Completed
41993
Selesai menunaikan solat Asar, Eisya mula menyiapkan dirinya untuk ke pusat latihan. Eisya menukarkan pakaian kerjanya ke pakaian yang lebih sesuai. Selepas 10 minit, Eisya melangkah keluar dan bergerak ke tingkat bawah bangunan. Kereta Honda City miliknya, Eisya parking di tingkat bawah.
Langka Eisya terhenti, saat... namanya dipanggil seseorang...
"Lis... Lis...! Tunggu Lis!" Eisya berhenti mengejut saat namanya dilaungkan... Berdegup jantung Eisya waktu itu... Nama itu... Nama yang hanya digunakan oleh Ean Eskandar... Debaran kian terasa saat terdengar derapan kaki yang semakin mendekatinya... Makin berdebar... Dan derapan kaki itu semakin menghampiri.
Semakin dekat...
"Lis... ! Please Lis, tunggu Ean!" Ean... Ean memanggil namanya... Lis, nama yang hanya Ean seorang yang menggunakan nama itu.
"Lis, pandang Ean!" Eisya masih terkaku, tergamam... Eisya tahu Ean sudahpun berada di belakangnya.
"Please sayang! Pandang Ean! Pandang Ean, sayang!"
Eisya masih terkaku berdiri membelakangkan Ean. Tubir mata terasa hangat. Hanya menanti mutiara jernih mengalir. Yang pasti, Eisya benar-benar merindui lelaki di belakangnya. Rindu yang teramat sangat!
"Pandang Ean, Lis!" Ean menyentuh kedua bahu Eisya dan cuba memusingkan badan Eisya yang masih kaku. Saat melihat wajah kekasih hati yang amat dirindui sekian lama, Ean menjadi sebak. Sebak melihat Eisya yang menundukkan wajahnya dengan linangan air mata.
Tidak mahukah Eisya melihat wajah Ean? Apakah Eisya benar-benar marah dan membenci Ean?
"Lis sayang, please pandang Ean!" Eisya masih kaku menundukkan kepalanya. Air mata jernih sudah mengalir laju menuruni ke pipi gebu Eisya.
Eisya menangis tanpa suara. Hanya kelihatan tubuhnya terhinjut-hinjut menahan tangisan.
"Delisha Deandra, tolong pandang Ean!" Eisya masih tertunduk membisu. Hanya terdengar tangisan halus dari Eisya.
Dagu Eisya dipagut... Eisya terpaksa mendongak memandang tepat ke mata hazel Ean... Air mata masih berterusan mengalir... Sepasang mata bundar Eisya ditenung Ean... Renungan mata itu seolah-olah menyalurkan rasa cinta yang memohon agar diberi kemaafan...
"Please, percayakan Ean, Lis! Tolong percayakan Ean! Ean sayangkan Lis! Ean, rindukan Lis...! Jangan buat Ean macam ni! Kesiankan Ean" Ean berterusan memujuk. Eisya menjadi sayu melihat Ean berterusan memujuknya. Namun, keegoannya menghalang. Ego Eisya menghalang untuk memaafkan Ean... Ditinggalkan hampir 3 tahun tanpa sebarang berita... Eisya terseksa... Terluka...
Akhirnya, air mata yang Ean tahan selama ini, tumpah jua. Ean benar-benar terkesan melihat Eisya yang sekadar diam membisu dengan
tangisan yang masih bergema.
Eisya meleraikan pegangan tangan Ean di bahunya lantas berjalan laju menuju ke arah keretanya dan menghamburkan tangisan. Ean termangu dengan tangisan yang masih berbaki. Ean terluka kerana Eisya tidak mahu memaafkannya... Eisya bencikannya!
Namun, pada Eisya tangisan ini bukanlah tangisan kesedihan namun ianya tangisan kegembiraan apabila lelaki yang dicintainya, kini di depan mata.
Eisya terlalu gembira... terlalu gembira saat Ean meluahkan rasa sayang dan rindunya pada Eisya setelah 3 tahun tidak bertemu... Ingin sekali Eisya mendakap tubuh kekasih hatinya, namun Eisya bimbang... Bimbang dan takut jika Ean sebenarnya milik orang... Takut Ean hanya sekadar melepaskan rindunya pada Eisya bukan kerana cinta yang selama ini bertamu di hati.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat drama air mata ini.
Apa yang anda bayangkan situasi Eisya dan Ean... Done update double chapter... Apa yang berlaku seterusnya.... nantikan chapter baru... Enjoy reading
Share this novel