BAB 29 - MATA HELANG

Romance Completed 41993

Finally, selesai sudah mesyuarat kewangan yang diketuai oleh Tuan Eqmal dan dibantu oleh Eisya sendiri. Hampir 3 jam mesyuarat berlangsung, dan selama itu jugalah Eisya tak senang duduk... Apalagi, semua sebab Ean... Setiap masa, setiap saat Ean tak henti memandang, merenung ke arah Eisya... Serba tak kena Eisya dibuatnya. Rindu sungguh Ean pada Eisya.

"Alhamdulillah, setakat ini saja mesyuarat kita hari ni... In shaa Allah, kita akan bertemu lagi pada mesyuarat akan datang. Terima kasih semua!" Fuh! Lega rasanya... Rasa nak pengsan Eisya duduk dalam bilik mesyuarat tu lama-lama.

"By the way, semua dalam meeting room ni, jemput ke cafe ya... Lunch is on me, today! Saya tunggu di cafe bawah!" Ean menjemput mereka yang hadir pada mesyuarat tadi, ke cafe di tingkat bawah untuk makan tengah hari.

Semua mengangguk gembira... Seronoklah, bos belanja makan, doh! Kenalak CEO yang hemsem yang belanja... Tak untung badan ke... Perutpun kenyang... Hahaha! Eisya sekadar menundukkan kepalanya... Lunch, dah tentu kena mengadap Ean lagi! Bukan Eisya benci... Tapi Eisya tak mampu menyembunyikan rasa rindunya pada Ean...

Eisya tidak pasti dengan hatinya sendiri... Setiakah Ean dengan cinta mereka? Masihkah Ean menghargai cinta suci Eisya?

"Eh, Eisya! Jom, lunch! Bos tunggu tu!" Ajakan Choa masih tiada sahutan.

"Eisya...! Eisya...!"

"Eh... Ha! Ya! Ya!"

"Eisya ni kenapa, termenung ni? Kau okay ke Sya?"

"Eh, Sya okay. Jom lunch!"
"Jangan tipu aku, Sya! Kau nampak lain lepas meeting tadi. Kau ada masalah ke?"

"Eh taklah. Eisya ok je... Letih plus ngantuk kot!"

"Sya, aku tahu kau sorokkan sesuatu dari aku. Kau kenal Tuan Ean, kan?" Eisya hanya mampu menundukkan kepalanya dan menyembunyikan kesedihan yang bersarang dalam hati.

"Takpe... Kalau kau tak nak ceritakan kat aku. Tke your time, kay! Dah jom makan... Aku laparlah!"

"You owe me an explanation ya Sya!"

Kedua-duanya bergerak menuju ke cafe dan... sudah disangka... Mereka orang terakhir yang tiba di cafe.

"Eisya, Nasuha, come, joint us! Jemput makan. Jangan malu-malu!" Ean mula bersuara saat melihat ketibaan buah hatinya.

"Terima kasih, Tuan!" Serentak menjawab. Eisya masih menunduk. Nasib duduk di sebelah Choa. Takdelah rasa janggal sangat. Tapi masih takleh fokus nak makan sebab Ean masih memerhatikannya.

Tuan Eqmal yang sedari tadi melirik matanya ke arah Ean dan Eisya... mula bersuara saat melihat Eisya seolah-olah tiada keinginan untuk makan.

"Eisya... kenapa? Macam takde semangat je! Tak sedap ke makanan tu?"

"Eh, takde apa Tuan Eqmal. Sedap ni!" Eisya memasukkan daging yang telah dipotong kecil dalam mulutnya, perlahan-lahan dikunyah. Ean tersenyum melihat gelagat Eisya yang malu-malu. Comel!

"Ke, awak malu sebab ada mata helang yang asyik memandang ke arah awak?" Seraya itu Eqmal melirik ke arah Ean yang masih beriak selamba.

Eisya menggelengkan kepalanya apabila semua orang mula memandang ke arahnya. Malunya!

"Hah! Mata helang?" Tanya satu suara. Kepochi!

"Yelah. Mata helang. Dok asyik usha awak sampai awak tak selesa nak makan, kan?"

"Empph, tak... Taklah Tuan Eqmal. Saya cuma kenyang... Lagipun waktu lunch, dah nak habis ni. Saya minta izin nak pergi solat Zohor. Terima kasih Tuan Ean, Tuan Eqmal."

Ean melirik memandang ke arah Eisya sehingga hilang bayangan Eisya di pintu cafe.

Masing-masing yang lain sekadar mendiamkan diri, menyambung makan tengah hari mereka. Choa merasakan ada sesuatu yang perlu dia lakukan... Dari tadi dia sekadar memerhati sahaja dua orang ni... Tentu ada yang tidak kena antara mereka.

Assalammualaikum, hai.. bertemu kembali... sis teruja sangat sebab Alhamdulillah, idea ada sentiasa nak update, walaupun tak logik, kan.. yelah..ini bukan realiti, cuma kisah novel.. tapi, sis mengharapkan pembaca seronok membaca... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience