan jadi personal assistent saya !" Tangan Amira ditarik.
Zulfan membawa Amira ke sebuah meja yang sudah ditempah.Tangan Amira dilepas dan kerusi ditarik oleh Zulfan untuk memberi Amira duduk.
"Apa semua ni ?" Tanya Amira seraya melabuhkan punggungnya.
"Awak sekarang ni pembantu peribadi saya dan awak akan sentiasa duduk disamping saya !" Jawab Zulfan seraya duduk disamping Amira.
"Habis tu apa yang saya nak cakap dalam mesyuarat awak ni ?" Amira mencebik bibir.
"Awak diam dan perhatikan saja ! Nanti saya ajar awak ! Awak belum ada kerja tetap kan ?" Tanya Zulfan.
Amira malu untuk mengangguk.Kepala yang tidak gatal digaru lembut.
"Eleh sekarang awak dah ada !" Hidung mancung Amira dicuit.
Terkejut Amira apabila hidungnya dicuit.
Daiyan sampai ke tempat pertemuan dia dengan Zulfan.Daiyan masih belum tahu yang bekas isterinya itu sudah menjadi personal assistent kliennya itu.
"Aduh aku dah lambat ni !" Bisik hati Daiyan yang tergesa-gesa.
"Mana klien awak ni ? Lambatnya !" Ngadu Amira.
"Sabarlah sikit,awak kalau lapar boleh makan dulu !" Ujar Zulfan.
Amira yang sudah lama kebulur ni apa lagi,laju sahaja tangan menghiris daging yang sudah ada dipingggan.
"Amboi lapar sangat ni !" Perli Zulfan.
"Hehe !" Amira hanya sengih.
Nada dering iphone milik Zulfan berbunyi.Zulfan mengambil iphone miliknya dalam kocek seluarnya.
"Hello ?" Jawab Zulfan.
"Hello Encik Zulfan ? Awak kat mana eh ? Boleh beritahu baju apa yang awak pakai ?" Tanya Daiyan.
"Saya pakai baju warna putih campur hitam dan sedang duduk dengan seorang perempuan yanh pakai baju biru muda !" Zulfan meliar-liar.
"Hah saya dah nampak !" Daiyan meletak panggilan.
Daiyan mengorak langkah selepas melihat kelibat Zulfan.Pada awalnya dia tersenyum riang tapi selepas berhadapan dengan dua kelibat itu habis berubah riak wajahnya.
"Amira !" Melucur nama Amira.
Amira juga menayangkan wajah terkejut selepas melihat Daiyan.
"Oh Encik Daiyan ! Silakan duduk !" Ujar Zulfan.
"Sebelum kita teruskan,saya nak kenalkan ini my personal assistent ! Amira ni klien kita untuk harini !" Tambah Zulfan.
"Hai Amira ! Saya Daiyan Dzhuhaizan !" Daiyan melirik ke arah Amira dengan pandangan yang marah.
"Hai !" Jawab Amira acuh tak acuh.
*Maaf kalau chapter ni pendek ;).Untuk next chapter mungkin akan lambat sebab achik nak berhenti menulis sekejap !
Share this novel
update setiap hati pleas..haha tq