"Morning Eisya!" Eqmal menegur ketika Eisya melangkah masuk ke dalam lif. Ean tersedar saat melihat Eisya melangkah masuk ke dalam lif dan memandang ke arahnya. Eisya tidak sedar yang Ean turut berada di dalam lif tersebut, kerana Ean berdiri di belakang Eqmal ketika itu.
"Assalammualaikum, morning Tuan Eqmal!"
"Tuan Eqmal je, wish untuk saya... takde?" Terkejut Eisya saat terdengar suara Ean. Tergamam Eisya.
"Emmpph, Assalammualaikum, morning Tuan Ean Eskandar. Maaf saya tak perasan." Balas Eisya seraya menundukkan kepalanya.
"Waalaikumussalam... !" Serentak kedua-dua beradik ni menjawab.
"Eisya dah sarapan?" Eqmal memulakan perbualan.
"Sudah, kat rumah!" Jawab Eisya ringkas.
Ean dari tadi sekadar memandang gadis idamannya. Dalam diam, dia mengagumi keperibadian Eisya. Eisya kelihatan elegant dengan pakaian kasual ke pejabat. Eisya bijak menggayakan pakaian mengikut keadaan... Dengan make-up yang ringkas, cukup membangkitkan seri di wajahnya.
'Lis, Lis rindukan Ean?'
'Ean rindukan Lis... terlalu rindu!'
'Ean terlalu rindukan Lis... ingin saja Ean pegang tangan Lis... belai wajah cantik Lis!'
'Tapi, mampukah Ean? Dapatkah Lis menerima Ean?'
'Aish, lambat pulak lif ni!' Getus hati Eisya... Benar-benar tak selesa dirasakan.
Ting! Pintu lif terbuka. Selepas menundukkan kepala ke arah kedua-dua bos, Eisya melangkah keluar dengan keluhan kecil. Ean masih leka merenung Eisya sehingga tertutup pintu lif, pandangannya masih tidak beralih.
"Aku curiouslah dengan kau?" Eqmal cuba mengorek rahsia dari Ean.
"Kenapa lak?"
"Lain macam je korang berdua ni! Korang dah kenal ke sebelum ni?"
As usual, Ean hanya akan tersenyum mendengar soalan Eqmal.
"Ishh kau ni! Orang tanya dia... dia senyum pulak! Takpe... !"
Assalammualaikum and hai everybody... Hari ni double chapter.. Maaf ya jika Ada kekurangan. Enjoy reading
Share this novel