BAB 15 - BUNGA LAGI

Romance Completed 41993

Langkah Eisya terhenti saat melihat tiga orang minah kepoh berdiri di hadapan pintu bilik Eisya... Kali ini hampir semua staff di perempuan ada bersama.

'Haish, apa lagilah dorang ni!'

"Morning Cik Eisya." Tegur salah seorang dari mereka yang perasan akan kehadiran Eisya.

"Assalamualaikum... morning. Kenapa berkumpul ramai-ramai ni?" Pelik Eisya bila semua berkumpul sambil tersenyum memandang ke arah Eisya.

"Ni hah! Bunga untuk Eisya!" Choa menunjukkan jambangan bunga ros merah di atas meja Eisya.
Berkerut dahi Eisya. Bunga... again!

"Untung Eisya. Dapat bunga lagi." Kali ini Maya pula bersuara seakan-akan merajuk.

"Biasalah, orang cantikkan. Mesti ramai peminat!" Tegur suatu suara.

"Eh Eisya! Ada kadlah kat sini! Emmph... Your're my everything...!" Elia membaca sejurus mengambil kad kecil dari jambangan bunga tadi.

"Wah, romantiknya!" Kedengaran satu lagi suara dari kalangan mereka.

Eisya sekadar mendiamkan diri. Malas nak ambil pusing. Melihat Eisya hanya mendiamkan diri, masing-masing kembali ke workstation sendiri. Kelihatan wajah frust masing-masing. Aduyaii...!
Tergelak kecil Eisya melihat mereka semua kembali dengan wajah cemberut. Nak korek rahsialah tu! Masalahnya Eisyapun tak tahu, siapa yang bagi bunga ni!

Ramai betul 'kepochi' dalam ofis ni...Bunga je... pun! Apa nak hairan! Lainlah kalau hantar barang kemas ke... hantar pinangan ke...? Eh...eh... Gatal ya kau Eisya! Tersenyum sendiri Eisya... Giler! Agak-agaknya, kalau Ean tak tinggalkan Eisya dulu, tentu mereka dah berkahwin, kan? Silap haribulan, dah ada baby kot! Ish... jauh anganan kau Eisya!

Eisya perlu bersedia memandangkan pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat berkaitan pengurusan perbelanjaan syarikat dalam masa sejam dari sekarang. Sudah tentu mesyuarat kali ini akan disertai oleh CEO baru, Tuan Ean Eskandar! Haish... Eisya mengeluh sendiri.

Lambat sikit update sikit... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience