Sesaat Zachary membunyikan loceng, sederas itu Raykal menghalakan penumbuknya ke arah Eisya. Namun Eisya tidak alpa. Sepantas kilat Eisya mengelak. Dengan ketangkasan yang Eisya miliki, tendangan kaki kirinya mengenai paha Raykal. Tertunduk Raykal menahan kesakitan akibat tendangan dari Eisya.
Merah wajah Raykal menahan kesakitan... Peluh mula terbit di dahinya...
'Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh kalah!'
Raykal bangkit dan cuba menyerang Eisya dengan tendangan kaki kanannya... Eisya yang memang bersedia dengan kekudanya, berjaya mengelak...
'Buk! Buk! Dua kali tumbukan mengenai wajah hemsem Raykal. Berpinar sekejap mata Raykal. Raykal bangkit dan sekali lagi cuba menendang Eisya. Belum sempat tendangan Raykal mengenai badan Eisya, kaki Eisya terlebih dahulu menendang kepala Raykal. Sekali lagi Raykal terduduk.
Tiada lagi sorakan dan laungan nama Raykal di gelanggang. Masing-masing tergamam melihat ketangkasan dan aksi lincah Eisya. Mereka yang tadinya bersorak riang kini sekadar melopong dan tidak bersuara... Suasana sunyi seketika... Hanya kedengaran erangan menahan kesakitan dari Raykal di tengah gelanggang.
Raykal masih tidak mahu mengalah walaupun sudah cedera akibat tumbukan dan tendangan padu Eisya. Eisya menghulurkan tangannya cuba membantu Raykal untuk bangun. Raykal memandang sinis ke arah Eisya.
Tangan Eisya dicapai lalu dikilas ke belakang. Macam yang penulis katakan tadi, Eisya bukan sebarangan perempuan tau! Dengan pantas, Eisya mencengkam pergelangan tangan Raykal dan sepantas kilat kaki Eisya naik menendang kepala Raykal.
'Gedebuk!' Raykal tumbang. Sekali lagi gelanggang yang tadinya gamat dengan sorakan, kembali sunyi seperti dilanda garuda. Tubuh Raykal tidak bergerak. Zachary yang dari tadi sekadar memandang, meluru ke arah Raykal yang terbaring. Bantuan cuba diberikan, bimbang jika berlaku kecederaan serius pada Raykal.
Raykal tidak mampu bergerak akibat tendangan maut Eisya. Hampir 3 minit, Raykal membuka matanya.
"Alhamdulillah! Kau dah sedar." Zachary mengurut dada Raykal. Eisya disebelah Zachary dipandang.
"Maafkan aku Eisya!" Raykal dengan suara yang agak perlahan. Namun dapat didengari Eisya. Zachary membantu Raykal duduk.
"Sorry ya Raykal! Sorry sangat! Eisya tak sengaja." Eisya menghulurkan tangan tanda berdamai berserta dengan senyuman manis pada Raykal. Hilang kesakitan yang Raykal rasai saat melihat senyuman manis Eisya.
"Eisya, kau memang hebat! Aku akan tunaikan janji aku. Aku takkan ganggu kau dan Zack lagi! Cuma, jangan halang aku dari mengingati kau Eisya!" Oh meltingnya... Tapi maaf ya. Hati Eisya hanya untuk Ean Eskandar.
Ok 2 bab updated. In shaa allah, siang esok ada update bab baru. Jemput baca dan komen... Komen anda membantu kami penulis untuk terus improve our skills as a novelist... enjoy reading
Share this novel