BAB 20 - BELASAH

Romance Completed 41993

Eisya memberhentikan kereta Honda Citynya di hadapan pagar rumah Qisha. Saat Qisha keluar dari kereta, beg Qisha diragut oleh dua orang pemuda, namun Qisha tidak melepasnya. Melihat keadaan Qisha yang sedang mempertahankan beg di tangannya dari ditarik peragut, Eisya lantas keluar dari keretanya. Eisya dengan cepat menarik belakang peragut itu lalu menolak mereka ke tepi sebelum menarik kunci motor.

Dua lawan dua.. dua wanita melawan dua lelaki ... Belum sempat peragut tu menumbuk Eisya, Eisya terlebih dahulu melepaskan dua tumbukan ke muka peragut tersebut sebelum tendangan padu diberikan Eisya. Begitu juga Qisha, belum sempat peragut jahanam itu menendangnya, Qisha terlebih dahulu menyepak kaki dan badan peragut tersebut dan ... Gedebuk! Kedua-duanya terjatuh ke belakang. Not bad huh!

Family Qisha yang terdengar bunyi bising di hadapan rumah, segera keluar. Lagi-lagi Along dan Angah yang tergamam melihat dua perempuan genit membelasah dua orang lelaki. Begitu jugak Ibu. Masing-masing terkejut! Mahunya tak terkejut... Perempuan tu, adik mereka! Lunyai dibuatnya... Nasib kaulah peragut... Cari pasal dengan salah orang! Kena belasah dengan orang cantik... cantik sangat!

"Ish Along Angah ni, cepatlah tolong! Bolehlak melopong kat situ!"

"Hah! Ya... ya...!"

"Kenapa ni adik?" Ibu yang dari tadi terdiam, kini mula bersuara.

"Ni hah penyamun ni! Dorang nak ragut beg adik! Kerja taknak! Nak jadi penyamun pulak! Silap oranglah korang nak rompak!"

"Sudahlah tu! Angah, call polis! Sementara polis sampai, ikat mangkuk dua ekor ni!" Arah Along.

Polis tiba dalam 10 minit kemudian dan membawa peragut-peragut tu ke balai polis berdekatan.

"Adik, ajak kawan tu masuk!"

"Baik Ibu! Ni Kak Eisya, jurulatih yang ajar Qisha kick boxing!" Eisya menghulurkan tangan menyalami Ibu Qisha. Tetiba perasaan rindu pada ibu bapanya menjelma.

"Jemput masuk Qisha!"

"Empphh, takpelah makcik. Dah lewat malam ni. Eisya rasa Eisya perlu gerak sekarang. Lagipun, esok Eisya kerja."

"Tak nak singgah dulu Kak Eisya? Kak Eisya tentu penat, kan? Lagipun tangan Kak Eisya tu..!" Seraya menjuihkan bibir menunjukkan kekura tangan Eisya yang merah selepas menumbuk peragut tadi.

"Ye Eisya! Makcik tuamkan tangan tu dulu, ya?"

"Terima kasih banyak makcik... Eisya hargai. Sikit je ni... Tapi, maaf sangat. Eisya perlu pulang. In shaa Allah, ada kelapangan nanti, Eisya singgah ya...!"

"Baiklah, kalau macam tu. Terima kasih sebab hantar Qisha balik. Selamatkan Qisha tadi!"

"Takde apelah makcik! Qishapun selamatkan Eisya jugak tadi! Eisya pulang dulu, ya! Assalammualaikum!"

"Waalaikumussalam... Terima kasih Kak Eisya... Nanti dah sampai wassup Qisha, ya!" Qisha memeluk bahu ibunya dan mengajak ibu masuk kedalam rumah.

"Sudah tu! Haishh! Anak-anak bujang Ibu! Tengok anak dara orang, tak berkelip mata! Masuk! Dah malam ni!"

Tersipu-sipu kedua-duanya... Padan muka! Kantoi dengan Ibu!"

'Eisya, cantik namanya, secantik orangnya!'

Ok 2 chapter... nak tahu apa terjadi seterusnya... teruskan menanti chapter baru dari sis ya.. in shaa allah, setakat ini daily updated... Enjoy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience