"Lis, maafkan kami. Kami memang tak tahu apa yang berlaku."
"Takpelah Rizqi, Haizi. Terima kasih. Lis minta maaf sebabkan susahkan korang. Assalammualaikum." Lis melangkah lemah.
Lis tersedar saat azan subuh berkumandang. Lis bertekad untuk melepaskan segala kenangannya bersama Ean. Lis tak mahu lagi bersedih. Lis perlu teruskan hidupnya tanpa Ean disisi. Itu tekadnya.
Lis berjanji akan bangkit dari kesedihan dan cuba melupakan Ean. Itu janji dan tekad Lis. Janji yang pernah Lis lafazkan dulu selepas pemergian Ean Eskandar. Namun, selagi bernama manusia, mampukah kita menghalang takdirnya? Mampukah kita melenyapkan segala kenangan indah bersama orang yang kita sayang? Mampukah kita menghilangkan rasa rindu pada mereka yang masih kita cintai?
Namun yang pasti, jangan terlalu taksub pada manusia... Cinta pada manusia, takkan kekal selamanya... Cinta pada Yang Esa, abadi selama-lamanya.
Lis masih berteleku di sejadah, seusai solat subuh. Lis berdoa agar diberi kekuatan meneruskan hidupnya. Kerinduan yang tidak tertahan pada kedua ibu bapanya, kerinduan pada Ean Eskandar, kekasih hati yang masih disayangi sehingga ke saat ini. Hanya gambar dan kenangan bersama Ean menjadi pengubat rindunya.
'Ya Allah, Ya Tuhanku! Bantu aku, Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan melawan perasaan ini! Berikanlah aku hidayah untuk terus mengharungi cabaran hidup yang berliku ini! Aamiin!'
Lis tidak mampu terus mengelamun, melayan perasaan, lantas Al-Quran dicapai. Digagahkan dirinya untuk membiasakan diri membaca Al-Quran selepas solat. Lis tidak mahu lalai, leka melayan perasaan sedihnya.
Cinta pada manusia, tidak kekal... Hanya cinta pada Yang Esa kekal selama-lamanya. Rindu yang tidak berkesudahan... Sis rindu keluarga sis di Klang... Dah setahun tak jumpa akibat pandemik. Moga kita semua dilindungi dari wabak ini... Aamiin... Enjoy reading
Share this novel