"Eisya! Eisya!" Terkejut Eisya dari lamunan saat terdengar namanya dijerit di luar biliknya.
"Ada bunga untuk kau!" Suara Choa bergema diruang pejabat Eisya.
"Bunga? Untuk Eisya? Biar betul!" Eisya tergamam saat melihat sejambak bunga ros merah dihulurkan padanya.
"Siapa yang bagi? Salah orang tak? Eisya mana pernah terima bunga!"
"Ish budak ni...! Ni tertulis nama Delisha Deandra! Mana orang lain ada nama macam ni kat office ni!" Bebel Choa.
"Hah! Bunga! Eisya dapat bunga! Dari siapa?" Celah Maya yang entah dari mana, terus menerjah masuk bilik Eisya. Ah sudah! Belum cukup korum lagi ni!
"Wah! Eisya, Diam-diam dah ada peminat misteri!" Turn Elia pulak terjah. Hah! Kan dah cakap. Belum sempat sebut nama, dah muncul!
"Eh, mana ada! Eisya pun tak tahu siape yg bagi!"
"Ish, kau ni Eisya...! Cubalah tengok kot-kot ada tulis apa-apa ke kat kad comel tu!"
"Ish, sabarlah sikit Maya. Macam kau pulak yang dapat bunga!" Elia cuba meleraikan kekusutan.
"Emphh, kat sini takde tulis nama pengirim, cuma tertulis....!" Eisya
"Tulis apa?" Belum sempat Eisya nak sebut, Choa dah potong.
"Ya Allah, korang ni... sabarlah! Bagi Eisya habis baca dulu." Elia sekali lagi menyelamatkan suasana.
"I adore u. Miss you a lot!." Eisya menyebut satu persatu perkataan yang tertulis pada kat comel itu.
"Wah, i adore u, miss you a lot. Siapa ni Eisya?" Maya mengulangi baik-bait perkataan yang keluar dari mulut comel Eisya.
Eisya sekadar mengangkat kedua-dua bahunya menandakan yang dia tidak tahu.
"Maksudnya, sekarang ni, Eisya dah ada secret admirer." Elia pula menyambung.
Gamat seketika bilik Eisya dengan keterujaan tiga wanita gediksss... Tepuk dahi Eisya melihat si gediksss yang tak sudah-sudah dengan persoalan berkaitan bunga yang diterimanya.
Yelah, manakan tidak. Selama hampir tiga tahun, Eisya berkerja di syarikat milik Tuan Haji Basheer, sebagai Pengurus Bahagian Kewangan, Eisya tidak pernah Eisya terima apa-apa kiriman...
Eisya tidak pernah membawa sesiapa sebagai peneman, ketika makan malam yang dianjurkan syarikat atau ke majlis-majlis tertentu di mana-manapun. Sudah tentu menjadi tanda tanya pada semua, lagi-lagi tiga wanita gediksss itu.
"Apa yang bising sangat ni! Inikan waktu pejabat!" Tiba-tiba suara garau memecah keheningan di pagi yang indah ini.
"Maaf Tuan Eqmal!" Eisya terus tertunduk memohon maaf. Tuan Eqmal Esmir, selaku COO di syarikat Basheer Property Development dan merupakan anak kedua Tuan Haji Basheer. Tuan Eqmal memang tegas. Muka ketat je, macam berus jamban. Hemsem memang hemsem, tapi mulut macam mulut jamban.
"Kenapa you all berkumpul kat bilik Eisya ni? Takde kerja ke? Curi tulang!" Tuan Eqmal ni, sekali bukak mulut memang macam mulut jamban. Takde nak cover-cover dah. Maklumlah, anak bos.
"Maaf Tuan Eqmal. Kami teruja Eisya dapat bunga!" Choa cuba menjelaskan pada si mulut jamban.
'Eisya dapat bunga? Dari siapa?' Berkerut dahi Eqmal memikirkan bunga yang diterima Eisya. Sekilas Eqmal memandang bunga di atas meja Eisya.
'Ish! Tak boleh jadi ni. Siapa pulak nak potong line aku!' Getus hatinya.
Hah, si mulut jamban ni memang ada hati dengan Eisya, tapi Eisya tak layan. Eisya masih setia menanti seseorang. Dalam ertikata lain, Tuan Eqmal syok sendiri!
Lelaki mana yang tidak sukakan Eisya? Perwatakkannya penuh kelembutan walaupun sesekali nampak tegas. Berkulit cerah, berlesung pipit, walaupun tidak setinggi model, namun, Eisya punya aura yang cukup kuat untuk memikat sesiapa saja yang memandang.
"Bunga je pun. Ape yang peliknya?" Si mulut jamban masih tak puas hati.
"Memang pelik tuan Eqmal. Selama ni, Eisya mana pernah terima apa-apa. Ni, tiba-tiba dapat jambangan bunga dari secret admirer, tentulah kami teruja!" Maya tidak mahu kalah.
"Sudah! Pergi buat kerja masing-masing! Jangan nak jadi busybody!" Kelam kabut minah gediksss keluar dari bilik Eisya. Eisya memandang wajah cemberut Eqmal. Eleh! Jealouslah tu!
See, betul tak apa yang sis cakap. Mulut dia memang mulut jamban.
"Ok, memandangkan saya dah ada kat sini, saya nak inform sesuatu. Semua orang dah dapat memo berkaitan makan malam yang akan diadakan next Saturday. Pastikan hadir sebab Tuan Haji akan memperkenalkan CEO baru nanti!"
"Hah, CEO! Habis tu Tuan Eqmal bukan CEO ke?" Elia menanyakan soalan bodoh pada Maya sejurus si mulut jamban beredar.
"Ish kau ni! Tuan Eqmal, COO - Chief Operation Officer. Tapi ni CEO - Chief Executive Officer! Faham!" Jelas Choa meleraikan kekusutan dikepala Elia seraya Elia menganggukkan kepalanya.
Ok petang ni update satu chapter.. in shaa allah, mlm ni satu lagi chapter. Terima kasih sudi baca dan komen.. ok si mulut jamban, Tuan Eqmal Esmir, mmg sukakan Eisya.. tapi Eisyakan setia menanti sang kekasih.. lagipun cinta tak boleh dipaksa. Eisya percaya, nalurinya kuat mengatakan Ean akan pulang ke pangkuannya.. Enjoy reading!
Share this novel