BAB 32 - RANCANGAN

Romance Completed 41993

"Tapi, yang pasti kini, Eisya dah ada depan mata. Kau kena cepat Ean! Pujuk Eisya semula... Pikat hati dia!" Eqmal memberi cadangan.

"Kau... kau tak kisah ke Mal? Eisya kembali pada aku?"

"Ean, maafkan aku... Sebab salah faham dengan kau selama ini. Kau jangan bimbang! Aku takkan kacau Eisya. Aku akan protect dia... Dia kan bakal kakak ipar aku!"

"Lagipun, macam aku cakap tadi. Eisya tak layan aku.. Dia tolak aku mentah-mentah!" Terdiam seketika.

"Wait...! Wait...! I get it! Bunga dan hadiah, tu... kaulah yang bagi, kan?" Ean menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

"Tapi, macamana kau boleh tahu Eisya kerja dengan ayah... dekat company kita?"

"Ayah! Ayah yang ambik Eisya bekerja dengan kita sejurus Ean pergi... Ayah nak tebus kesalahan ayah... Ayah melihat sendiri macamana terseksanya Eisya selepas Ean pergi...!"

"Ayah pisahkan mereka dalam keterpaksaan. Ean, Eisya, sama-sama menderita... merana... Ayah ambik Eisya bekerja... Ayah tak pernah ceritakan sedikitpun pasal keluarga kita... Selama Eisya bekerja, tak pernah sekalipun Eisya buat masalah. Eisya memang fokus dengan tugas yang diberi. Ayah beruntung Eisya bekerja dengan ayah!"

"Ayah kesiankan Eisya... Ean tahu yang Eisya tiada ibu bapa?" Ean menganggukkan kepalanya.

"Eisya kehilangan ibu bapanya dan abang kandungnya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Eisya tinggal dengan pakcik makciknya dan Eisya ada seorang abang sepupu. Kalau tak silap, sepupu Eisya tu ada pusat latihan kick boxing.

"Kick boxing! Wah hebat tu!"

"Banyak betul ayah tahu pasal Eisya!"

"Ayah upah penyiasat... Lepas Ean pergi, ayah rasa bersalah. Ayah upah penyiasat untuk siasat semua berkaitan dengan Eisya... Ayah nak tahu sangat pasal buah hati anak bujang ayah ni. Apa yang hebat sangat gadis ini di mata Ean. Dan, ayah akui, Eisya memang wanita hebat!"

"Sekarang, tugas kau bang Ean, cari jalan nak pujuk Eisya semula. Yang aku tahu, Eisya jadi akak ipar aku. Fullstop!"

"Tapi, aku takutlah! Eisya dah tak sayang aku lagi! Dia dah benci aku!" Eqmal yang mendengar kata-kata dari mulut Ean, mengetuk dahinya.

"Kau ni, bang! Belum bertempur dah mengaku kalah! Carilah idea sikit. Kau nak tengok Eisya dengan orang lain ke?" Cepat-cepat Ean menggelengkan kepalanya.

"Hah! Tahu takut! Takpe, nanti kita fikirkan caranya... Esok kita mulakan plan pertama kita!"

"Hah, plan pertama?"

"Yelah! Plan nak memikat Eisya. Ngoklah kau, bang!"

"Thanks Eqmal! Kau adik yang paling baik!" Ean memeluk erat tubuh Eqmal dan Eqmal turut membalas pelukan.

"Ibu suka sangat tengok anak-anak Ibu bahagia, macam ni! Ibu sayang Ean, Eqmal, Eliana!"

"Ean pun sayangkan Ibu!"

"Mal pun" Terima kasih jaga kami adik-beradik dari kecil sampai dah besar macam ni. Terima kasih Ibu! Sayang Ibu!" Mereka berpelukan bahagia.

Tuan Haji Basheer yang sekadar melihat dari tadi, menitiskan air matanya. Air mata bahagia.

'MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI, ANAK BERANAK. MOGA IKATAN KASIH SAYANG ANTARA EAN DAN EISYA MENJADI KENYATAAN'

Ean masih takut.. taku Eisya membenci dirinya... Hailah Ean.. belum bergempur dah mengaku kalah... Double chapter updated.. Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience