BAB 14 - MALU

Romance Completed 41993

Ean masih ralit memandang wajah Eisya. Wajah yang amat dirindui. Selama 3 tahun ini Ean menahan rindu yang tidak berpenghujung. Sakitnya menahan rindu, hanya Tuhan yang tahu! Ean terlalu rindukan gadis di hadapannya. Ingin sahaja tubuh genit itu didakap, dibelai bagi menghilangkan rindunya. Namun, Ean sedar...!

'Ean takkan tinggalkan Lis lagi. Takkan Ean lepaskan Lis jauh dari Ean! Itu janji Ean! Ean janji, sayang!'

Ean masih tercegat di hadapan Eisya dan menimbulkan pelbagai persoalan kepada semua yang memandang. Kamera yang dihalakan ke arah merpati sejoli ini, terpapar di skrin besar di pentas utama. Semua mata tertumpu ke skrin besar. Baik Ean, mahupun Eisya, mereka tidak menyedari momen ini dirakam dan ditayangkan di skrin besar.

"Ean!" Tiada sahutan.

"Ean Eskandar! Ya Allah! Tak elok tenung anak dara orang lama-lama!" Tuan Haji mula menegur apabila melihat Eisya mula rasa kekok dengan renungan Ean.

"Dah berkenan ke? Nanti ayah pinangkan.. Eisyapun masih single lagi ni!" Usik Tuan Haji. Ean mula menunduk sambil mengusap-usap tengkuknya.

'Emmpphh, lain macam je dua orang ni!' Diaorang kenal satu sama lain ke?' Getus hati Eqmal.

'Takkan Eisya kekasih hati yang Ean tinggalkan dulu?' Berbagai persoalan bermain difikiran Eqmal.

'Aku kena korek rahsia dari Ean. Kalau betul Eisya orang sama yang Ean tinggalkan dulu, itu bermakna Eisya adalah Lis! Takpe...takpe... nanti aku cuba korek rahsia dari Ean!'

'Aduh...Macamana aku nak masuk ofis esok ni?' Macamana aku nak ngadap 3 minah kepoh esok ni!' Keluh hati Eisya. Malu satu hal... nak menjawab soalan-soalan wartawan tak berbayar nipun satu hal jugak! Aduh, malu sangat kisah mereka terpampang di skrin besar.

"Mal, jom!" Ean menyentuh lembut bahu adiknya. Terkejut Eqmal seraya menoleh pandangannya ke arah Ean sambil dahinya masih lagi berkerut.

"Ean, kau ok ke?" Sorrylah, Eqmal memang panggil Ean dengan panggilan nama. Alasan Eqmal sebab diaorang sama tinggi dan Ean hanya tua dua tahun darinya. Oh ya! Ean dan Eqmal mempunyai seorang kakak, Eliana Emelda yang kini menetap di Pulau Pinang. Eliana ditugaskan menjaga cawangan di sana. Sudah berkahwin dan mempunyai sepasang kembar yang kini berumur 3 tahun.

"Ok.. aku ok je! Kenapa?"

"Ean... kau kenal Eisya ke?"
Ean sekadar tersenyum lantas berlalu pergi meninggalkan Eqmal terkontang-kanting sendirian.

"Ish dia ni. Orang tanya, dia boleh senyum pulak! Takpe, nanti kau!"

double chapter updated.... Hanya Ean yg panggil Eisya dengan panggilan Lis... Masihkah Ada ruang buat Ean memiliki hati Eisya... enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience