"Apa maksud akak...? Kenapa Eisya kena bersabar?"
"Takpelah... Nanti Eisya faham maksud akak... Dah, pergi masuk. Tuan Haji tengah tunggu, tu!"
Terus Eisya mengganggukkan kepalanya.
Pintu diketuk. Salam diberi.
"Alhamdulillah, sampai pun. Masuk Eisya!" Jemput Tuan Haji.
Eisya tersenyum sedikit lantas menutup pintu. Kelihatan Eqmal turut berada di sofa L-shape. Namun, mata Eisya terpandang sekujur badan yang sedang terbaring lesu di sofa panjang. Ean... Ean yang terbaring... Tapi, kenapa dengan Ean?
"Duduk dulu, Eisya. Sekejap ya, kami sedang menunggu seseorang..." Belum habis Tuan Haji berbicara, terdengar ketukan di pintu. Kelihatan seorang lelaki sebaya Tuan Haji muncul di sebalik pintu.
"Alhamdulillah, sampaipun kau! Silakan Doktor!"
"Where is he?"
"His here, Doktor!" Eqmal menunjukkan Ean yang sedang terbaring di sebelahnya. Doktor tersebut terus merapatkan dirinya pada tubuh Ean yang sedang terbaring lesu.
"His blood pressure is high! Jantung lemah! Kita kena bawak Ean pergi hospital, ni!" Makin Eisya pelik... Kenapa dengan Ean?
"Maaf, Tuan Haji, Eqmal...Tuan Doktor! Saya tak faham... Kenapa? Kenapa Tuan Ean? High blood pressure, jantung... Kenapa dengan Ean?"
Masing-masing hanya mampu terdiam. Suasana sunyi seketika.
"Doktor, please, explain to me! What's going on, here? What happen to Ean Eskandar?" Soal Eisya agak keras.
"Ean.. dia menghidap lemah jantung dan ST depression...!" Terang Doktor.
"Eisya, ini Doktor Eizlan! Doktor peribadi keluarga. Dia yang jaga Ean selama ini!"
"Tapi, Ean... Macamana Ean boleh sakit... depression... ST depression... Apa tu? Eisya tak faham!"
"Macamana ya, saya nak explain... Ok..macam ni... Ean menghidapi masalah lemah jantung..., dan dalam masa yang sama mengalami depression dan depression tu menyebabkan gangguan pada penyakit jantung yang dihidapinya...!" Terang Doktor Eizlan...
Nasib baik Doktor terangkan dalam Bahasa Melayu, walaupun tak detail, atleast, sis pun boleh faham... Sikitlah!
"Ean tak boleh stress... Dia akan pengsan jika terlalu stress dan akan mengganggu jantungnya. Jantung Ean masih tak kuat!" Tambah Tuan Haji lagi.
Eisya terdiam... Sedih saat mendengar kebenaran yang Ean sakit. Sebak dada dirasakan... Jadi, selama ini, Ean pergi sebab dia sakit?
"Ean sudahpun menjalani pembedahan kali pertama dan kedua ketika di Australia, dulu...!" Keterangan dari Tuan Haji membuatkan Eisya berpaling padanya.
"Ean tak boleh tertekan... sebab ia akan bawa masalah pada jantungnya...!" Tambah Tuan Haji lagi.
Eisya termenung seketika.
"Tapi, kenapa saya tak tahu semua ini...? Kenapa sembunyikan dari saya?"
"Eisya, 3 tahun lalu... Ean tinggalkan awak sebab dia sakit... Dia takut akan kehilangan awak... Dan, Ean juga takut, awak meletakkan harapan yang tinggi padanya... Dia percaya yang dia takkan hidup lama...!" Eqmal menjawab tenang.
"Ean tak mahu awak terus menunggu dia... Ean takut awak tak dapat menerima kematian dia, Eisya... Dia taknak awak menderita sebab menyayangi orang yang akan mati!"
"Saya salah Eisya... Saya yang pisahkan awak... Saya pisahkan awak dengan Ean...!" Suara Tuan Haji mula kedengaran bergetar... Sebak terasa dadanya saat ini...
Double chapter updated... Rahsia terbongkar.. Ean sakit...lemah jantung ST depression... Depression agak teruk yang mengganggu sistem jantung.. itu apa yang sis google... kalau salah, maaf ya... Enjoy reading
Share this novel