Eisya meneruskan tugasnya seperti biasa... Namun, hatinya tetap risau dan bimbang. Bimbang jika gambar-gambarnya akan diedarkan... Ditampal atau apa saja yang bakal menjatuhkan reputasinya sebagai pekerja cemerlang.
Eisya masih lagi dengan perasaan marah, sedih, bercampur-baur, pilu, semua ada! Puas Choa memujuk... Yelah, Choa juga menjadi mangsa eksploitasi. Choa bimbang melihat bosnya yang berubah menjadi pendiam. Tiada lagi senyum manis yang terukir di bibirnya. Tiada lagi gelak tawa, gurau senda.
Tok! Tok! Terdengar bunyi ketukan di pintu bilik. Tiada sahutan.
Tanpa dijemput, Tuan Eqmal dan Tuan Ean menolak daun pintu dan terlihat Eisya sedang melekapkan dahi ke meja...
"Eisya...!"
Eisya mendongakkan kepalanya saat terdengar namanya dipanggil. Terkejut Eisya melihat Ean dan Eqmal berdiri di hadapannya.
"Eisya, are you ok?" Eqmal memulakan bicaranya.
"Saya ok...Terima kasih!" Masih dengan sedihnya.
Eqmal mencuit bahu Ean... Tiada gerakan. Ean masih lagi memandang wajah sayu Eisya. Hatinya cukup tersentuh melihat keadaan Eisya.
Eqmal sekali lagi menyiku lengan Ean.
"Aduh!... Apa kau ni?" Perlahan aje suara Ean.
"Pergilah pujuk!" Arah Eqmal, siap dengan muncungnya ke depan.
Ean mengeluh kecil. Ean bergerak merapati Eisya sambil melutut ke arah buah hatinya.
"Lis!" Tegur Ean lembut. Eisya tergamam.
"Lis, izinkan Ean jaga Lis! Ean tak mahu Lis diapa-apakan."
Ean menarik lembut jari-jemari Lis lalu memegangnya, lembut. Namun, dengan pantas, Eisya menarik tangannya semula.
"Tolonglah Lis, jangan macam ni. Bagilah Ean jaga Lis! Sekurang-kurangnya, sehingga si pelaku itu ditangkap!"
"Ean minta maaf dah lukakan hati Lis, tapi Ean mohon sangat... Izinkan Ean jaga Lis sampai semuanya selesai... Please Lis!" Ean masih merayu. Tiada balasan dari Eisya.
'Kerasnya hati kau, Lis!'
'Apa lagi yang perlu aku lakukan, Ya Allah!'
"Lis, tolonglah maafkan Ean... Ean mengaku Ean salah... Ean tinggalkan Lis sorang-sorang! Ean... Ean minta maaf sangat... Please Lis! Jangan senyap macam ni!"
Melihat Eisya yang masih terdiam membisu, tiada apa lagi yang boleh Ean lakukan. Ean terus melangkah keluar dari bilik Eisya.
'Mal, Eisya tak dapat maafkan aku!'
#She's gone - Steelheart
(Lagu intro saat Ean berlalu pergi)
'She's gone
Out of my life
I was wrong, I'm to blame
I was so untrue
I can't live without her love
In my life
There's just an empty space
All my dreams are lost
I'm waiting away
Forgive me...
Girl...
Lady, won't u save me
My heart belongs to you
Lady, can u forgive me
For all i've done for you
Lady... Oh Lady....
(Ni lagu favourite sis... kena lak dengan jalan cerita ni... Sis kalau nyanyi lagu ni... hampir hilang suara...Hahaha)
Sesi pujuk-memujuk Eisya...namun, kekecewaan milik Ean...sabar ya Ean... bukan mudah nak memujuk hati yang sedang berduka ni... Kalau berani, try nyanyi lagu She's gone dari kumpulan Steelheart.. cari dalam YouTube ke Spotify... pastu, nyanyi tau... best giler!!! Enjoy reading
Share this novel