Seminggu selepas kejadian itu, heboh diperkatakan di kolej, seorang pelajar diberhentikan serta-merta akibat masalah disiplin. Amat mengejutkan Lis kerana pelajar itu adalah Tina, seorang pelajar junior jurusan perakaunan. Tinalah yang selama ini memfitnah Ean, termasuk gambar yg diedit untuk menyakitkan hati Lis.
Hal ini benar-benar mengejutkan Lis, manakan tidak, selama ini Tina tak pernah menunjukkan reaksi yang pelik. Setiap kali bertembung dengan Lis, Tina akan menundukkan kepalanya dan tersenyum walaupun waktu itu Lis bersama Ean.
Dari apa yang didengari, Tina tidak malu meluahkan perasaannya pada Ean walaupun dia tahu Ean pasti akan menolaknya bulat-bulat. Padahal waktu itu, Tina tahu Ean dengan Lis. Pelikkan? Berapa banyak surat cinta yang dikirimkan pada Ean namun terus Ean buang ke dalam tong sampah. Begitu juga email, wassup, Ean delete tanpa membacanya.
Tina seumpama perigi mencari timba. Berbagai cara digunakan untuk memikat hati Ean. Namun Lis bersyukur. Sekurang-kurangnya, Tina tidak menggunakan cara halus atau bahasa tepatnya sihir, minyak dagu dan seumpama dengannya untuk memikat Ean. Nauzubillah. Simpang malaikat 44.
Ean juga pernah melaporkan perkara ini pada bahagian pentadbiran dan Tina telah diberikan surat amaran. Disebabkan obses untuk mendapatkan cinta Ean, Tina sanggup memfitnah dan natijahnya, Tina dibuang kolej.
Lis tertanya-tanya, besar sangatkah kesalahan Tina sehingga dibuang kolej? Atau ada masalah lain yang membuatkan Tina dibuang dari kolej? Eankah punca Tina dibuang? Siapa Tina dan siapa Ean sebenarnya?
Bila difikir-fikir semula memang menyakitkan. Entah kenapa sampai begitu sekali Tina mahukan Ean. Padahal ramai lagi student-student yang hemsem, kacak, cute kat kolej ni. Kenapa mesti Ean? Benar, hati manusia tak dapat diramal. Betul, cinta itu buta. Tetapi bagi Lis, cinta itu tidak buta. Manusia yang buta sebab cinta.
Hari ni 2 chapter updated. Terima kasih atas vote dan Komen.. In shaa Allah, saya akan belajar dan terus belajar ... Moga dipermudahkan segala urusan kita semua. Enjoy reading!
Share this novel