Tok! Tok! Tok! Bunyi bertalu-talu ketukan di pintu mengejutkan Eisya dari lamunan. Ya, Eisya terlalu melayan perasaanya... Pulang sahaja dari mengajar kick boxing, Eisya terus meloloskan diri ke dalam bilik.
"Eisya! Eisya... Bukak pintu ni Sya!" Terdengar suara Eliza di sebalik pintu bilik Eisya.
"Eisya, bukak pintu ni Eisya! Jangan macam ni Sya!" Suara Aiza pula memujuk.
"Eisya! Kami tahu kau ada masalah, kan? Bukalah pintu ni! Jangan seksa diri kau Sya!" Aiza masih memujuk.
Setelah berkali-kali diketuk, akhirnya Eisya membuka pintu bilik. Dalam kesamaran cahaya lampu, Eliza dan Aiza mendapatkan Eisya yang masih diam terduduk di birai katil.
"Kenapa kau nangis Sya? Ceritalah kat kita orang! Kitakan kawan baik" Eliza mula bertanya saat melihat Eisya masih mengalirkan air matanya.
"Ceritalah Eisya. Siapa yang buat kau macam ni! Biar aku pergi belasah orang tu!" Eliza masih dengan nada memujuk.
Eisya lantas memeluk Eliza dan menghamburkan tangisannya di bahu rakan baiknya... Eliza dan Aiza mengelus lembut belakang Eisya yang masih tersedu-sedan menangis. Sayu hati mereka melihat kesedihan Eisya. Last Eisya begini, ketika Ean tinggalkan Eisya 3 tahun lalu.
"Ean!" Jawab Eisya pendek, masih dengan tangisan yang tidak terhenti.
"Ean! Kau jumpa Ean! Ean jumpa kau?" Aiza cuba mendapatkan kepastian.
Eisya meleraikan pelukannya. Cuba menarik nafas dalam-dalam dan dengan tangisan yang masih berbaki, Eisya mula bercerita...
"Ean dah kembali!"
"Betul ke Eisya? Kau tak main-mainkan? Tapi, macamana?" Eisya menganggukkan kepalanya.
"Rupanya selama ini, aku bekerja di syarikat milik ayah Ean! Aku tak pasti apa yang berlaku sebenarnya! Kini Ean menggantikan ayahnya sebagai CEO"
"Wait, maksudnya Tuan Haji Basheer tu, ayah Ean?"
Eisya mengangukkan kepalanya.
"Tapi, selama ini, bukan Tuan Eqmal ke CEO kat tempat tu?"
"Eqmal Esmir, tu adik Ean, dia COO. Ean ganti ayah dia, CEO!"
"Oh...!" Bulat mulut kedua-duanya.
"Dah berapa lama kau tahu Ean dah kembali...?"
"Dah berapa lama Ean kerja dengan kau... eh... eh... kau kerja dengan Ean?" Tergelak sedikit Eisya saat mendengar Eliza tersasul ketika berbicara.
"Dah beberapa minggu! Tapi petang tadi... !"
"Petang tadi apa? Ean ada buat apa-apa ke kat kau?"
"Ish... Kau ni pun, Eliza! Sabarlah...! Bagilah Eisya cerita dulu!"
Apa yang Eisya rasakan saat ini....? Dapatkah Ean mengembalikan cintanya yang hampir hilang? Double chapter updated... Enjoy reading
Share this novel