BAB 48 - FLYING PUNCH & SIDE KICK

Romance Completed 41993

"Setan kau, Khairul! Berani kau usik Eisya!" Mata Ean berubah merah melihat kekasih hatinya dalam kesakitan. Sebak dadanya melihat keadaan Eisya. Tu baru kecederaaan yang dialami... Belum lagi pakaian Eisya yang koyak sana-sini.

"Well... Well... Well...! Hero dah sampai!" Khairul senyum sinis memandang Ean. Eqmal memegang tangan Ean... Tak mahu burukkan keadaan yang sememangnya dah semakin teruk.

"Apa urusan kau dengan Eisya! Eisya akan berkahwin dengan aku! Kau jangan nak campur urusan kami!"

"Khairul, letak senjata tu! Kita boleh bincang baik-baik Khairul!"

"AKu hanya nak blah dari sini... ! Aku nak kahwin dengan Eisya! Kalau tak aku akan toreh-toreh muka cantik dia!"

"Khairul, berhenti! Letakkan pisau tu! Kita boleh bincang Khairul! Lepaskan Eisya!" Eqmal cuba memujuk Khairul menggunakan kaedah psychology...

"Tak! Aku takkan lepaskan Eisya! Aku nak bawak Eisya keluar dari sini!" Pautan tangannya masih melekap di leher Eisya. Eisya seakan-akan lemah. Ean memandang Khairul dengan perasaan yang cukup membara... Penumbuk dikepal.

"Khairul! Kawasan ni sudah dikepong! Letakkan senjata! Awak takkan terlepas! Lihat sekeliling awak, Khairul!" Inspektor Mazlan akhirnya bersuara. Eh, ni bukan Inspektor Mazlan, Gerak Khas tau!

Khairul cuba memerhatikan keadaan sekelilingnya! Ya... dia kini telah dikepong...! Terdapat lebih kurang 10 - 15 orang pegawai polis mengepung kawasan kejadian... Dan selebihnya adalah pekerja-pekerja syarikat yang kini menjadi penonton setia drama swasta itu...

"Kalau aku tak dapat keluar dengan Eisya, aku akan bunuh dia!" Khairul cuba mengugut. Ean tidak mampu menahan sabarnya... Melihat Eisya yang semakin lemah, membuatkan hatinya semakin sedih, marah, geram...!

"Khairul, lepaskan Eisya! Letakkan senjata tu! Kami akan pastikan awak tak diapa-apakan!" Tuan Mazlan masih cuba memujuk.

"Kau nak Eisya, kan! Cubalah dapatkan dari aku! Kalau kau anak jantan, mari kita bertarung!"

Ean menjadi bertambah geram... Dia cuba menghala ke arah Eisya... Ingin menarik Eisya dari genggaman si jantan jahanam tu... Namun...

"Abang Ean! Sabar, bang!" Eqmal memujuk Ean.

"Mal, Eisya, Mal!" Eisya memandang sayu wajah Ean dengan linangan air matanya. Dia terlalu penat... letih... ! Yelah, nak dibandingkan dengan tenaganya seorang wanita dengan Khairul yang tinggi darinya, tentu tidak berbaloi... Lagi-lagi dalam keadaan Eisya yang cedera...

"Khairul, lepaskan Eisya, Khairul! Apa yang kau mahukan sebenarnya!"

"Aku nak Eisya! Aku nak Eisya kahwin dengan aku!" Hujung mata pisau, dihalakan ke leher dan wajah Eisya... Sengaja dicucuk hujung mata pisau tu mengena ke kulit leher dan pipi Eisya... hingga terluka dan kelihatan darah yang mengalir... Bertambah geram Ean melihatnya. Geram sangat! Ean takut Khairul akan apa-apakan Eisya jika dia mendekati mereka.

"Celaka kau, Khairul! Jangan seksa Eisya! Eisya hak aku! Hak aku! Lepaskan Eisya!" Ean mengamuk... ! Dah tak tertahan melihat Eisya diperlakukan sebegitu! Masing-masing terkesima dan terkejut dengan jeritan Ean... Eisya dengan Ean! Lagi-lagi staff syarikat yang sedang menonton drama swasta itu.

Ean meluru ke arah Khairul, tangan Eisya ditarik. Khairul yang agak terkejut melihat kedatangan Ean, terus menghunus pintu ke arah Ean. Namun Eisya sempat menyepak pisau di tangan Khairul... Terpelanting jauh pisau rambo tu... Dalam kesempatan yang ada, Eisya terus melepaskan tendangan kaki kanannya ke arah Khairul.. terlentang Khairul ke lantai.

"Setan kau, betina!"

Ean lekas-lekas menarik dan terus mendakap tubuh Eisya... Tapi, dah kalau namanya orang jahat, memang susahlah nak surrender, atau nak mati... kan? Selalu dalam drama macam tu, apa! Hahaha... ok... ok... kita sambung!

Eisya meleraikan pelukan Ean dan menanggalkan kasut tumit tingginya... Diletakkan di tepi... Nasib hari ni, Eisya memakai seluar panjang berjenama Padini! Sorry, saja je letak brand... Hihihi! Senang sikit nak bergerak. Ean dipandang dengan senyuman dan dia terus mengangguk kepalanya sedikit... Eisya ada perhitungan yang harus dia selesaikan!

"Sayang...!"

"Takpe, Ean... sekejap je! Bagi Lis settlekan si bangsat ni!"

Khairul lekas bangkit. Bersedia untuk menyerang Eisya... Eisya terlebih dahulu bersedia dengan kekudanya. Jantan jahanam ini perlu disedarkan.

'Kau cabar aku, ya! Siap kau!' Desis hati Lis.

Penonton-penonton yang tidak berbayar, dari tadi dok sibuk mengambil gambar dan video. Nak viralkanlah tu!

Khairul mula menyerang Eisya... Belum sempat dia menarik tangan Eisya, kaki Eisya sudah sampai ke mukanya... Tendangan padu, Eisya berikan ke dada Khairul... Tercampak Khairul ke belakang...

Khairul masih tidak mengalah... Keadaan yang tadi agak sunyi sepi, kini gamat dengan pekikan dan sorakan penonton tidak berbayar... Macam tengok wrestling! Ean, Eqmal dan Tuan Mazlan terdiam, melopong tengok Khairul kena belasah dengan Eisya.

Khairul masih tidak puas hati... Cuba melakukan serangan balas dengan menarik tangan Eisya ke belakang. Eisya terlebih dahulu menarik tangan Khairul dan dikilasnya ke belakang! Eisya begitu mudah dapat membaca pergerakkan Khairul.

Flying punch Eisya hadiah ke muka Khairul sebelum Eisya menghadiahkan side-kick yang terkena dada Khairul... Belum sempat Khairul jatuh, Eisya sekali lagi melepaskan tendangan padunya ke dada Khairul... Buk...! Khairul terlentang ke lantai... again... ! Macam nangka busuk!

Eisya menerpa ke arah Khairul yang kelihatan sangat lemah akibat tendangan Eisya... Tumbukan padu diberikan ke muka Khairul... Bukan satu tumbukan... Bukan dua... Bukan tiga... 5 tumbukan padu... Dah macam Wing Chun...Kung Fu Ip Man... Hahaha... Best tak dapat hadiah dari Eisya? Nasib Ean tarik Eisya dan menghalang Eisya dari terus membelasah si Khairul. Kalau tak, alamat ada yang terbunuh malam ni!

Hah! Puas hati sis, Khairul kena belasah dengan Eisya... Nak main-main dengan lagi... See the leg lah!

Hah, besttau bila buat watak pertarungan... Rindu lak nak bertarung... Hihihi... Sorry, gurau je... Amacam, ada sesiapa nak bertarung dengan Eisya, silakan... Sis jadi PA Eisya... In shaa allah, esok satu chapter lagi sis update ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience