"Semuanya sebab, Tina! Tentu awak ingat lagi dengan Tina, kan!" Terkejut Eisya saat Eqmal menyebut nama Tina. Sudah lama Eisya tidak mendengar nama Tina. Entah apa yang berlaku pada Tina selepas dia diberhentikan dari kolej, dulu.
"Tina... Kenapa dengan Tina? Apa kaitan Tina dengan Ean?"
"Sebenarnya, Tina, sepupu Ean dan Eqmal. Arwah atok dan nenda telah membuat wasiat agar Ean dan Tina disatukan, jika mahukan harta peninggalan atok dan nenda menjadi milik dia. Tapi, Ean menolak hasrat mereka. Sebab harta, Tina menjadi taksub untuk memiliki Ean. Macam-macam yang Tina lakukan untuk memiliki Ean!" Terang Tuan Haji.
"Tapi, sebenarnya, Tina hanya mahukan harta dari wasiat tu... Berbagai ugutan dilakukan... Dan awak juga turut terkena tempiasnya... Sebab itu, Ean tinggalkan awak, Eisya... Ean takut awak diapa-apakan, dicederakan. Tina tu psycho. Disebabkan itu Ean sentiasa stress, mengalami kemurungan dan ianya mengganggu serta melemahkan jantungnya!"
Eisya seolah-olah tidak dapat menghadam apa yang berlaku. Tina... Sepupu...
'Ya Allah, apa semua ini...!'
"Kami cuma mahukan yang terbaik buat Ean, Sya! Tolong Eisya... Kesiankan Ean... Saya mohon pada awak Eisya!" Rayu Tuan Haji, memandang Eisya dengan 1000 pengharapan.
"Tapi... Tina?"
"Eisya dah tak perlu risaukan Tina! She's gone! Tina dah meninggal 3 bulan lepas... Accident!"
"Cuma, sekarang, saya mohon pada Eisya... Tolong maafkan Ean... Tolong Eisya... Kesiankan Ean... Saya merayu Eisya...!" Terkejut Eisya dan Eqmal saat melihat Tuan Haji melutut pada Eisya, mohon diberi kemaafan pada Ean.
"Tuan Haji...!"
"Ayah!" Eqmal pantas menarik Tuan Haji yang melutut di hadapan Eisya. Allah, meruntun hati Eqmal.
"Tolong Eisya... Ean terlalu sayangkan awak... Saya hanya mahu melihat Ean kembali seperti dulu...!" Tuan Haji terus merayu. Sebak sangat dada Eisya kini. Seraya itu, air mata yang ditahan dari tadi, mula mengalir deras... Sampai begitu sekali Tuan Haji mohon kemaafannya, demi anak yang dikasihinya...
"Tolong Eisya... Maafkan Ean... Berilah kami peluang kedua, Sya... Ean mangsa keadaan, Sya!"
Eisya melangkah lemah ke arah Ean yang masih terbaring... Air mata masih lagi deras mengalir di pipi mulusnya... Tuan Haji, Doktor Eizlan, Eqmal dan Kak Lina... Masing-masing kelihatan sangat sedih... Masing-masing mengelap air mata yang masih terbit di hujung tubir mata...
Eisya memberanikan dirinya memegang tangan Ean...Dingin... Sejuk dirasakan tangan Ean. Rindu nak pegang, nak mendakap kekasih hati yang amat dirinduinya selama ini. Eisya mengusap lembut kepala Ean, tangan Ean dibawa ke bibirnya... Dikucupnya sekejap...
Rindunya Eisya pada Ean, hanya Tuhan yang tahu.
"Ean... Ean... Lis datang ni... Bangun sayang... ."
Eisya mengusap wajah tampan Ean.
"Ean...Bangun sayang...! Jangan buat Lis macam ni! Bangun sayang... Maafkan Lis, Ean... Maafkan Lis... Lis tak kuat, Lis...." Tersekat nafasnya dengan esakan tangisannya... Eisya tak mampu meneruskan kata-katanya. Sis lagilah tak kuat... Sebab sis memang cengeng sikit...
Eisya takut...takut kehilangan Ean... Tangisan Eisya masih bergema di dalam bilik Tuan Haji.. Masing-masing yang lain hanya mampu menahan sebak melihat drama air mata...
(Sis masukkan intro sikit lagu Takut - Republik, sebab kena dengan jalan cerita ni... Chorus aje)
Aku takut kehilangan dirimu
Aku takut takut kehilanganmu
Aku takut kehilangan cintamu
Aku takut hidup tanpa dirimu
Aku tak akan bisa
Aku yang bisa gila
Bila kau pergi meninggalkanku
(Sorry ya, sis suka selitkan lagu-lagu yang sedikit sebanyak menjadikan jalan cerita karya sis... menarik - cari tau lagu ni.. best doh!)
Assalammualaikum... dah nak sampai klimaks karya novel sis... so, kali ni slow sikit update.. mungkin sehari satu bab ke.. tengoklah ... mungkin satu hari dua bab je... In shaa allah.. Enjoy reading.
Share this novel