BAB 18 - QALISHA QADEEJA

Romance Completed 41993

Seperti kebiasaan, Eisya akan menghabiskan masanya di pusat latihan kick boxing. Jadual tugasan telah diaturkan oleh Zachary. Hari ini Eisya ditugasnya untuk melatih beberapa orang pelatih perempuan. Ada yang baru nak berjinak-jinak dengan kick boxing dan ada yang sudah agak handal tetapi masih menghadirkan diri untuk memantapkan lagi diri mereka dengan kick boxing.

Begitu juga dengan Eisya... Walaupun sudah mahir, namun Eisya gemar menghabiskan masanya di sini lantaran dapat menghilangkan kesedihan dan keresahan hatinya ketika Ean tiada di sisinya selepas ditinggalkan Ean 3 tahun lalu. Eisya juga dapat memberi tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih baru.

Walaupun Eisya salah seorang tenaga pengajar di pusat itu, Eisya masih diberi kebenaran untuk berlatih bersama tenaga pengajar yang lain... Dan tentunya Zachary salah seorang darinya... Segala yang diajar Zachary, Eisya praktikkan sebaik mungkin.

Masih ingat dengan Tengku Raykal yang kalah ditangan Eisya ketika pertarungan sebelum ini? Mahunya tak ingat... Akibat provoke yang keterlaluan, Raykal dibelasah sehingga separuh sedar oleh Eisya. So, don't judge the book by its cover, kay!

Dalam ramai-ramai pelatih yang Eisya ajar, ada seorang pelatih perempuan yang menarik minat Eisya. Qalisha Qadeeja, nama yang cukup cantik, secantik tuannya. Gadis comel berperwatakkan ceria, menyimpan satu rahsia kesakitan yang amat dalam disebalik senyumannya.

Penuh semangat yang kental, azam dan kecekalan yang kuat untuk mempelajari kick boxing dari Eisya. Qalisha Qadeeja juga sepertinya, mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando. Cuma Eisya tali pinggang dalam karate. Tak jauh beza, kan?

Eisya seolah-olah melihat dirinya dalam diri gadis comel itu. Eisya amat berharap dapat mengenalinya dengan lebih dekat.

Alhamdulillah, dapat update double chapter.... enjoy reading... maaf atas kekurangan... in shaa Allah, saya akan update chapter baru ptg atau malam ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience