Sungguh... Eisya sungguh takut kehilangan Ean... Hampir 3 tahun menanti... Tak semudah itu dia melupakan segala kenangan antara mereka... Melupakan wajah yang selama ini tersimpan rapi dalam hatinya... Apatah lagi saat ini Ean ada di depan matanya. Tak semudah itu untuk dilepaskan begitu sahaja.
Ingin saja tubuh lemah Ean didakap bagi menghilangkan kesakitan yang ditanggung Ean. Namun, keadaan tidak mengizinkan. Faham-faham ajelah.
"Ean... Bangun Ean.. Lis datang ni... Please... bangun Sayang!" Lis tidak mampu lagi bersuara, hanya menundukkan kepalanya dengan linangan air mata yang membasahi dada bidang Ean... Terhinjut-hinjut tubuhnya menahan esakan... Sedih... Sebak.... Segalanya bercampur...
Terasa ada gerakan... di jari-jemarinya. Eisya tersentak... Tangannya disentuh... Dengan mata yang masih tertutup, Ean cuba menggapai tangan Eisya... Melihat kepayahan Ean, Eisya mengeratkan genggaman tangannya... Peluh di dahi Ean, dilap dengan tapak tangannya.
"Ean... Ean...!"
"Doktor... Tuan Haji... Eqmal... Ean...Ean!"
Ean perlahan-lahan membuka matanya dan apa pasti, dia tak bermimpi... Eisya dia hadapannya. Eisya tersenyum walaupun air matanya masih menitis saat melihat wajah kesayangannya mula sedar dan membuka mata.
"Alhamdulillah, Ean dah sedar. Syukur: Tapi, Ean masih lemah." Terang Doktor Eizlan seraya memeriksa Ean selepas Ean sedar dari pengsannya.
"Alhamdulillah, Ean....!" Makin meleleh air mata Eisya saat duduk di sisi Ean. Ean memegang tangan Eisya... Digenggamnya... Erat... Ingin sekali didakapnya kekasih hati... Namun... Hihihi... Ayah ada doh! Bukan ayah je, Eqmal, Doktor Eizlan, Kak Lina, dari tadi dok memerhati je kedua-dua merpati itu.
"Lis, terima kasih..." Perlahan suara Ean, namun masih dapat didengari Eisya. Eisya masih tidak berkelip memandang Ean dengan senyuman manisnya.
"Emmpphh, Tuan Haji... Rasanya, Ean dah dapat ubat ni!" Seloroh Doktor Eizlan. Merona wajah Eisya... Terlepas pegangan tangannya... Begitu juga Ean... Macam tak sedar, ada penonton tak berbayar... Masing-masing tergelak sendiri...
"Kita pergi hospital, ya?" Eisya cuba memujuk.
Ean sekadar menggelengkan kepalanya. Matanya masih memandang ke arah Eisya. Eisya mengalihkan pandangannya. Malu siot!
"Are sure, Ean? Atleast kat sana, kita boleh buat pemeriksaan susulan." Doktor Eizlan masih berusaha memujuk Ean. Tahu benar dia dengan perangai Ean yang agak degil. Yelah, sejak Ean dibawah pemerhatian dan jagaannya di Australia, segala tentang Ean, dia tahu.
"No thanks, Doktor. Takpe ayah... Ean, ok. In shaa Allah, ok!"
"Kalau camtu, okaylah... ! Come, Doktor... Kita minum kopi kat cafe..."
"Emm, Eqmal... you too!"
'Ala... ayah ni...!' Rungut Eqmal.
Assalammualaikum... maaf, siang tadi tak dapat update... terdapat sedikit permasalahan teknikal.. ok, malam ni sis update dua chapter... Enjoy reading
Share this novel