Mesyuarat tergempar! Tiba-tiba staff Jabatan Kewangan diberitahu ada mesyuarat tergempar. Semua kena attend! No excuse! Tertanya-tanya mereka, kenapa, mengapa, apa yang terjadi? Namun, tiada siapa berani bersuara atau membuat andaian sendiri.
Kelihatan Tuan Ean, Tuan Eqmal dan Encik Herman, Pengurus Jabatan Sumber Manusia, yang ditemani Puan Suria, seorang pegawai dari Jabatan Sumber Manusia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
"Assalammualaikum dan selamat petang semua. Ok, First at all, saya minta maaf sebab tiba-tiba panggil semua untuk mesyuarat." Eqmal memulakan bicara.
"Encik Herman, silakan...!"
"Ok... Apa yang akan saya terangkan disini, mungkin akan mengejutkan sesetengah pihak! Baru-baru ini, kami menjumpai beberapa keping gambar pekerja wanita yang diambil secara curi-curi... Dan saya percaya, ianya tentu perbuatan orang dalam syarikat ini!
"Yang pasti, kami akan mengambil serius kes yang melibatkan maruah diri kakitangan terutama kakitangan perempuan. Saya akan pastikan, hal ini akan dibawa ke muka pengadilan!" Sambung Tuan Ean pula.
Eisya yang agak terkejut dengan ketegasan Ean, memandang terus wajah Ean... Serius... Belum pernah Eisya melihat Ean begitu.. Eisya sempat melirik ke arah Ean... Berdegup jantung Eisya saat Ean membalas pandangannya. Ean kelihatan 'smart.' Nampak hemsem macam dulu! Tali leher dilonggarkan, lengan disingsing hingga ke paras lengan... menampakkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki... Sexy, hot!
"Pihak syarikat mengingatkan sekali lagi! Kesalahan berkaitan gangguan seksual, merupakan kesalahan besar dan si pelaku akan diberhentikan serta-merta dan akan menjadi kes polis! Remember that! No more 2nd chance!" Tegas Eqmal.
"Ok... Dismiss! Eisya dan Nasuha, tunggu! Yang lain boleh kembali ke workstation" Arah Ean.
Pintu bilik mesyuarat ditutup... Kini hanya tinggal mereka berlima. Ean memandang Eisya dengan wajah cemberut. Cepat-cepat Eisya memalingkan wajahnya.
"Maaf, kenapa ya kami berdua kena tunggu?" Eisya memecahkan keheningan di saat semua pihak masih mendiamkan diri.
"Macam ni Cik Eisya..." Puan Suria menghulurkan sebuah kotak bersaiz A4 yang mengandungi banyak gambar Eisya... dan beberapa keping gambar Choa.
Terkejut...Tergamam kedua-duanya... Semuanya gambar curi... Tapi, siapa yang ambik gambar-gambar ni? Berbagai-bagai gaya dan riak wajah Eisya dan Choa dalam gambar-gambar itu. Yang pasti, memang gambar curi.
Masing-masing tidak tahu nak berkata apa... Lagi-lagi Eisya... hampir penuh kotak itu dengan gambar Eisya... Pelik...Siapalah punya kerja ni! Namun, apa yang mengejutkan Eisya, ada beberapa keping gambar Eisya, tertera tulisan "Kau untukku", Aku mendambakan cintamu", "Kau milikku"... Dan yang paling menjijikkan Eisya... satu gambar Eisya yang tertera, "Aku membayangkan kau dalam dakapanku di malam pertama"... Giler! Memang giler!
Cepat-cepat Eisya menolak kotak berisi gambarnya dan Choa. Suasana sepi seketika, sebelum Eqmal bersuara.
"Saya minta sangat, Eisya dan Choa jangan dedahkan segala maklumat yang ada. Takut-takut si pelaku tu ada dikalangan kita." Pesan Tuan Eqmal.
"Pihak syarikat sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani kes ni." Tambah Tuan Herman. Eisya dan Choa masih berdiam diri. Ean yang masih setia berdiri di situ, memandangnya wajah Eisya, sugul.
Siapa ya pelaku tu? Orang luar ke orang dalam? Nak tahu, kena baca chapter seterusnya... As usual, sis akan update 2 chapter... so, stay tuned. Enjoy reading
Share this novel