BAB 1 - KESETIAAN

Romance Completed 41993

Kesetiaan
menghalangi ku pindah ke lain hati
dan tak ingin ku melukai
mendambakan cinta ini
hanya kekalnya denganmu
tapi kudrat tak ditanganku
padamu ku alunkan rinduku
sayang jadi debu
tinggalkan lara putus cintaku
diakhir kali pertemuan pilu
tahu kau meninggalkanku
kau palitkan kesal menungguku
kesalahan kau pautkan dijiwaku
kau nampak keangkuhanmu
ku relai cinta tak suci ini pergi
kuhayunkan langkah kaki
meraih cinta yang suci
moga ada insan yang luhur... sehati
segaris nada rindu
hilang jadi sendu
tinggalkan lara
putus cintaku

Sayup-sayup kedengaran suara arwah Siti Sarah mendendangkan lagu Kesetiaan dicorong radio. Pemergian arwah sedikit sebanyak meruntun jiwa dan perasaan List sebagai seorang wanita. Kematian yang dicemburui.

Perginya arwah dalam keadaan Husnul Khatimah, yang diangkat syahid lantaran mendapat keredhaan suami apatah lagi selepas melahirkan bayi yang dikandungnya. Subhanallah, mulianya arwah di sisiNya.

Tetapi berbeza dengan Delisha Deandra. Lagu ini benar-benar membuatkan dia sebak, sedih, pilu, bersama kerinduan yang datang bertamu. Terbayang-bayang seraut wajah kekasih hati diruang mata. Entah dimana silapnya, kasih yang dipertahankan selama hampir 4 tahun, akhirnya kecundang ditengah jalan. Kekasih hati menghilangkan diri sejurus tamat majlis graduasi.

Namun, Lis tetap bersyukur, sekurang-kurangnya, Ean pergi setelah tamat pengajian mereka. Mungkin juga Ean tidak mahu mengganggu pengajian mereka. Tiada siapa yang tahu kemana hilangnya Ean. Ean bukanlah manusia yang suka bercerita hal keluarganya. Apa yang Lis tahu, Ean mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki. Namun tidak diketahui dimana mereka.

Ean dibesarkan oleh atok dan neneknya sejak berusia 15 tahun. Yang masih Lis ingat Ean pernah memberitahu bapanya masih hidup. Dalam keadaan begini, apa saja yang Lis dan kawan-kawannya mampu lakukan.

Puas sudah mereka ke rumah atok dan nenek Ean, namun rumah itu kosong. Kawan-kawan yang dirumah sewa juga sudah ditanya, namun jawapannya hampa. Semua memberi jawapan yang sama.

Bilik Ean kosong dan barang-barang dalamnya juga sudah tiada. Ke manakah Ean menghilangkan diri? Terkilan, memang terkilan. Puas difikirkan, dimana silapnya sehingga Lis ditinggalkan tanpa pesan. Nak kata bergaduh jauh sekali. Ean dan Lis sama-sama punya sikap penyayang, lembut hati.

Apa jua yang berlaku, masalah yang timbul, Ean sering mengingatkan agar muhasabah diri. Tidak gemar lama-lama bermasam muka, rezeki tak datang nanti. Terngiang-ngiang nasihat Ean sewaktu kali pertama Lis merajuk kerana fitnah dari orang yang tidak bertanggungjawab. Bukan orang luar, tetapi junior di kolej kerana cintanya tidak dibalas Ean, malah ditaburkan fitnah.

Gambar Ean berpelukan yang diedit dikirimkan kepada Lis menerusi Wassup. Rasa-rasanya, terkejut tak? Terkejut, kecewa sangat. Itu yang Lis rasakan. Namun Ean tidak seperti Lis. Ean begitu tenang saat menceritakan segalanya pada Lis. Ean tidak pernah berbohong dan bukan jenis yang cepat melenting.

Nak tahu apa berlaku seterusnya, stay tuned.

Assalammualaikum. First at all, terima kasih kerana membaca dan menerima kedatangan novel SETIAKU DISINI, hasil dan perahan idea sendiri dari saya, NAR_tinta78, penulis yang baru bertatih ke alam penulisan novel. Harap dapat diberi tunjuk ajar dan mohon kerjasama dari semua. Terima kasih untuk vote dan komen. Enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience