BAB 46 - RINDU

Romance Completed 41993

Hari-hari Eisya dan Ean dipenuhi dengan kegembiraan dan gelak ketawa. Dalam masa yang sama, mereka masih perlu berhati-hati, terutamanya Eisya. Bimbang Eisya akan diganggu lagi. Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan berkaitan isu gambar Eisya dan Choa. Seolah-olah si pelaku, cuba menghentikan 'kerja-kerjanya' sebelum dapat dihidu oleh pihak atasan.

Kebahagiaan jelas terserlah di raut wajah Eisya dan Ean. Namun, masing-masing berpakat untuk merahsiakannya dan berlagak biasa. Hubungan mereka perlu disorokkan dari pengetahuan umum. Dan dalam masa yang sama, tak mahu menarik minat si pelaku yang kebarangkaliannya besarnya berada berdekatan dengan mereka.

Selagi belum ada kata putus dari kedua-dua belah pihak, baik Eisya mahupun Ean, kedua-duanya mahukan suspek kes 'sex harassment' itu ditangkap.

"Sayang...!"

"Emm..."

"Kenapa ni...? Something bother you?" Soal Ean melihat wajah Eisya yang agak muram.

"You look distracted!" Ean nampak keresahan pada wajah Eisya ketika menghabiskan masa berdua di Genting Highlands. By the way... Eisya dan Ean menetap di Kuala Lumpur, jadi perjalanan dari KL ke Genting tak mengambil masa yang lama... Balik hari...je!

"Takde apa-apa... Lis ok." Eisya membiarkan tangan kekar Ean memeluk pinggang rampingnya. Pelukan dieratkan. Kehangatan tubuh Ean sedikit sebanyak menghilangkan kedinginan yang mencengkam tubuh Eisya.

"Lis fikir pasal gambar-gambar tu, ke?" Tiada anggukan ataupun jawapan dari Eisya.

"In shaa Allah, everything will be ok. Kan Ean dah cakap... I will protect u...! Ean janji, kan nak jaga Lis!"

"Takmu risau sangat. Kita dah janji nak happy-happy, kan...?"

"Ean tak suka tengok muka macam ni... Asyik berkerut.. Macam asam kecut...!" Ean cuba menghiburkan Eisya. Tak mahu melihat wajah cemberut buah hatinya.

"Hah...Asam kecut...! Ean cakap muka Lis macam asam kecut! Siap Ean...Siap!... Lis dapat, Lis cubit-cubit Ean!" Berlakulah aksi kejar-mengejar antara dua kekasih hati ini. Kebahagiaan yang didambakan...
***********************************

Sudah 4 hari Ean dan Eqmal berada di Terengganu dan selama itu jugaklah mereka hanya melepaskan rindu melalui telefon dan 'video call'. Namun tetap tak sama dengan bertemu empat mata. Sis is setuju... Lain dik! Telefon, kita dengar suara je! Video call, dengar suara nampak orangnya tapi takleh sentuh! Kalau jumpa 4 mata... Semua boleh! Hahaha...

Begitu juga dengan Eisya...Sudah beberapa hari dia agak sibuk dengan tugasnya. Namun yang pasti, Eisya sesibuk manapun, dia sentiasa ditemani oleh teman-temannya, terutama Choa, Elia dan Maya. Mereka sibuk menyiapkan dokumen yang melibatkan kos perangkaan, sebelum tarikh tutup tender.

"Lambat lagi ke, Ean nak balik sini?" Suara manja Eisya kedengaran ketika mereka bervideo call malam sebelumnya.

"Esok last day. Habis je meeting tu nanti, Ean terus balik jumpa Lis, ya...!" Tiada balasan. Eisya terdiam.

"Sayang... jangan macam ni...! Rindu eh?" Ean mengusik.

Mulut Eisya menyenget kiri kanan... Malulah tu nak ngaku rindu...Gedikssss!

"Ok... Esok Ean balik... Kita jumpa ya...?"

"Takpe... Ean jangan rush-rush... Kesian Eqmal.. Dia yang drive, kan? Yang penting, Ean dan Eqmal selamat sampai...Takyah jumpa Lis dulu... Balik, rehat... In shaa Allah, lain hari kita jumpa, ya?"

"Ala... Ni yang sayang lebih ni...!" Menyakat... Merona wajah Eisya...

"Dahlah, Lis nak tidur...esok ada meeting pasal projek baru."

"Yelah... yelah...! Lis tidur dulu... Jangan lupa mimpikan Ean, ya!" Tersenyum simpul Eisya.

"All right... Ean, pun... Tidur mimpikan Lis, ya! Assalammualaikum... Bye!"

"Waalaikumussalam... bye sayang... Sweet dream!"

Lena tidur kedua-duanya malam ini... Selepas melepaskan rindu dendam... Walaupun sekadar video call, cukup untuk melepaskan rindu yang bertandang...

Another chapter updated... letih mulut sis nak senyum... buat scene romantic ni.. aduyaiii... gediksssss.. new chapter updated... enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience