BAB 49 - POWER

Romance Completed 41993

Eisya masih belum berpuas hati! Belum sempat Eisya meluru ke arah Khairul yang terbaring, Ean sudahpun merangkul pinggangnya... Didakapnya erat...

"Sayang... !" Eisya cuba melepaskan diri dari rangkulan Ean. Nak saje Eisya belasah lagi mamat psycho ni!

"Sayang! Lis Sayang...! Please, sayang...! Stop it!" Eisya belum nampak nak berhenti dari membelasah Khairul. Geram... Eisya terlalu geram...!

"Delisha Deandra!" Akibat tersentak mendengar namanya dipanggil, akhirnya Eisya mengalah. Ean cuba meredakan kemarahan Eisya... Tubuh Eisya dipeluk, erat... Belakang Eisya diusap lembut.

"It's ok... It's ok... Dia dah takleh bangun! Sayang, tenang ya... Please!" Eisya tiba-tiba menangis kecil... Ean masih dalam sesi memujuk.

Bersorak dan bertepuk tangan, mereka yang masih setia melihat drama swasta yang tidak berbayar... Seronok agaknya tengok orang kena belasah... Lagi-lagi yang kena belasah tu lelaki, pastu yang membelasah tu perempuan lak tu... Hahaha... ambik kau! Don't play-play!

Eqmal yang dari tadi terdiam kaku dengan mulut melopong, akhirnya bersuara...

"Wah... Tak caya doh! Kakak ipar aku, belasah orang...! Dahsyatlah Eisya...!" Eisya malas nak layan, tapi, malu sebenarnya orang tengok dia mengamuk... Belasah orang... Lelaki pulak tu!

Hahaha... Cayalah Eisya! Itulah gunanya ilmu mempertahankan diri... Sekurang-kurangnya, dapat kita gunakan untuk selamatkan diri sendiri... Pun, macam sis... Hihihi!

Pihak polis telah memberkas Khairul yang masih tak larat nak bangun... Tangan Khairul digari... Teruk jugak Khairul kena belasah... Lunyai Eisya kerjakan...

"Tuan Ean, Tuan Eqmal... Saya perlu ke balai bawa suspek...!"

"Baik, Tuan Inspektor!"

"Cik Eisya, tahniah sebab bantu kami menangkap suspek... Emm... Saya minta baik Tuan Ean, Tuan Eqmal, sila ke balai polis bersama-sama Cik Eisya untuk diambil keterangan, ya!"

"In shaa Allah, Tuan Inspektor! Terima kasih Tuan!"

"Apapun, saya cukup kagum dengan Cik Eisya... Bukan calang-calang Cik Eisya ni... ini gaya kick boxing... Cik Eisya belajar kick boxing ke?" Tuan Inspektor cuba mengorek rahsia... Eisya memandang Ean kemudian Eqmal...

Eisya menganggukkan kepalanya...

"Kick boxing... Bukan Lis ada tali pinggang hitam karate ke?"

"Memang ada. Tapi, lepas Ean tinggalkan Lis dulu, Lis belajar kick boxing... !" Terang Eisya sambil menundukkan kepalanya... Malu siot!

"Emm... Patutlah power...! Karate campur kick boxing...! No wonderlah lunyai mamat tu... !" Sambil memandang ke arah Khairul yang sedang menahan kesakitan.

"Baiklah... Terima kasih sekali lagi Cik Eisya, Tuan Ean, Tuan Eqmal! Nanti datang balai untuk diambil keterangan, ya! Saya gerak dulu!
Assalammualaikum!"

"Waalaikumussalam..." Jawab mereka serentak...

"Ok... Ok... Yang lain, tolong bersurai ya... Tak payah jadi nak jadi wartawan tak bergaji kat sini...! Dismiss!" Eqmal cuba meleraikan penonton-penonton yang dari tadi masih tak berganjak. Ya, Allah! Degilnya dorang ni!

"Wow... I'm impressed! Kagum giler...! Lepas ni kau jangan buat hal, bang Ean... Mal taknak tolong kau kalau kau kena belasah dengan Eisya...!" Gurau Eqmal... Lagilah Eisya malu... Eqmal kalau tak menyakat, bukan Eqmal namanya...

"Sayang... Kita pergi klinik, ya? Ean takut ada kecederaan dalaman kat mana-mana, ni!"

"Yelah Eisya... ! Kita check apa yang patut, ya! Esok, takyah datang kerja... Rehat... Confirm dapat MC kalau kita pergi klinik ni..."

"Saya akan inform kat Tuan Haji berkenaan hal ini. Esok, saya inform Choa sekali... Awak rehat dulu sampai betul-betul ok, ya?" Eisya hanya mampu menganggukkan kepalanya. Baru sekarang, terasa sakit-sakit kat badannya.

"Mal, kita kena pergi balai dulu... Keterangan Eisya diperlukan...!"

"Ok... kalau camtu kita pergi klinik dulu... Then baru ke balai polis, ya! Eisya ok, ke?"

"In shaa Allah, Eisya ok!"

Ean masih lagi memeluk Eisya... Kasut tinggi Eisya terlebih dahulu dicapainya... Tapi Ean tidak membenarkan Eisya memakainya... Terpelecok lak kang! Tengah sakit tu... Tak balance... Sayang punya pasal... Peluk pinggang jelah... Tangan Eisya, Ean papah... Itupun Eisya masih malu, sebab ada Eqmal... Sebab sakit sangat... Eisya malas nak fikir banyak... Tapi, hilang sikit sakit ni, sebab Ean dah peluk... Hihihi... Gatal doh!

Geram Eisya... padan Muka Kahirul... you deserve this.. enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience