Sungguh berselera Mukhlish menjamah cucur bawang yang terhidang di atas meja itu.Maliq memandang si kecil itu makan selalu bukan main susah nak sarapan pagi.
Cuping cawan dicapai lalu dihirup isinya.Buat seketika kepekatan kopi 'O' melintasi kerongkong.Sifat kewanitaan jelas terserlah melalui air tangan Dara.
Mukhlish memandangnya seakan ingin menyampaikan sesuatu.
"Lish kenapa ni? Nak apa-apa lagi tak?" tegur Maliq sambil meletakkkan cawannya di atas piring.
Mukhlish masih membisu.
"Lish dah habis makan.Cepat sikit nanti lambat ke sekolah"
Muncul Dara dari dapur bersama satu bekas makanan dan satu botol air.Bekalan untuk Mukhlish ke sekolah.
Serentak Mukhlish memandang Dara.Berkerut dahi Mukhlish seolah-seolah ingin menyampaikan sesuatu.
Dara turut berkerut dahi.Tidak faham dengan isyarat badan yang cuba Mukhlish sampaikan.
Mukhlish menghampiri Dara.Dara menunduk menghampirkan cuping telinganya pada Mukhlish lalu Mukhlish membisikkan sesuatu.
"Oh.. ingatkan apa tadi"akur Dara.
Mukhlish ada memberitahu dirinya semalam tentang perjumpaan ibubapa untuk rekod pelajaran murid-murid.Jadi Mukhlish nak papanya datang untuk mengambil rekod pelajarannya yang cemerlang.
Dengan sedikit debaran Dara menghampiri Maliq.
"Emm...Awak..saya nak bagitahu ni"Dara memulakan bicara dalam keadaan takut-takut.Dia harap angin Maliq baik-baik saja.
"Emm..apa dia?"balas Maliq.
"Harini sekolah Lish ada perjumpaan ibubapa untuk rekod pelajaran.Jadi Lish minta awak datang untuk ambil rekod tu".
Selesai sahaja berkata-kata Dara mengenyit mata pada Mukhlish.Mukhlish dah tersenyum gembira.
"So?" sepatah jawapan Maliq yang lebih kepada soalan.
"So, awak boleh datang tak? Lish berharap awak boleh datang sebab..."
"Awak jelah yang pergi"pintas Maliq sebelum sempat Dara menghabiskan kata-katanya.
Maliq mengeluh dan wajah Dara direnung sinis.
"Awak mama dia kan?"
"Eh! Apa hal pulak? Lish minta awak yang pergi..."tingkah Dara cepat.
Tahu cuak, bisik hati Maliq sambil menyembunyikan gelak.
"Saya takut tak dapat datang sebab kita ada mesyuarat harini"sambil memandang wajah anaknya yang sudah menarik muncung sedepa.
Dara turut mengeluh hampa.
Diam seketika.
"Pukul berapa papa nak kena ke sana?"tanya Maliq selepas agak lama membisu.
Mukhlish sudah senyum gembira.Gembira hatinya bila Papa sanggup meluangkan masa untuknya hari ini.
"Pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari"jawab Dara teruja.
"Okay.."
Dalam tidak sedar Maliq memberi harapan pada Mukhlish.
"Dah jom kita pergi sekolah nanti lambat Papa marah"arah Dara.
"Ni kenapa vacuum ni ada dekat luar? Bukan vacuum ni rosak ke?"tanya Maliq di ruang tamu.
Hairan melihat penyedut habuk yang sedang elok berdiri tegak ditepi ruang tamu.
Dara dibelakangnya hanya tersengih sumbing sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
***********
"Kita akan buat program CSR dengan kerjasama Prima Publication di Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Jadi tuan rumah adalah kita.Target utama adalah pelajar di sana.Dengan membawa slogan Buku Untuk Semua.Saya harap semua dapat terlibat dalam program ni"tutur Maliq panjang lebar memberi peringatan pada semua pekerja.
Yang lain mengangguk akur.
"Ada apa-apa soalan?" tanya Maliq sebelum menamatkan mesyuarat itu.Dara memandang yang lain.
"Bos..maksudnya nanti pengurus Prima Publication akan turun padang juga ke? Bukan dia bekerja di Singapore ke?"soal Kak Mas.
Maliq memeluk tubuhnya menampakkan biceps yang ketat itu.
"Ya...Cik Husna akan bersama dengan kita memandangkan kontrak di Singapore dah tamat dia dengan hati terbuka nak join CSR ni"ucap Maliq.
Semua bersorak kegembiraan kecuali Dara yang masih tidak faham.Dara mencuit lengan Kak Mas.
"Kak Mas..."seru Dara.
Kak Mas berpaling.
"Siapa Cik Husna tu? Kenapa semua orang tepuk tangan? Ada benda saya terlepas ke?"soal Dara masih blur.
"Cik Husna tu pengurus Prima Publication.Dia sebaya dengan bos.Cantik orangnya..kulit putih..kami dekat sini memang recommend Bos dengan Cik Husna tu.Memang sepadanlah"ujar Kak Mas.
Apa? Recommend nak satukan Bos dengan Cik Husna? Suka hati korang je nak recommendkan suami orang tu?.
Dara dah memandang tajam pada Maliq yang masih berdiri didepan.
"Kalau begitu mesyuarat bersurai"ujar Maliq.
Semua yang ada di dalam bilik itu mula bersurai.Maliq malas nak keluar dulu.Malas nak bersesak-sesak meninggalkan bilik mesyuarat.Lagipun lepas ni dia ada satu lagi mesyuarat dekat luar dengan Brian.
Dia terpandang Dara yang masih belum keluar lagi.
"Kenapa awak tak keluar lagi? Ada apa-apa yang awak nak usulkan ke?"soal Maliq pada Dara.Dara bangkit dan berjalan ke arah Maliq.
"Recommend....sepadan..."ucap Dara terus keluar dari bilik itu sambil menghentak kakinya.
"Aduh...apa hal ni?" Dia tertanya-tanya dengan apa yang Dara cuba sampaikan.
Dara kembali duduk dimeja kerjanya.Dia menghempas buku nota atas meja.Mukanya mula tak puas hati.
"Siapa Cik Husna ni?"soal Dara masih memikirkan wajah gadis itu.
"Maliq"Namanya diseru dari arah ruang menunggu.
Muncul Faysal melangkah menghampirinya.
"Baru habis meeting ke?" tanya Faysal sekadar berbasa-basi.
Maliq mengangguk sambil mengukir wajah hairan.
"Kenapa?"
"Jom lunch"ajak Faysal.
Maliq diam sebentar.Dia merasakan ada terlupa sesuatu.Dia memandang Kak Mas.
"Kak Mas saya ada meeting lepas ni jam berapa?"soal Maliq penuh hemah.
Kak Mas menyemak jadual.
"Jam tiga petang bos"
Maliq mengangguk akur.
"Okeylah..jom.." dia melangkah keluar seiringan dengan Faysal untuk makan tengahari bersama.
*********
Dia benar-benar tidak menyangka ajakan Faysal untuk makan tengahari bersama harini rupanya ada tetamu yang tidak diundang.
Faysal serba salah dengan Maliq.Maliq merenung tajam pada Faysal.Kenapa Suraya ada dekat sini?.Faysal tahukan dia sudah berkahwin dengan Dara.Dia cukup rimas Suraya sedari tadi memandang ke arahnya.
"Aku pergi tandas kejap"pinta Faysal tiba-tiba.Dia ingin beri ruang untuk mereka selesaikan semuanya.
"Abang Maliq sihat?"tanya Suraya lembut sekali.
"Aku baik-baik je.Apa niat sampai sanggup minta Faysal menipu?" jawab Maliq berserta satu soalan yang cukup tajam pada Suraya.
"Saya tahu saya salah...saya tak ada niat nak suruh Faysal menipu"jelas Suraya beria.
Maliq tertawa sinis.Langsung tidak mempercayai kata-kata Suraya.
"Apa-apa jelah..Kalau kau rasa kau datang sini nak suruh aku ambil kau untuk ganti tempat Sumayyah, jangan mimpilah.Haritu aku dah bawa bakal isteri aku jumpa kau depan mata tak cukup lagi"ujar Maliq seolah-seolah dapat membaca niat Suraya.
"Saya tahu awak tipu sebenarnya kan? Awak nak elak dari kahwin dengan saya betul tak?"soal Suraya.
“Terpulang pada awak Suraya.. Saya takkan paksa awak untuk percaya apa yang saya cakap"tingkah Maliq sinis sambil mengangkat punggung untuk beredar.
"Tapi saya suka dekat awak sebelum Sumayyah suka dekat awak"luah Suraya sebelum sempat Maliq melangkah jauh.
Maliq terus melangkah tidak menoleh ke belakang lagi.Faysal mengigit bibirnya menahan diri.
*********
Dara dah mundar-mandir di ruang tamu.Maliq belum sampai ke rumah lagi.Hatinya bengang bila Maliq telah menghancurkan harapan tinggi Mukhlish.Berjam-jam Mukhlish menunggu di sekolah.Dia perlu buat perhitungan dengan Maliq.
Beberapa minit kemudian kedengaran deruman enjin kereta Maliq masuk ke perkarangan anjung banglo.Dia yang hanya bertshirt lengan pendek dan seluar tidur sudah bercekak pinggang di ruang tamu.Dadanya terus menahan amarah.Dalam kepalanya dah banyak sangat kata-kata makian untuk Maliq.
Maliq tidak mengendahkan kewujudan Dara di ruang tamu walaupun ekor matanya terimbas kelibat isterinya itu.Mindanya sedang berserabut.
Dara menghalang langkah Maliq yang laju menuju ke arah tangga.
"Apa awak dah buat hari ni?" tanya Dara sinis sambil menyimpul tangan di dada.
Maliq mengeluh lemah.Dia penat nak menjawab soalan.Dia benar-benar letih.Perutnya terasa pedih.Lekas dia menekan perutnya dengan kerutan di mukanya.
"Cukuplah bos nak berlakon dengan saya.Lish mungkin percaya tapi saya tak.."sindir Dara.
Maliq terus menekan perut.
"Awak tahu tak Lish tunggu awak lama tapi awak tak muncul-muncul.Mana janji mana?"marah Dara tidak menyempat.
Segala kata marah Dara tidak diendah.Dara berpaling dari Maliq kerana dia merasa bengang.
"Awak nak cakap awak banyak kerja? Orang lain pun sibuk juga ada je masa untuk anak..Lish kecewa dengan awak.Saya telefon awak tak jawab.."bebel Dara lalu berpaling semula ke arah Maliq.
Dara terkejut.Kaku.Terlopong mulutnya memandang Maliq yang sudah terduduk di atas lantai.
"Awak...awak..kenapa ni? Kalau awak ngantuk jangan lelap dekat sini? Awak ni mengada kan sebenarnya awak awak nak suruh saya dukung awak kan?..."kejut Dara cemas.Maliq tidak bergerak.
Dara sudah tidak tentu arah.
*******
Maliq cuba bergerak tapi terasa sesuatu yang sedang melingkar di pinggangnya.Dengan perlahan dia menoleh ke belakang.Dia terkejut.Dara sedang nyenyak tidur sambil memeluk tubuhnya.Tubuh Dara melekat pada tubuhnya.Dengan perlahan dia mengiring menghadap Dara yang sedang nyenyak tidur.
Semalam Dara jaga dia ke?.Ambil berat juga walaupun jual mahal.
Dengan keberanian yang ada Maliq cuba menyentuh bibir mungil Dara.Geram dia melihat bibir itu.Ikutkan hati ingin saja dia mengucup bibir itu.Dengan penuh hati-hati Maliq mengucup dahi isterinya itu penuh kasih.Tanpa sedar sebenarnya dia sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri.
Dara terkejut bila terasa ada sesuatu yang hangat pada dahinya.Dengan rasa berat dan lesu dia membuka matanya.Bila kelopak mata terbuka, dia terkejut bila melihat wajah Maliq begitu dekat.Tangannya pula berada di pinggang Maliq.Maliq sudah tersengih menggoda padanya.
"Mak!!!!"jerit Dara terkejut.Automatik kakinya menendang tubuh Maliq.
Berguling Maliq di atas katil itu lalu....
Kedebuk!
Aduh mahu patah pinggang dibuatnya.....Dara dah melihat badannya sambil menutup dengan tangan.
Maliq jatuh dari katil.Dara terus berlari keluar dari bilik itu dengan perasaan cemas dan takut.
"Macamana aku boleh tidur peluk dia? Semalam aku lupa letak benteng ke?"jerit Dara dalam hati.
"Macamana aku boleh tidur peluk dia? Semalam aku lupa letak benteng ke?"jerit Dara dalam hati.
Share this novel