Belum sempat Eisya menghenyakkan punggungnya di kerusi, namanya dilaung... Siapa lagi, kalau bukan si kepochi kat ofis ni!
"Eisya! Eisya! Kau dapat bunga dengan hadiah lagi ni!"
Berkerut dahi Eisya! Bunga! Hadiah!
"Eisya, bertuah hidup kau, Eisya! Seronokkan ada secret admirer ni!"
"Takpe... Mehlah sini... Biar aku baca kad ni! Kang Eisya baca... takde bunyi!" Elia mengusik.
"Miss u Delish Deandra!"
"When I kiss you lips, I feel the rolling thunder to my fingertips, and all the while my head is in a spin deep within, I'm in love!"
"Oh...meltingnya...!"
"Ni sambungan lagu kat kad sebelum ni!"
"Eisya, aku rasa ni mesti dari orang yang samalah!"
"Yelah Sya! Takkan orang lain bagi... rangkap lagu bersambung ni! Satu rangkap dalam setiap kad dan bunga yang dia bagi!"
"Ish... Kecoh betullah kawan-kawan sayang aku ni! Dah, Dah! Pergi buat kerja masing-masing! Lalu dek boss, nanti... Masalah tau! Nak kena potong gaji ke?"
"Terima kasih Cik Choa!" Eisya tersenyum. Nasib baik Choa meleraikan minah-minah kepoh ni! Aduhai... pagi-pagi dah kena serbu! Sibuk betul dorang ni!
'Oppssss.... meeting!'
'Eh, mana lak file account projek DUN, ni?' Eisya kelihatan kelam kabut mencari file yang perlu dibawanya untuk meeting pagi ni.
"Choa, mana file DUN yang Eisya minta semalam ya? Choa ada bagi Eisya ke?" Eisya membelek-belek file dan dokumen di atas mejanya.
"Eh, kan Choa dah serahkan semalam, sebelum balik! Eisya jangan buat hal tau!"
"Masalahnya, Eisya tak jumpa file tu! Please, tolong Eisya carikan file tu! Sat g nak meeting ni! Please...!"
"Ni hah! Bawah jambangan bunga ni! Tulah, leka sangat dapat bunga! Tahulah ramai peminat!"
"Ish... ke situ pulak makcik ni! Terima kasih Choa sayang!"
"Sama-sama, Puan Eisya sayang!"
"Jangan nak mengada ya! Eisya belum kahwin lagi tau...Cik Eisya, ya... bukan Puan!"
"Eleh... Tulah, jual mahal... Ada orang nak pinang, dia tak nak!"
"Apa yang Choa mengarut ni! Mana ada orang nakkan Eisya! Takde oranglah yang pinang Sya!"
"Kalau macam tu, saya masih ada berpeluangkan untuk pinang Lis?" Tergamam dan terkejut Eisya dan Choa apabila mendengar suara garau milik seorang lelaki, serentak mereka menoleh.
"Eh, Tuan Ean Eskandar!" Eisya dan Choa membalas teguran Tuan Ean. Eisya memandang sekilas Ean yang masih kusyuk memandangnya. Rindu nak menatap wajah tampan kekasih hati.
Staff lain yang mendengar usikan Tuan Ean turut tergamam memandang Ean... Masing-masing melopong mendengar suara Tuan Ean yang mengusik Eisya. Tuan Eqmal yang sememangnya mempunyai rasa curiga sejak awal kemasukan Ean, terus-terusan menyimpan rasa curiga.
"Okay, jom, meeting!" Dengan riak selamba Ean bergerak ke arah bilik mesyuarat. Kebetulan di Jabatan Kewangan, ada sebuah bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 15 - 20 orang dalam satu masa.
Eisya yang masih kaku, menundukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Senyap sunyi Jabatan Kewangan, macam malaikat maut lalu, lak!
"Dah! Dah! Buat kerja masing-masing! Takyah nak melopong lagi! Cepat, meeting nak mula! Saya bagi 5 minit!!" Suara Tuan Eqmal lantang kedengaran menyebabkan keadaan sunyi tadi menjadi kelam kabut... Suara yang menyedarkan mereka kembali ke alam nyata.
Tersenyum nakal Ean memandang ke arah Eisya yang masih menunduk malu.
"Lis, jangan lupa file kewangan!"
"Baik, Tuan!" Eisya memandang ke arah Ean yang masih tersenyum, lantas menganggukkan kepalanya.
Masing-masing bergerak laju menuju ke bilik mesyuarat.
Pinang.. Ean nak pinang Eisya.. it's not easy, ok... banyak yang bakal terjadi.. double chapter updated.. Enjoy reading
Share this novel