Ean percaya, Eisya masih menantikan kehadirannya. Eisya masih cintakan dia. Hati Ean kuat mengatakan Eisya masih setia dengan cintanya.
"Tapi, Ean... Aku peliklah... Kalau betul kau sayangkan dia... Kenapa kau tinggalkan dia? Kalau kau sambung belajarpun, takde isu! Korang masih boleh berhubung... sekarang zaman teknologi...!"
"Sebab Ean sakit!" Semua terkejut mendengar suara seorang wanita yang tiba-tiba bersuara. Masing-masing menoleh ke arah suara wanita itu.
"Ibu!" Ibu, panggilan yang digunakan oleh Ean adik beradik. Puan Batrisyia, adik kepada Tuan Haji Basheer. Ibu menetap bersama-sama mereka setelah kehilangan suami dan anak-anaknya dalam satu kemalangan ngeri. Ibu hampir dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa akibat tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku. Mujur, Tuan Haji mengizinkan adiknya duduk dengan mereka.
Apatah lagi, saat mereka kehilangan kasih sayang seorang ibu kandung. Ibu kandung mereka meninggal dunia 12 tahun lalu akibat kanser payu dara.
"Sakit! Apa yang Ibu cakap ni? Sakit! Ean sakit?"
"Ya, Mal! Ean sakit! Ean perlukan rawatan!"
"Sakit! Rawatan! Rawatan ape ni... Mal tak fahamlah! Ean sakit apa, Ibu?"
"Aku sakit jantung, Mal! Jantung aku tak berfungsi dengan baik! Aku perlukan rawatan, jika tidak tidak disegerakan, aku tak mampu hidup lagi!"
Tergamam, terdiam... Ayah, Ibu Sya, Eqmal dan Ean sendiri terdiam... sunyi sepi...
"Sampai hati kau, Ean! Sampai hati kau tak nak bagitahu aku, kau sakit! Aku bukan adik kau ke? Ayah, Ibu... Mal bukan anak dalam keluarga ni ke?"
"Mal, ayah yang tak izinkan Ean dan Ibu beritahu Mal mengenai Ean. Ayah takut akan mengganggu konsentrasi pembelajaran Mal.. Lagipun waktu tu, Mal tengah exam!"
"Tapi, Mal berhak tahu,kan? Kak Eliana? Dia tahu ke?"
"Hanya Mal sorang je yang tak tahu mengenainya!" Panjang keluh Eqmal.
"Sampai hati buat Mal macam ni... Ean kan abang Mal! Kenapa sembunyikan hal ini dari Mal?" Sedih benar hati Eqmal dengan keluarganya kerana menyembunyikan penyakit Ean dari pengetahuannya.
"Dalam hal ini, ayah yang bersalah... Ayah yang paksa Ean belajar di Queensland. Ayah ada seorang kawan di sana, pakar jantung. So, ayah minta Ean ke sana untuk mendapatkan rawatan khusus dan sekaligus dapat sambung pelajarannya!"
"Tapi, kenapa Eisya tak diberitahu?"
"Aku yang taknak Eisya tahu... Aku tak mahu Eisya letakkan harapan tinggi pada aku yang hakikatnya, aku tidak pasti dapat terus hidup atau ...!" Mengalir jua air mata yang ditahan-tahan sejak tadi. Sedih sangat dirasai dengan apa yang telah mereka alami... Sakit menahan rindu pada Eisya tidak mampu mengatasi sakit jantung yang dia alaminya.
"Kau tak boleh macam tu Ean!"
"Aku takut umur aku tak panjang, Mal!"
Kebenaran telah terbongkar... Eqmal dah dengar sendiri penjelasan dari ayah, Ean dan Ibu Sya.. mampukah rancangan mereka terlaksana.. Double chapter malam ni.. Enjoy reading..
Share this novel