Seperti biasa, usai pulang dari pejabat, Eisya akan terus ke pusat latihan milik abang sepupunya, Zachary. Pusat Latihan ini milik Zachary yang dikongsi bersama-sama dengan sahabat karibnya sikembar, Aiden dan Aidan. Ketiga-tiga mereka merupakan pakar dalam kick boxing. Mereka pernah menyertai beberapa pertandingan kick boxing antarabangsa dan memenangi beberapa anugerah.
Jangan tak percaya, Eisya handal dalam kick boxing. Walaupun Eisya punya tali pinggang hitam dalam karate, Eisya masih mempelajari kick boxing.
Sejak ditinggalkan Ean beberapa tahun lalu, Eisya banyak menghabiskan masa di pusat latihan kick boxing ni... Zachary memainkan peranan memujuk Eisya menyertainya dan sekaligus mempelajari kick boxing. Zachary tidak mahu Eisya terlalu melayan perasaan dan kesedihan akibat ditinggalkan kekasih hatinya.
Dan sekarang, Eisya merupakan salah seorang tenaga pengajar mahir di pusat latihan itu. So, don't play-play! Eisya agak tegas ketika mengajar dan tidak mustahil, Eisya mampu mematahkan lawannya walaupun seorang lelaki.
Jangan tak percaya, Zachary pernah menghantar seorang lelaki yang lebih tinggi dari Eisya ke hospital, gara-gara dibelasah Eisya. Nasib baik tak jadi kes polis! Anak Tengku pulak tu yang Eisya bantai!
#Flashback#
Dari tadi si pemuda memerhatikan Eisya yang sedang mengajar di tengah gelanggang dengan senyum kereknya.
"Korang rasa, kalau aku ajak perempuan comel tu sparing, ok tak?" Tanya Tengku Raykal Bin Tengku Razlan pada rakan-rakannya.
Masing-masing bersorak. Seronok mendengar kata-kata Raykal... seolah-olah setuju dengan idea Raykal. Zachary yang mendengarnya, berjalan ke arah Raykal sambil menggelengkan kepalanya.
"Raykal, aku rasa itu bukan idea yang baguslah!"
"Ala, rilekslah Zack... aku bukan serius pun nak lawan dengan budak comel tu... Aku saja je nak ajak sparing!"
"Janganlah Raykal! Kau tahukan, dia tengah mengajar tu... Nanti terganggu budak-budak tu!"
"Kau ni Zack, macam tak percaya kat aku je! Ke kau takut buah hati kau tu cedera!" Raykal terus memprovoke.
"Sudahlah Raykal! Malu orang tengok!" Seraya menolak dada Raykal.
"Kau jangan risau Zack! Aku takkan cederakan atau lukakan wajah cantik dia. Aku nak bergurau je dengan budak tu.. Sapa nama dia?" Sambil menuding jari telunjuknya ke arah Eisya.
"Woi perempuan! Kau ni poyo je kan! Kalau berani, jom kita sparing. Kita tengok siapa lagi terror!" Raykal memprovoke Eisya.
Pada mulanya, Eisya malas nak layan. Yelah, nak jaga adab tata susila seorang wanita... Ceh wah... Tapi, mamat bengong ni seolah-olah mencabar Eisya. Dia belum kenal siapa Eisya lagi.
"Eisya, jangan layan mamat ni. Eisya buat kerja Eisya!" Arah Zachary sambil matanya memandang ke arah Eisya di tengah gelanggang.
"Ala Zack! Tak rocklah macam ni!"
"Macam nilah Zack! Kalau aku kalah, aku takkan ganggu, siapa tadi namanya... Oh... Eisya... Ah, ya Eisya...! Tapi, kalau aku menang, Eisya jadi girlfriend aku setahun. Amacam, deal!"
"Woi perempuan! Kau berani tak?" Soal Raykal sambil tersenyum sinis seraya memandang ke arah Eisya dengan angkuh.
"Baik, aku setuju!. Aku terima cabaran kau! Tapi, ingat, kalau kau kalah, kau jangan ganggu aku dan Zack lagi dan aku nak kau hormat aku. Kau kena tunduk hormat aku setiap kali kau ternampak atau terserempak dengan aku. Faham?" Eisya menerima cabaran dengan bersyarat. Agak-agaknya, Eisya kalah ke... Eisya menang?
Ok, malam ni ada satu lagi chapter saya update.. actually, bila idea datang mencurah-curah... rugi rasanya kalau tak keluarkan dengan cara macam ni.. terus update... tentu terujakan nak tahu apa yang berlaku seterusnya.. Eisya lawan Raykal... agak-agak siapa menang.. Eisya atau Raykal.. ok.. stay tuned for next chapter... Enjoy reading
Share this novel