BAB 4 - EAN ESKANDAR

Romance Completed 41993

Hubungan Lis dan Ean berjalan dengan lancar, dipenuhi dengan cinta, kasih sayang, kesetiaan, rindu, gelak ketawa... Ya, bahagia yang dirasakan tanpa ada rasa sedih. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Sejurus tamatnya majlis graduasi, Ean menghilangkan diri. Berita kehilangan Ean membuatkan Lis tergamam membisu.

Lis benar-benar terkejut. Ean menghilangkan diri tanpa meninggalkan pesan, petanda atau apa-apa jua kesan. Puas Lis call, namun tiada sahutan. Berkali-kali pesanan wassup dihantar, tiada langsung tanda ianya dibaca. Lis cuba pergi ke rumah atok dan nenda Ean, namun rumah itu kosong seolah-olah tidak berpenghuni.

'Mana awak, Ean? Mana awak pergi?'
'Ean tak sayangkan Lis ke?'
'Kenapa Ean tinggalkan Lis?'
'Mana awak Ean?' Isk... Isk...aisk... Air mata tak mampu ditahan. Berjurai-jurai air mata Lis mengalir jatuh ke pipi.

Fikiran menerawang dan kaki Lis sudah terlalu penat, ke sana ke sini mencari Ean. Hanya beberapa langkah, Lis jatuh terduduk, lemah tak berdaya. Hatinya pilu mengenangkan kekasih hati hilang begitu saja.
Puas difikir, digali, dicari di mana silapnya hingga Ean menghilangkan diri. Berkali-kali didail nombor telefon Ean, tiada bunyi. Berkali-kali mesej dihantar, namun hampa. Lis cuma mahukan kejujuran dan jawapan dari mulut Ean sendiri. Kenapa dan mengapa Ean tinggalkan Lis tanpa alasan?

"Kenapa Ean? Kenapa tinggalkan Lis? Apa salah Lis?" Lis hanya mampu menangis dan menangis.

"Sudahlah Lis, sudahlah tu! Jangan seksa diri kau macam ni Lis. Istighfar Lis, bawak mengucap!" Berkali-kali Aiza memujuk Lis. Lis dipeluk erat. Aiza, sahabat susah senang dari zaman remaja lagi kini menetap bersama Lis dirumah peninggalan orang tua Lis bersama-sama seorang lagi teman mereka, Eliza.

"Aku hanya nak dengar jawapan dari Ean. Kenapa dia tinggalkan aku, Aiza, kenapa...? Apa salah aku? Apa kurangnya aku?" Lis berterusan menghamburkan tangisannya dalam pelukan Aiza.

Eliza yang pada mulanya memandang sayu ke arah sahabatnya, turut mengalirkan airmata. Lantas dipeluk kedua-dua sahabat kesayangannya.

"Kau sabar ya, Lis. Ean tentu ada sebab dia berbuat begitu... Mungkin dia terpaksa." Eliza pula memujuk. Namun Lis terus menangis teresak-esak dalam pelukan Aiza.

"Jangan macam ni Lis! Aku, Aiza selalu ada dengan kau. Walau apa jua yang berlaku, kami selalu ada dengan kau susah senang!" Eliza terus memujuk. Dia cukup faham dengan kesedihan yang Lis alami.

"Aku... aku takde sesiapa lagi kat sini Eliza, Aiza... Takde orang sayangkan aku macamana Ean sayangkan aku!"

Sayu memandang keadaan Lis yang sedih begini. Ya, Lis anak yatim piatu, hidup seorang diri setelah kematian ibu bapanya 7 tahun lalu. Lis hanya ada pakcik dan makcik, adik kepada arwah bapanya.

Setelah kematian ibu bapanya, Lis tinggal bersama pakcik makcik selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk tinggal sendirian di rumah peninggalan arwah ibu bapanya. Rezeki Lis, dapat menyambung pelajarannya di kolej yang berdekatan dengan rumah. Nasib Lis bertambah baik apabila kedua-dua sahabat baiknya turut menyambung pelajaran di kolej yang sama.

"Jangan cakap macam tu Lis! Kau ada aku... Eliza! Kita dah janjikan susah senang sama-sama. Lagipun keluarga kami dah macam keluarga kau juga, Lis!" Aiza bersuara.

"Ya Lis! Kau masih ada Pakcik dan Makcik yang sayangkan kau!" Giliran Eliza bersuara.

"Jangan seksa hidup kau begini Lis. Kalau kau sayangkan kami, kau kena move on. Belajar lupakan Ean. Belajar terima takdir dan ketentuan Allah swt! Aku percaya, suatu hari nanti Ean akan pulang ke pangkuan kau!" Eliza cuba memberi kata-kata semangat pada Lis.

"Bolehkan Lis...? Janji dengan kami yang kau akan move on... Aku rindukan Lis yang dulu. Dah seminggu kau macam ni. Kitaorang sayangkan kau Lis," Aiza terus memujuk sambil mendakap mesra Lis dan Eliza.

Akhirnya, Lis tertidur dalam dakapan Aiza dan Eliza. Wajah pucatnya dipandang sayu. Mungkin Lis keletihan akibat kerap menangis sejak kehilangan Ean. Masing-masing buntu memikirkan hal kehilangan Ean, termasuk dua orang sahabat baik merangkap teman serumah Ean, Rizqi dan Haizi.

Kalau Lis sendiri orang yang paling rapat dengan Ean tidak mengetahui dimana keberadaan Ean, bagaimana pula dengan mereka yang sememangnya tidak tahu langsung perihal kehilangan Ean. Buntu kepala... buntu...

Apa yang mereka tahu, selesai sahaja majlis graduasi pada hari tersebut, mereka pulang ke rumah sewa dan agak mengejutkan, Ean tiada di situ. Barang-barang kepunyaan Ean juga tiada... begitu juga pakaian-pakaian Ean, yang tinggal hanya sebuah bingkai gambar yang terselit sekeping gambar mereka berenam di sebuah pusat peranginan.

Assalamualaikum... sedihkan... sis yang tengah tulis nipun, sebak... disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan tengah hari.. "siapa sangka siapa menduga... engkau berubah tiada kupinta.. kerana hidup bahagia sentiasa, tiada sengketa" entah ke mana Ean menghilang... sebab apa.. kenapa... mengapa.. tiada siapa yang tahu... kecuali saya.. hahaha.. thanks a lot sebab support saya dan kekawan penulis yang lain... nak tahu kesudahannya... tunggu chapter baru... in shaa Allah... enjoy reading....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience