Entah mengapa Eisya merasa berdebar-debar saat melangkah masuk ke dewan besar itu. Perasaan Eisya jadi tidak keruan saat meletakkan punggungnya di kerusi yang dihias dengan reben putih bersama-sama pembantunya, Choa dan beberapa pengurus jabatan lain.
'Ish, kenapa aku rasa berdebar-debar ni!'
'Ya Allah, kenapa hati aku ni!' Eisya mengeluh perlahan sambil mengurut dadanya bagi melepaskan keresahan hatinya.
Acara dimulakan dengan bacaan doa, disusuli ucapan dari Tuan Haji Basheer, selaku Pengerusi dan Pengasas Basheer Property Development (BPD). Kini tiba masanya majlis memperkenalkan CEO syarikat baru yang bakal menggantikan Tuan Haji Basheer yang ingin bersara dan sekaligus melepaskan tanggungjawab kepada pewarisnya yang sah.
Entah kenapa, Eisya merasakan dadanya semakin berombak. Debaran makin terasa... Puas Eisya beristighfar, cuba meredakan rasa debaran itu... namun, semakin kuat Eisya cuba, semakin berdebar Eisya rasakan.
"Tonight, I would like to introduce to all of you, our new Chief Executive Officer... The Handsome Man... Tuan Ean Eskandar bin Tuan Haji Basheer!" Suara Pengerusi Majlis yang menyebut nama Ean Eskandar benar-benar mengejutkan Eisya. Ean Eskandar, nama yang tidak pernah luput dari ingatan Eisya selama ini.
Eisya benar-benar terkesima... Perlahan-lahan memalingkan wajahnya ke pentas utama... Saat itu, mata Eisya terpandang mata hazel milik Ean yang seolah-olah sedang mencari kedudukan Eisya. Eisya tergamam... Terkejut... No wonder Eisya rasa berdebar-debar ketika ini.
Wajah itu... Wajah yang amat Eisya rindui selama ini... Rindu... Kerinduan yang tidak mampu ditahan lagi... Ean Eskandar... nama yang tidak pernah hilang dari luput dari ingatannya... Setelah sekian lama Ean menghilangkan diri, kini Ean kembali...
'Adakah Ean masih setia dengan cintanya...?' 'Rindukah Ean pada Eisya...?'
Eisya bertemu dengan Ean, kekasih hati setelah 3 tahun menghilangkan diri.... mampukah cinta mereka bersemi semula...? Masihkah ada setia antara mereka...? Setiakah mereka pada cinta...? Enjoy reading..IG saya nurulashikin310778 atau NAR_tinta78...
Share this novel