"Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Saya percaya ada yang telah mengenali saya sebelum ini." Seraya mata hazel Ean memandang ke arah Eisya.
"Terima kasih kerana masih setia dan mengalu-alukan kedatangan saya. Harap kita dapat bekerjasama demi menaikkan nama syarikat." Berkerut dahi Tuan Haji Basheer dan Eqmal... Belum lagi kedengaran suara-suara sumbang di dalam ballroom. Mata Ean masih tidak lepas memandang ke arah Eisya. Eisya cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Kenapa Tuan Ean cakap macam tu?"
"Siapa yang setia?"
"Lain macam je ucapan Tuan Ean ni?"
Macam-macam persoalan yang didengari Eisya. Banyak betul suara sumbang dalam ballroom ni.
Kerutan di dahi Tuan Haji dan Tuan Eqmal masih sama. Apalah yang Ean merepek ni?
'Apa yang kau mahukan Ean?'
'Apa yang cuba kau katakan?'
Eisya mengeluh perlahan. Eisya memegang dadanya. Ean dan Eqmal, adik-beradik. Anak Tuan Haji?
"Eh, nanti! Maksudnya Tuan Ean abang kepada Tuan Eqmal?"
"Wah, tak sangka diaorang tu adik-beradik?"
Choa beria-ia membuat kesimpulannya sendiri.
Haishlah sorang ni!
"Eisya! Eisya! Bangunlah! Tengok siapa kat depan. Sape yang datang!" Lamunan Eisya terhenti saat Choa mencuit bahunya. Perlahan Eisya berpaling dan tegak berdiri. Terkejut memang terkejut.
Rupanya Tuan Haji sedang memperkenalkan Ean pada Board Of Director di meja VIP dan pastinya selepas ini akan ke meja Eisya, memandangkan itu tempat untuk pengurus-pengurus bahagian.
'Ya Allah! Kau berikanlah aku kekuatan!'
'Kuatkanlah aku melawan perasaan ini!'
Desis hati Eisya. Eisya bimbang tidak dapat menahan tangisannya apabila berhadapan dengan Ean. Tangisan kerinduan yang amat mendalam pada kekasih hati yang kini muncul dihadapannya.
Saat Ean sampai di hadapan Eisya, terasa hangat dihujung tubir matanya. Eisya cuba menahannya dari mengalir.
"Hah Ean! Ini Eisya, Pengurus Kewangan kita. Segala hal berkaitan kewangan, kos, gaji semua Eisya pegang, dan ini Choa, pembantu Eisya." Terang Tuan Haji. Eisya sekadar memandang sekilas dan kembali menunduk. Eisya sengaja mengalih pandangannya, bimbang airmatanya mengalir.
Eisya tidak kuat... benar-benar tidak kuat. Eisya tidak percaya dapat bertemu semula dengan Ean. Rindu... memang rindu... ! Sayang... memang sayang...!
Assalammualaikum.. hai guys.. another chapter updated.. moga menepati citarsa semua.. terima kasih baca Dan Komen.. Enjoy reading
Share this novel