BAB 36 - GERAM

Romance Completed 41993

"Apa yang berlaku sebenarnya? Saya tak faham... Kenapa saya dan Choa... Saya...Allahuakhbar!" Keluh Eisya yang masih terkejut dengan apa yang berlaku, lantas keluar dari bilik mesyuarat menuju ke biliknya. Dum! Pintu bilik dihempas. Terkejut satu jabatan!

Choa, Ean dan Eqmal kemudiannya keluar bersama-sama dengan Tuan Herman dan Puan Suria. Choa meluru ke arah bilik Eisya dan cuba memujuknya... Dia sendiripun terkejut... Tak sangka, gambar dia dan Eisya menjadi pilihan orang giler seks... Takut pula bila difikir-fikirkan.

'Ya Allah, jauhkanlah semua benda-benda yang tak baik! Aamiin!'

Belum sempat pintu bilik Eisya ditutup, Ean dan Eqmal sudah merempuh masuk... Melihat kedua-duanya Bos berada di dalam bilik itu, Choa meminta izin keluar.

"Eisya, please! Bawak bertenang... Calm down!" Ean cuba memujuk.

"Kenapa saya... Kenapa saya, Choa yang dia cari? Apa yang dia nak?" Bergetar suara Eisya menahan sedih... Namun, air matanya mengalir deras. Melihat keadaan Eisya, Ean mengepal penumbuk... Ya, marah, memang marah! Marah sangat apabila mengetahui kekasih hatinya diganggu manusia psycho.

Dia akan pastikan si pelaku mendapat balasan yang setimpal! Paling tidak, terkena pukulan tangannya kerana mengganggu kekasih hatinya!
Berani korang kacau kekasih hati Ean Eskandar! Ean akan pastikan keselamatan Eisya terjamin. Ean akan pastikan Eisya tidak akan diapa-apakan. Itu janji Ean.

"Macam nilah Eisya. Saya mohon lepas ni jangan jalan sorang-sorang... Nasuha juga begitu, ya. Ke mana saja you all pergi, pastikan berteman! Walaupun dalam kawasan syarikat!" Eqmal menyuarakan pendapatnya.

"Jangan bercakap dengan sesiapa yang tidak dikenali... Bahaya! Satu lagi, jangan bercakap apa-apa berkaitan kes ni" Tambah Eqmal lagi.

Choa sudah menganggukkan kepalanya. Eisya masih mendiamkan diri dengan tangisan yang semakin memilukan.

"Eisya, bertenang ya! Kami akan lakukan yang sebaik mampu untuk menangkap si pelaku." Ean masih cuba memujuk, namun tiada sahutan dari Eisya.

Masing-masing sudah pening kepala memikirkan siapa pelakunya... Kes ini telahpun sampai ke pengetahuan Tuan Haji Basheer dan Tuan Haji mahukan Jabatan Sumber Manusia bekerjasama dengan pihak polis.

Memang sakitkan kalau jadi mangsa manusia psycho ni... Tak tenteram jiwa... Apalah yang dorang dapat dengan buat macam ni... Double chapter updated... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience