BAB 7 - CEO / DINNER

Romance Completed 41993

"Wah, Dinnerlah! Bestnya!" Choa masuk ke bilik Eisya untuk mengajak Eisya pulang.

"Kan, tak sabar rasanya nak pergi dinner. Dapat cuci mata... Mana tahu, jumpa jodoh ke!" Maya pula bersuara. Eisya sekadar menggelengkan kepalanya. Sorang lagi belum masuk... Elia...

"Akupun... tak sabar nak jumpa CEO baru. Mesti hemsem kan?" Hah, kan dah cakap. Kena cukup korum... Kalau tak, tak lengkap hidup dorang ni!

"Kau nak pakai baju apa untuk dinner nanti? Aku ingat nak cari baju yang mengerlip-ngerlip... Biar semua orang pandang." Maya cuba memulakan bicara.

"Aku nak pakai baju seksi... Kain terbelah sampai sini..." Seraya jari jemari Elia melentik dari kakinya naik ke paha menunjukkan belahan kain yang bakal dipakainya. Eisya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum mellihat gelagat kawan-kawannya.

"Aku pulak...emmpphh.. baju apa ya... Ah.. takpelah.. nanti aku tengok... Kalau takpun aku pinjam je baju kakak aku. Susah-susah sangat aku beli je baju baru. Apa ada hal!" Choa memberi cadangan.

"Kau Eisya?" Soal Choa melihat Eisya sekadar tersenyum memandang ke arah kawan-kawannya.

"Entahlah... Aku belum terfikir lagi. Malas nak fikir... Awal lagilah! Dinner kali ni ada tema ke...?
Yelah kan... tahun lepas, Masquerade. Tahun ni takde kot... takde dalam memopun!" Berkerut dahi Choa cuba mendapatkan jawapan berkaitan tema untuk dinner kali ini..

"Emm betullah tu.. Takde tema... So, kita boleh pakai apa sahaja as long baju tu tidak menjolok mata...Kan Tuan Haji dah pernah inform!" Maya menyampuk lalu tersenyum.

"Engkau jangan cakap kau tak nak datang pulak, Eisya! Kaukan orang penting, orang kepercayaan Tuan Haji!"

"Ya, aku tahu. Takkanlah aku tak join. Nanti-nantilah aku fikirkan!"

"Eisya, cepatlah... Dah pukul 6 dah... Kaukan ada latihan hari ni... Nanti lambat pulak. Kang lambat, marah pulak abang sepupu kesayangan kau!" Maya mengingatkan Eisya.

"Ya, aku tahu... Ni dah nak habis kemas ni! Ok jom!"

Assalammualaikum, hai semua... chapter baru saya dah update... Terima kasih pada yang sudi baca dan menanti chapter yang baru... In shaa Allah, selagi diberi kekuatan dan daya ingatan yang kuat, saya akan cuba update secepat mungkin. Harap memenuhi citarasa semua pembaca.. Harap dapat baca dan sila beri komen anda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience