Hampir 2 jam mesyuarat berlangsung dan selama itu jugalah Eisya seperti cacing kepanasan. Tidak senang duduk Eisya dengan kelakuan pelik Ean yang kerap memandang ke arahnya. Serba tak kena dibuatnya. Eisya rasa sangat tak selesa apabila Ean tidak berhenti merenungnya. Apa yang dibincangkan mereka didalam bilik mesyuarat tu, langsung tak dapat masuk dalam kepala Eisya... Memang tak dapat nak concentrate!
'Ya Allah! Cepatlah habis! Cepatlah habis meeting ni!' Doa Eisya dalam hati. Memang tak dapat nak fokus langsung!
"Ok... Setakat ini saja mesyuarat kita hari ini. Terima kasih kerana menghadirkan diri ke mesyuarat pertama bersama CEO kita!" Finally, Tuan Haji Basheer 'berjaya' menamatkan mesyuarat yang penuh penyeksaan buat Eisya.
'Alhamdulillah... Fuh! Leganya!' Lega giler Eisya saat mendengar kata-kata penutup dari Big Bos.
"By the way, semua dijemput ke bilik sebelah ya. Ada jamuan makan tengah hari ni. Jemput semua!" Begitulah bahasa Tuan Haji Basheer. Walaupun beliau seorang bos, Tuan Haji lebih gemar menggunakan bahasa Melayu dalam perbualannya, walaupun dengan kakitangan sendiri. Melainkan dengan orang luar atau dengan client, Tuan Haji akan berbahasa Inggeris.
"Eisya, come! Have a sit!" Jemput Tuan Haji. Dalam keadaan yang malu-malu, Eisya melangkah lemah ke arah kerusi yang ditunjukkan Tuan Haji... Ean dengan tiba-tiba berdiri dan menarik sedikit kerusi ke belakang, memberi ruang kepada Eisya untuk meletakkan punggungnya di kerusi itu.
Malu memang malu... malu saat semua mata memandang ke arahnya dengan 1000 persoalan. Lagi-lagi si Eqmal... berkerut dahi Eqmal. Namun, tidak pada Tuan Basheer yang masih tersenyum melihat drama swasta tidak berbayar itu. Beliau tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Hanya Tuan Haji yang mengetahui cerita di sebalik peristiwa 3 tahun lalu selain Ean, kerana Tuan Haji merupakan saksi utama... Saksi melihat penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Ean Eskandar dan Delisha Deandra. Tuan Haji jugalah yang berusaha mencari Eisya dan mencarikan Eisya pekerjaan. Janjinya pada diri sendiri untuk melihat Ean Eskandar bahagia mengejar cita-cita dan cintanya.
"Makan Eisya. Jangan malu-malu!" Tegur Tuan Haji saat melihat Eisya masih tertunduk malu. Eisya membalas dengan senyuman.
Ean masih cuba berlagak biasa. Sesekali mencuri pandang Eisya di sebelahnya. Eqmal asyik melirik ke arah kedua-dua merpati sejoli di hadapannya. Sesekali dahinya berkerut memandang ke arah Ean yang tenang tanpa reaksi.
Malam ni double update... Jemput baca dan komen... Enjoy reading...
Share this novel