BAB 45 - KAHWIN

Romance Completed 41993

Tok! Tok! Tok! Kedengaran ketukan dipintu. Cepat- cepat pelukan dileraikan. Terjengul kepala Eqmal... Dengan senyum mengejek.
"Emmmm... Dah habis sesi pujuk-memujuk?" Eisya menundukkan kepalanya. Malu siot kena perli!

"Bang, confirm ke tak nak pergi hospital? Ke... dah dapat ubat paling mujarab?" Menyakat... Masih nak menyakat. Ean memandang dengan gelengan kepala.

"No, thanks. Aku ok!"

"Ok, kalau camtu...! Takut kau tak ok lagi lepas jumpa buah hati!" Terjengil mata Ean memandang Eqmal yang tak sudah-sudah menyakat.

"Ok... Ok... Ok...! Eisya, tolong ya. Jagakan Ean Eskandar untuk saya!" Eisya yang tadi tertunduk malu, mendongakkan kepalanya memandang Eqmal lantas tersenyum.

"Rasanya dah boleh sambung kerja, kan? Ke... nak terus jumpa tok kadi?" Terkejut Eisya dan Ean... Eqmal dengar ke apa yang Ean cakap tadi? Pintu tu tertutup tadi, kan!

Dah tak boleh tunggu lama dah ni! Kang si Eqmal perli lagi... Tak tahan telinga dengar nak dengar sindiran sinis dari Eqmal. Perit doh!

"Emm, kalau macam tu... Eisya minta diri dulu, ya! Eisya nak masuk ofis... Ean, sure ok?"

"In shaa Allah, Ean ok. Don't worry!"

"So, Eisya turun dulu. Nanti apa-apa, just let me know, ya?"

"Ok...Just take care, ya!"

"Assalammualaikum! Bye!" Eisya melambaikan tangannya sejurus meloloskan diri dari pejabat Tuan Haji.

"Walaikumussalam... Bye!" Eqmal masih melirik ke arah Ean yang tidak berkelip memandang ke arah pintu sejurus Eisya keluar. Macam boleh tembus pandangan matanya.

"Udahlah tu, bang! Eisya dah takde kat situ!"

"Macam ni gayanya, kena cepat kahwin ni! Kau ajak dia kahwin tak, bang? Jangan cakap, tak!"

"Dah, aku dah propose Lis!"

"So, jawapannya?" Eqmal mengangkat keningnya, menanti jawapan. Ean tersenyum malu lalu mengangguk kepalanya.

"Ya Allah! Betul ke ni? Alhamdulillah! Syukur Alhamdulillah! Aku orang pertama yang paling gembira dengan keputusan korang!"

"Nanti, kita bincang dengan ayah dan ibu... Agak-agaknya, bila plan korang nak menikah?"

"Ikutkan aku... sekarang gak aku nak kahwin...!" Melopong Eqmal!

"Kau jangan nak buat giler, bang!" Tergelak Ean... Tak sangka Eqmal boleh kena main dengan idea giler tu!

"Aku nak cepatkan...Tapi, Eisya perlu berbincang dengan pakcik makcik dia, dulu. Lagipun, Eisya takut pasal kes gambar dia dengan Choa,! Kes tu kan masih belum selesai!"

"Emmm... Betul jugak tu! Kita settlekan hal gambar tu, dulu! In shaa Allah, bang... Everything will be fine! Kita doa yang baik-baik, ya!"

"Thanks, Mal! Kau memang adik yang baik!" Ean cukup terharu dengan pengorbanan yang Eqmal lakukan padanya. Ean berdoa moga Eqmal bertemu dengan kekasih hatinya, suatu hari nanti!

Eqmal melupakan perasaannya pada Eisya kerana Ean. Membantu Ean mencari cintanya kembali. Menemukan dia pada Eisya. Eqmal memang baik.

'You're the best brother!'

Hanya tinggal beberapa chapter sebelum Setiaku Di Sini melabuhkan tirainya... Harap semua enjoy dengan jalan cerita yang simple dan santai... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience