BAB 37 - MENGAMUK

Romance Completed 41993

Eisya hadir ke pejabat dengan semangat baru... Dia cuba melupakan hal kisah gambarnya... dan cuba menumpukan sepenuh perhatiannya pada kerjanya yang tertangguh.

Semalam, selepas pulang dari kerja... Eisya terus menuju ke pusat latihan kick boxing. Eisya ingin melupakan benda-benda mengarut itu... Bergema dalam pusat latihan tu akibat tumbukan, pukulan dan tendangan bertalu-talu Eisya pada punching bag.. Tanpa memakai punching gloves, Eisya meneruskan tumbukan dan pukulannya..

Zachary, Aiden dan Aidan yang melihat Eisya yang lain dari lain hari ini... memandang ke arahnya dengan wajah kerutan di dahi... Zachary nampak sesuatu yang berlainan pada adik kesayangannya, meluru dan menghalang Eisya dari terus menumbuk dan memukul punching bag itu!

"Hei...Hei..! Kenapa ni, Eisya...? Kenapa ni? Eisya marahkan siapa, ni?" Zack meninggikan suaranya lepas Eisya sekadar membiarkan teguran Zack tadi.

"Tengok tangan Eisya! Dah merah dah! Kenapa tak pakai punching gloves?" Sambil menggosok kekura Eisya yang merah-kemerahan.

Eisya masih lagi meneruskan tumbukannya... Namun, tersasar... Tumbukan Eisya terkena telapak tangan Zach yang cuba menahannya dari terus menumbuk punching bag! Sakit doh! Dahlah tangan tu tak pakai gloves! Sis dah try kick boxing! Mula-mula memang sakit, pastu... fuh... best doh!

Huh! Eisya mengeluh nafas, berat!

"Kenapa ni, adik kesayangan abang ni? Apa yang buat Eisya marah sangat ni! Cuba cakap dengan abang! Eisya diam macam ni, abang tak dapat nak tolong, dik!"

Eisya mula kelihatan sebak... Air jernih hangat mula bergenang di tubir matanya. Tangisan mula kedengaran.

"Eisya geram! Geram sangat!"

"Geram, kenapa?"

"Kat pejabat Eisya, ada orang buat jahat dengan Eisya. Gambar Eisya dieksploitasi... Orang tu ambik gambar Eisya curi-curi... Lepas tu, tulis macam-macam kat gambar Eisya! Eisya malu macam ni!" Tangis Eisya makin kuat kedengaran. Zachary menggenggam penumbuknya...

"Dah tahu siapa pelakunya?" Eisya menggelengkan kepalanya.

"Jadi, pihak atasan buat apa!" Tangisan Eisya semakin reda dan sesekali Eisya mengelap air mata dengan tapak tangannya.

"Dorang masih siasat siapa dalangnya... Tapi , yang pasti orang dalam syarikat, jugak! Pihak atasan dah bagi warning... Si pelaku akan dibuang serta-merta dan akan jadi kes polis!"

"Haish, sabar jelah Eisya...! Kalau betul dorang dah buat sesuatu, it's ok! Tapi, abang dapat tahu siapa pelakunya... Siaplah orang tu!"

"Dahlah... takmu nangis-nangis lagi... Tak cantik dah adik abang ni! Tengok, semua lari tengok Eisya mengamuk! Takut dorang, dik!"

Sekilas Eisya memandang keliling pusat latihan... Terkejut jugak Eisya saat melihat, ramai berganjak ke belakang... Seolah-olah menjauhkan diri... Takut kena belasah... Hihihi... Malunya... Dengan pantas, Eisya melangkah keluar dari gelanggang.

Terkejut tau kalau Eisya mengamuk... hahaha... nasib baik takde yag jadi mangsa... kalau tak... alamat...hospitallah jawapnya... Double chapter updated...Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience